Pages

Friday, February 17, 2012

kami diusia 3

ALHAMDULILLAH kami panjatkan ke hadrat ilahi atas anugerah 'bahagia' yg dikecapi hingga kini
syukur kerana kami masih lagi bersama melayari bahtera rumah tangga
yang saya kira banyak asam garamnya, banyak dugaannya.

bukan mudah untuk mencari titik persamaan dengan pasangan sendiri
saya akui, 3 tahun ini saya belum cukup mengenali dirinya
ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya.

menyingkap detik perkenalan saya dan dia;
kami berkenalan semasa di Institut Perguruan Tun Hussien Onn Batu Pahat
walaupun dahulunya di tingkatan 6 kami satu sekolah ( di Maahad Johor)
namun, sungguh saya tak pernah mengenali dirinya, begitu juga dia.

selepas tingkatan 6 masing-masing menyambung belajar di universiti yang lain
saya di UKM dan dia di USIM
sedangkan di zaman belajar dahulu saya selalu bertandang ke USIM yang dulunya KUIM
sebab ramai kawan2 di sana dan kami bertukar2 assigment..
tapi tidak juga berjumpa atau terserempak atau mendengar namanya

sehinggalah masing2 berjaya menggenggam segulung ijazah
masih tidak mengenali antara satu sama lain.

bermulanya episod baru di Istitut Perguruan
kami mendapat tawaran yang sama di situ, kebetulan dapat satu kelas yang sama
mungkin sudah tersuat dia jodoh pilihan Allah utk saya.


dan akhinya pada 11 rabiulawwal 1430 hijrah bersamaan 8 mac 2009
kami selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri.

kini genap 3 tahun usia perkahwinan kami
semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kami, menitipkan mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga kami. aminn.

untuk suami ku,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
love forever till jannah.



ya Allah rahmatilah keluarga kami..





sedikit kesyukuran sempena hari kelahiran en.suami dan ulangtahun perkahwinan kami ke-3
(mengikut kalendar hijrah).


mereka sumber kekuatan saya
Allah, rahmatilah kedua mereka yg amat kukasihi ini

posted from Bloggeroid