Pages

Saturday, December 10, 2011

penjagaan gigi anak

aqeef sudah ada 4 batang gigi pada usianya 1 tahun 1 bulan
alhamdulillah aqeef tidak mengigit orang
dan tidak juga menggigit nipple ibu masa menyusu,
itu sebenarnya perkara yang membuat ibu takut bila aqeef dah tumbuh gigi
tapi alhamdulillah rasa takut dan ngeri itu hilang bila aqeef tidak menggigit.
( banyak betul perkataan menggigit pada perenggan diatas, ekeke)

bila dah tumbuh gigi ni
ibu harus lah lebih peka pada penjagaan gigi aqeef
tak boleh la di biar tidak bergosok.

apa yang perlu kita tahu tentang penjagaan gigi anak?

1) mulakan menggosok seawal kelahiran lagi. terutamannya selepas bayi menyusu, lapkan gusi, lidah dan lagit-langit dengan kain lembab yg lembut.
( acik tak buat pun masa dulu-dulu, sebab tak ada ilmu. ekeke)

2) Selepas gigi pertama tumbuh, anda boleh membeli berus gigi bayi. Terdapat bermacam-macam berus gigi bayi dipasaran. Ada yang boleh disarungkan pada jari dan ada yang berbentuk seperti berus gigi biasa. 
( ada beli yang sarung tuh,tapi hilang ntah ke mana. kecik bebenor. sudahnya lap gigi anak guna kain je. (insyaallah hujung minggu ni nak beli berus gigi untuk aqeef )

3) Tidak perlu menggunakan ubat gigi bila memberus gigi anak anda yang berusia di bawah 18 bulan. jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih - kecoklatan).
 ( baru nak belikan aqeef ubat gigi perisa strawberi..hehe)

Cara memberus gigi anak anda

1.Berus gigi anak anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.

2. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
3. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
4. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
5. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
6. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
7. Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat
gigi tanpa florida.
8. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

untuk lebih ilmu boleh baca di link ini


jika makan hingga tertidur waktu bila nak gosok gigi ye?
hehehe..aqeef oh aqeef!

makan sendiri dah pandai
minum sendiri pun pandai
suka ibu tengok bila si kecik sudah pandai berdikari di usia satu!

pegang tangan satu je tau...
lagi terer, pakai mulut je pegang cawan....

ewah, siap merangkak pulak dia....
bijak anak ibu!!



nota ibu: rasa tak jemu mengajar anak itu dan ini walau dia buat tak paham je... tapi hari ini bila ibu tanya 'mana TONGUE aqeef?, dgn spontan aqeef jelirkan lidah.. syukur!

No comments:

Post a Comment