Pages

Showing posts with label aqeef anak ibu. Show all posts
Showing posts with label aqeef anak ibu. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

aqeef dah pandai jalan

alhamdulillah aqeef sudah pandai jalan
pada 31 disember 2011
di usia 1 tahun 1 bulan 27hari..ekeke
kata nenek; sama mcm ayahnya!

akhirnya kan..
si teruna ini pandai jalan.


sukanya berjalan ke sana dan ke mari
bila jatuh bangun semula
tidak ada rasa berputus asa..


dah penat round rumah
nampak ayah makan pulak,
apa lagi...
-
-
-
-
-
-
-
-



'ayah, nak sikitttt....
lapo la perut aqeef
penat berjalan.'

'adoi...lenguih la kaki nih..
urut la sikit..'

eh, ada bantal pulakkk..
org ngantuk lagi disorongkan bantal...


'baring la kejap...
penat jalan2 satu umah...'


aqeef oh aqeef..
kamu mmg penyeri hidup ibu dan ayah!






nota ibu:
kalian pembaca blog ini
SELAMAT TAHUN BARU 2012
semoga kita akan jadi yg lebih baik pd tahun ini...






posted from Bloggeroid

Saturday, December 17, 2011

sebelum kau tidur - by mocca




lagu ini sangat menenangkan
special dedicated to my beloved son! 


"sebelum kau tidur  
ingatlah pada ku...."


beberapa hari di dunia

1 bulan

2 bulan

5 bulan

9 bulan
10 bulan - warded

terlebih sudaa....tilam ke mana, orang kemana..

mahu terbang~~

kini~~1 tahun



dan..tidur yg paling lena ialah disisi IBU




nota ibu: sayu hati tatkala melihat wajah anak sedang tidur, terasa masih belum dapat laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Friday, December 16, 2011

10 Tips Mengajar Anak

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10.Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

SUMBER DARIPADA PA&MA KARANGKRAF.COM




nota ibu: terbalikkan komputer anda jika mahu paparan yang lebih elok..hehe

Thursday, December 15, 2011

belajar jalan

Q: anak umur berapa ni?
A: setahun dah
Q: dah pandai jalan belom?
A: belum lagi, baru belajar menapak
Q: isy, lambatnya! anak saya 9 bulan dah berjalan, 10 bulan dah berlari tau!
A: iye? (sambil tersenyum-senyum kambing gurun di hadapan makcik itu)

memang biasa diajukan soalan-soalan di atas tu
lagi-lagi bila jumpa kawan-lawan lama, makcik pakcik, jiran-jiran
juga mereka yg tidak dikenali (berjumpa di surau Carefour untuk solat)
masyarakat kita kan memang ambil berat
sekurang-kurang nya ada la modal untuk berbual dan beramah mesra.

saya tidak berkecil hati pun jika orang kata anak saya belum pandai jalan lagi
sedangkan anaknya atau cucunya sudah berlari!
biasa lah tu, setiap orang kan di cipta berbeza-beza
tahap kepintaran, kemahiran juga berbeza

mungkin ada yang mengatakan
'walker' membantu anak berjalan dengan cepat
ya! saya akui
tapi aqeef hanya di masukkan dalam walker masa saya memasak dan makan
selebihnya dia akan explore dunianya sendiri tanpa walker.
adakah iu penyebab aqeef lambat berjalan???
saya belum kaji lagi..ekeke

semalam aqeef belajar berdiri sendiri
mula-mula cangkung dulu,
pastu bangun perlahan-lahan,
diikuti memek muka yang bersungguh

hah! imbang badan dengan baik ok,
'pose kena bagi menarik
ibu nak amik gambo tu!'
'ayah tak payah tolong, aqeef dah pandai la..'
muka harus pandang camera
bukti ni weyh....aqeef dah boleh berdiri sendiri. hukhuk
'kalau pusing kepala agak-agak jatuh tak eak?'
'eh, tak jatuh lah!!'
'masih boleh berdiri tegak'
'yeaahhhh!!!! berjaya!
ibu ajar, kalau boleh buat sesuatu sebut alhamdulillah
dah tepuk tangan...'
'jom la ayah kejar aqeef'
'isyh, kereta ni berat lah....'
'penat kaki nak tolak'
'hah, yang tu lagi besar lah dan mesti laju'
'nak naik yang tu lah!'
'tak payah tolak guna kaki'
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bye semua!
assalamualaikum,
aqeef nak pergi jalan-jalan...
jumpa lagi di entri ibu yg lain.

Tuesday, December 13, 2011

sabar itu perlu


aqeef sudah pandai nangis bila dimarahi
itu tanda dia sudah mula mengerti
apa yg boleh dan apa yg tak boleh
bila ibu marah, itu tanda apa yg dilakukannya tidak elok
dan bila ibu marah, itu tanda ibu sayang...

saya bukan lah ibu mithali
yang boleh tersenyum dari pagi hingga ke malam
dengan kerenah anak yang kadangkala rasa 'argggghhh!!! rasa nak makan je semua orang'
dan kalau boleh mahu lari menyorok dalam almari baju lama-lama.

tapi anak tetap anak
nangis nya ada sebab
tawanya juga bersebab..
saya harus banyak lagi belajar dalam mendidik anak.
dan seharusnya,
sabar itu perlu!

Thursday, December 8, 2011

kasut

aqeef masih belum pandai jalan lagi
umurnya hari ini ialah setahun 1 bulan 4 hari
baru pandai berdiri sikit-sikit
bila pandai jalan nanti mesti lagi ligat dia pusing satu rumah..hehe

belum pun pandi jalan kasut aqeef dah ada tiga
kasut ni bukan untuk jalan pun
saja ibu beli sebab geram tengok kasut yang comel-comel di pasaran
nak habiskan duit senang kan?
hehe

kasut pertama ibu beli
semasa umur aqeef genap 40 hari
bermakna ibu baru habis pantang dan meroyan mahu beli kasut anak. ekeke
shopping di Jusco Tebrau, kasut comel Baby Kiko RM19.90
besarnya ialah tiga jari sahaja
ibu akan simpan kasut ini sebab ada sentimental value padanya.

kasut ini hadiah dari seorang teman
brand Pureen
besar 4 jari sahaja
aqeef pakai bila dah umur 10 bulan, semasa hari raya
sedondon dengan baju.
ini pula kasut hadiah dari ibu sempena birthday aqeef yang pertama
kasut Garfield size 4
aqeef pakai ada lebih di depan dan belakang
bermakna kasut ini agak besar
saja ibu beli besar sikit biar dapat pakai lama.


koleksi kasut aqeef setakat hari ini
ibu tak berapa excited nak beli kasut anak
sebab ibu lebih excited meroyan beli baju!
tapi harus tunggu Y.E.S ujung tahun ni.




nota ibu: kasut ibu beharga RM17.90 sahaja....

Sunday, December 4, 2011

sayangi haiwan


bila si kecil sudah bosan bermainan toys
walaupun ia pelbagai jenis dan warna
si ibu harus bijak mencari aktiviti lain yang lebih menarik
walaupun kadang kala pening kepala mikir'-apalah-nak-bagi-aqeef-main-nih?'

hah!
ibu bawa aqeef ke mini zoo oma (nenek)
hanya di belakang rumah
jimat kos kan? tak payah pergi jauh-jauh..ekeke



rabbit yang sangat comel ni baru seminggu oma bela
sangat cute kan? bila ia makan lagi geram tgk mulutnya
aqeef pun geram tgk rabbit ni sampai nak bagi jarinya bagi rabbit makan. hehe

IBU:
'comel kan rabbit ni?'
'kita kena sayang haiwan, bagi dia makan, bagi dia minum, ajak dia main-main (read as belai-belai si rabbit tu)
'jangan sakiti haiwan sebab nabi sayang pada haiwan'
'Aqeef pun kena sayang pada haiwan'

AQEEF:
'mamma..mammma...mammamaaa.......'
(bercakap menggunakan bahasanya)

saya harap dia faham apa yang cuba saya sampaikan..

ada banyak kucing oma kat belakang umah
cuma dapat snap gambar sekor je
yang lain main ntah kemana
'nanti lapar balik la tu' -kata oma.

aqeef sangat teruja bila dapat lihat sendiri rabbit dan kucing makan
dapat lihat dari riak wajahya yang hepi.


nota ibu: teringin nak bela hamster di rumah, tetapi tak suka bau kencingnya. hehe

Monday, November 28, 2011

aqeef diusia satu

entri ini sudah lama di dalam draft
cuma masa tidak mengizinkan untuk disiapkan dan di-publish-kan.

aqeef sudah pun berusia 1 tahun pada 4 November 2011
rasa baru semalam saya mengimpikan kehadirannya
rasa baru dinihari tadi saya melahirkannya
kini aqeef sudah besar menginjak usia setahun.
alhamdulillah, Allah masih memberi kesihatan yang baik untuk Aqeef
dan yang penting aqeef sentiasa di sisi ibu.

Muhammad Aqeef yang bermaksud 'yang terpuji-yang memberikan sepenuh perhatian'
semoga aqeef jadi ummat Muhammad yang terpuji dan melakukan sesuatu perkara dengan sepenuh perhatian,tumpuan dan komitmen. insyaallah.
 nama ini dipilih oleh ayah setelah ibu menyenaraikan pendek kan
5 nama yang bermula dengan huruf 'A'
akhirnya nama Muhammad Aqeef dipilih dan di umum pada hari ke-7 kelahirannya.


ini gambar yang diambil pada tanggal hari lahirnya
gambar di ambil di klinik
kerana aqeef demam di hari kelahirannya yang pertama..
kasihan anak ibu..


tiba dirumah atok (kota) ada kejutan untuk aqeef
atok belikan kek ice cream yg sangat sedappppp!
walaupun masa ni aqeef demam
tapi tetap juga ceria memotong kek!
ini pulak kek di rumah atok (bandar tenggara)
sedap juga kek ni.
tiada birthday party untuk meraikan kelahiran aqeef
cukup sekadar doa selamat dan makan-makan sekeluaga
tidak perlu sambut pun tidak mengapa sebenarnya
tetapi saya mahu mengajar anak menghargai orang lain
walaupun caranya amat kecil tetapi kesannya amat besar saya kira

kalau kita sebagai orang dewasa mahu dihargai
begitu juga anak-anak
saya cuba meletakkan diri di tempat anak untuk memahami pearasaannya.
menghargai anak tidak hanya ketika menyambut hari lahir
boleh juga dizahirkan dalam banyak perkara
seperti, 'baiknya anak ibu, mandi tak nangis..nah ibu hadiahkan susu yg sedap'
atau 'terima kasih aqeef sebab tak rosakkan bunga ibu' (read as)-bunga hiasan yg diletak diatas meja.
bermakna, setiap perbuatan anak yg baik walaupun kecil kita cuba hargai
jangan hanya memandang kesalahan anak sahaja, itu tidak adil.



kita sekeluarga makan di luar untuk meraikan hari lahir aqeef
yang sebenarnya ibu dan ayah yang ober nak makan nasi ayam. hehe
tapi bekal makanan aqeef ibu tak pernah lupa.
ibu akan pastikan aqeef kenyang baru ibu makan.

bubur nasi yang siap di blend ibu masuk dalam beg jika mahu ke luar ke mana-mana
biar jauh pun kita pergi ibu tak akan lupa kebajikan anak
pernah kami bercuti dan menginap di hotel selama 3 hari
saya siap-siap bawa dari rumah periuk nasi elektrik untuk masak bubur aqeef dan blender
pagi-pagi bangun, sebelum memulakan perjalanan saya masak bubur dulu
kemudian bunyi blender akan memecahkan kesunyian waktu pagi di hotel berkenaan. hehehe.

insyaallah saya tidak akan bagi aqeef makan nestum
walaupun mudah tetapi tidak begitu bagi saya
anda ibu-ibu diluar sana buatlah pilihan yang terbaik untuk anak-anak ya!

aummm!
macam tu la bunyi tatkala menyuap aqeef makan.ehehe
satu mangkuk pasti licin
siapa yang tengok pasti terliur. kehkehkeh


sesekali menghiburkan hati anak tidak salahkan?
alhamdulillah aqeef faham jika saya katakan 'tak payah la sayang, kan kita dah naik semalam'
dia akan diam dan mengerti.

dan hari ini aqeef sudah mula berdiri sendiri
jika jumpa telefon ibu atau ayah pasti akan di letak di telinga dan ngomel macam orang besar. hehe
perkembangan yang buat ibu rasa cukup bahagia.

terima kasih aqeef, terima kasih sayang kerana menyempurnakan hidup ibu dan ayah.
bila suatu hari nanti aqeef baca blog ibu ini
ibu harap aqeef faham bagaimana kasih dan sayang nya
seorang wanita yang bergelar IBU ini...











nota ibu: sangat teruja mengajar aqeef bertatih!

















































Tuesday, October 25, 2011

dari aidilfitri hingga deepavali

terlalu lama tidak menatap blog kesayangan ini
impian untuk menjadi blogger tegar seolah-olah hanya omong kosong
bukan tidak mahu, tetapi tidak layak menjadi seperti yg diinginkan
rutin harian yang semakin bertambah melunturkan lagi semangat untuk ber-blog

aqeef semakin memerlukan banyak perhatian
minggu depan genap usianya setahun
bermakna saya harus membuat perancangan yang lebih teratur
boleh membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga.


aqeef sudah pandai berdiri sendiri
ibu bangga nak!
ibu mendoakan hanya yg terbaik untuk aqeef.

dari aidil fitri hingga deepavali
hanya ini yang mampu acik coretkan
bukan kekontangan idea, tapi byk tugas lain yg lbh minta diberi perhatian.

hepi deepavali kalian!
kita 1 malaysia sama2 meraikannya.










nota ibu: cuti deepavali selama seminggu, mokcik btol2 hepi berada di kampung!

Sunday, September 11, 2011

rawan hati seorang ibu

aqeef sudah pulang dari hospital semalam petang
bersyukur tak terhingga bila melihat aqeef sihat dan dapat bermain seperti biasa
semakin banyak akal dan sudah tidak mahu tidur buai
letak saja di bawah sudah boleh tidur sendiri.
good job anak ibu!

namun ubat masih perlu diteruskan untuk seminggu ini
aqeef yg agak susah minum ubat semakin lali dengan rutin hariannya
alah bisa, tegal biasa kan kalian?

menyoroti kisah cemas aqeef dikejarkan ke hospital
mmg pengalaman tak ternilai buat saya.

8 september 2011 (khamis)
sebenarnya aqeef dah seminggu demam
suhu badannya sekejap naik sekejap turun
aqeef dah dibawa ke klinik hari kedua dia demam tatapi masih belum kebah.
hari khamis tu, saya agak berat hati untuk pergi kerja
memandangkan badan aqeef semakin panas dan semakin kurang aktif
saya bekalkan ubat pada pengasuh dengan harapan panasnya turun.
pukul 8:30 pagi saya menelefon pengasuh aqeef dan dia mengatakan badannya semakin panas.
saya bergegas membawa aqeef ke klinik
mmg saya lihat aqeef semakin lemah, tidak bermaya dan matanya sangat layu.

saya membawa aqeef ke klinik kerajaan, tetapi sangat ramai orang hibgga beratur untuk ambil nombor
sedangkan aqeef semakin lemah dan menangis saat melihat ramai org.
saya terus membawa aqeef ke private klinik
org tidak ramai, aqeef agak tenang disitu.
ayah aqeef dlm perjalanan ke klinik juga waktu itu.
bimbang dengan ibu yg kalut menguruskan anak sendirian.

masuk bilik doktor, aqeef diperiksa dan suhunya 39.9
sungguh rawan hati ibu saat itu.
aqeef terus diberikan gas oksigen untuk membantu melancarkan pernafasannya.
menangis la aqeef ketika dipasangkan oksigen tu
kasihan ibu tengok aqeef.
bila dah selesai, aqeef agak tenang
aqeef saya tinggalkan bersama ayah dirumah manakala saya ke sekolah
niat hati untuk mengambil crk esok.

petang itu, badan aqeef panas semula
dan kelihatan tangan dan badannya menggigil yg agak ketara
saya cuba selimut tetapi tetap juga mengigil
si ayah memeluk pun aqeef ttp menggigil
saya mula panik melihat bibir dan muka aqeef pucat dan nafasnya laju
terus bergegas ke klinik kesihatan dalam keadaan otak yg kosong!
tak dpt fikir apa saat itu.

tiba di klinik, saya minta anak dimasukkan ke bahagian kecemasan
setelah bersoal jwb dgn org di kaunter pendaftaran yg byk songeh

kami diberi layanan setelah 20 minit menunggu.
no komen!
pegawai perubatan disitu mengatakan suhu badan aqeef 40.2
amat tinggi dan boleh membahayakan nya.
kami diminta ke hospital menaiki ambulans, kerana aqeef perlu rawatan segera
pertama kali menaiki ambulans-speechless.
aqeef di beri bantuan oksigen sepanjang perjalanan.

tiba di hopital batu pahat, aqeef terus dibawa ke bilik screening
setelah itu doktor meminta supaya aqeef dimandikan
dalam keadaan menggigil2 nurse memandikan aqeef dgn air sejuk untuk menurunkan suhu badannya
aqeef menangis dengan kuat sambil terketar2
saya sudah tidak sampai hati melihat anak begitu
tapi untuk kebaikannya juga dan saya harus berhati waja.

sesudah selesai memandikan aqeef, darah diambil
kemudian baru admit ke ward
maka bermalam lah kami di hospital.
sepanjang malam aqeef tidur tanpa baju, hanya berselimutkan kain lembab
untuk menurunkan suhu badannya.
sepanjang malam itu suhu badan aqeef masih tinggi, dan masih demam
ubat diberikan setiap enam jam
dan mujur aqeef dapat tidur dengan mudah walaupun tangisan kanak2 tidak berhenti di wad 2 tu.

9 september 2011 (jumaat)
suhu badan aqeef sudah turun pagi itu, tetapi naik semula tengahari
libang libu hati si ibu.
drip air yg dipasang dikaki pula tercabut
maka aqeef perlu minum air sendiri nenggunakan cawan
aduh, cabaran buat ibu kerana aqeef tidak gemar air masak.
setiap beberapa minit ibu menberi aqeef air supaya tonsil yg bengkak dapat surut.

pagi itu doktor memasang smula drip air untuk memasukkan antibiotik
bermakna kali ini ditangan kiri pula (tangan kanan dicabut semula sbb nurse tak jumpa urat, yg dikaki pula dicabut oleh aqeef).
bengkak2 mata menangis sebab sakit dicucuk jarum.
setelah 3 kali diberi antibiotik, barulah aqeef tidak demam lagi dan suhunya stabil.

10 september 2011 (jumaat)
pagi itu aqeef bangun dengan wajah yg ceria
bagun2 je aqeef main tepuk amai2 dan lambai orang sana sini.
nak, ada pelangi di hati ibu saat itu.

doktor mengatakan kami boleh pulang sekiranya aqeef tidak demam lg petang ini
alhamdulillah, petang itu kami dibenarkan pulang setelah doktor berpuas hati dengan kesihatan aqeef.

terima kasih ya Allah kerana memberikan semula kesihatan kepada anakku
terlalu banyak hikmah yg aku perolehi sepanjang tempoh ujian ini.
bersyukur yg tak terhingga. Alhamdulillah
Ujian jni terlalu kecil berbanding ibu2 lain yg menjaga anak sakit disebabkan sakit jantung berlubang, paru2 bernanah, paru2 berkuman dan mcm2 lagi penyakit yg saya rasakan amat berat untuk dipikul anak sekecil itu.
Semoga mereka tabah dan sentiasa di dlm rahmat Allah.

Terima kasih juga atas kunjungan atok, nenek, cik abu, mak idah, angah juga k.norli.

Semoga aqeef terus sihat dan menjadi anak yg cerdik dan soleh. Amin.


Nota ibu: kagum dengan semangat ibu2 yang menjaga anak sepanjang di ward. Mereka gigih dan sabar. Ada yang menjaga anak kembar yg sakit sendirian. Saya amat kagum! Semangat itu saya kutip dari anda untuk terus menjaga aqeef.
Itu lah hikmah.


Sunday, August 21, 2011

aqeef ke klinik lagi

aqeef ke klinik lagi sebab tumbuh bintik2 merah di mukanya
ibu risau tak dapat raya aqeef kena demam campak, sebab tanda2 dah ada
dan2 ibu ajak ayah ke klinik.
sebelum tu sempat call oma & nenek tanya tanda2 campak macamana
setelah agak sahih yang aqeef kena campak, ibu tak berlengah lagi...

tiba di Poliklinik Nge, orang tak ramai. alhamdulillah
tapi lepas kami ambil nombor, berduyun2 orang datang hingga tak cukup kerusi
mujur kami awal..
turn aqeef masuk bilik doktor.

doktor: apa masalah?
ibu: ruam2 merah pada muka ni campak ke doktor?
doktor: (sambil belek2 muka aqeef) oooh, ini bukan campak, ini cuma alahan
ibu: pheww... syukur!
dokor: alahan ni disebabkan suhu badan yang terlalu panas (sebab demam)
ibu: ok. tengs doc!

ambil ubat dan sempat singgah ke kedai Busana Muslimah (berderet dgn klinik) untuk tinjau tudung2 raya. ekeke.
tapi balik tanpa membeli sebab tak berkenan dimata.
mahu singgah ekspo, tetapi hujan pula
mujur, kalau tidak harus terbang beberapa note RM di dalam beg ini. adoiii...

semalam dah bershoping sakan di BP mall
beli baju aqeef ngan baju ayah
ibu??? hanya keluarkan duit bonus buat bayar baju aqeef. ekeke
punya lah mahal baju budak, mengalahkan baju orang dewasa.
aitellyu!!
beli dua tiga pasang je, buat tukar2
baju lama pun ada yang elok lagi.

gitu la gamaknya kemeriahan hari raya yang kian terasa.
harap2 kami akan terus merasai kemeriahan ini dan terus bersyukur dengan anugerah ilahi.



nota ibu: bersyukur yang tak terhingga aqeef sudah sihat. macam2 plan ibu dah buat. hehe







Wednesday, August 10, 2011

makcik urut anak mokcik

belek2 tab ni ada plak gambo aqeef masa kena urut
dulu kan aqeef pernah demam dan tak kebah2 dalam tempoh yang agak lama (2 minggu)
ubat dah nak abis sebotol, cool fever dah bertepek2 tampal kat kepala tapi demam tak kebah jugak

nak dijadikan cerita, masa saya pergi ke klini gigi (utk rawatan) adalah sorang makcik ni main2 dgn aqeef
makcik tu kata aqeef ni demam urat
maksudnya aqeef demam kerana terkehel (disebabkan salah angkat atau jatuh)

maka gigih lah mokcik mencari makcik urut untuk mengurut aqeef
setelah bertanya sana sini, pergilah kami ke rumah makcik senah yang memang terkenal dgn gelaran mak senah urut
ingat kan dia urut perlahan2, sebab aqeef baby lagi kan
tapi rupanya mokcik tersalah, dia mengurut dgn sepenuh tenaganya
semua urat2 yang tergeliat dibetul kan

aqeef??
menangis bagai nak pengsan
yela, saya pun bila kena urut memang sakit ya amat
tapi tak kan nak nangis mcm aqeef, tahan je la
aqeef menjerit2 , menangis tersedu2 masa kena urut
menurut makcik tu, tangan aqeef terkehel
mungkin sebab angkat dengan cara yg salah
tulang baby kan lembut, jadi kena la berhati2 lepas ni

lepas kena urut aqeef tidur dengan lena
mungkin badan dah 'sedap' tambah nangis dgn beria2 tadi
walupun kuat makcik senah urut, tapi hasilnya amat puas hati



aqeef bila dah sihat
asyik ketawa, ketawa dan ketawa
sampai susah nak snap gambar dia sekarang, mesti goyang hasilnya


mak senah tengah ngurut anak mokcik
aqeef menahan sakit sambil minta simpati dari ibu
rasa tacing sgt masa ni, aqeef wat ibu tersentuh dgn tangisannya
tapi untuk kebaikan nya juga.



nota ibu: ibu dah booking urut ngan mak senah pas raya. top to toe! ala2 spa gitu. tinggal takde lulur dgn mandi bunga je. hehe

Saturday, August 6, 2011

seharian bersama aqeef

hari ni sabtu bersamaan 6 ramadhan
kami sekeluarga hanya bersantai2 dirumah tanpa apa2 aktiviti yg menarik
balik2 tgk tv, baring susukan aqeef sampai tertidur kemudian bangun ajak aqeef main sampai aqeef tido semula
phew, bosan nye rutin harian aqeef.
tapi bosan lagi ibunya yg tak dapat sopink2 sebab bulan puasa (tak larat nak jln2). ekeke

jadi bila aqeef dah tidur, ibu ambil kesempatan ber-blogging.
lama tak tulis entri baru.
nah, ini entri orang yg kebosanan a.k.a tak dapat kuar window sopink spt sabtu2 yg dulu.


bangun je tidur ibu akan pastikan aqeef makan dulu
sebab tu ibu masak makanan aqeef awal pagi
sarapan itu penting, lagi2 untuk aqeef yang akan bekerja keras mengemas rumah. ekeke

bila bayi berusia lebih 6 bulan, susu ibu bukan lagi sumber makanan utamanya
bayi memerlukan makanan pelengkap yang mrngandungi pelbagai khasiat untuk tumbesarannya
saya amat kasihan melihat bayi 6bulan keatas yang hanya diberi susu sepanjang hari (merujuk kepada formula fed babies) tanpa makanan!
dengan alasan anak tidak mahu makan.
kasihan anak itu, mereka memerlukan pelbagai khasiat untuk membesar bukan semata2 susu sahaja.


bila dah makan, ayah tolong mandikan aqeef sementara ibu mengemas apa2 yang patut.
bagus kan ayah aqeef? begitu juga ayah2 diluar sana..
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
itu yang perlu diamalkan dlm rumah tangga bak kata org dulu2.


bila dah wangi aqeef akan meng-eksplore dunianya dengan kereta orennya
tarik2 alas meja, jatuhkan handset ibu atau ayah dari atas meja atau main ikan kaloi oren tuh!
bila dah jemu, menjerit2 minta orang ambil
sebelum ibu ambil aqeef, ibu akan pastikan aqeef kemas semula apa yg disepahkan tadi
macamana?
ambil tangannya dan suruh dia ambil barang2 yang dah disepahkan tadi
dan cakap baik2 yang dia kena kemas semula apa yg dah disepahkan
memang payah pada mulanya untuk didik anak2 sekecil ini
tapi saya percaya ini adalah permulaannya!
kena mula dari sekarang.


bosan di walker, main dibawah pulak
seronok tengok aqeef menggunakan deria motornya dengan baik
mainan yang sedang aqeef main ialah briliant basic block
bagus untuk eye-hand coordination and other early skill nya.
ibu2 sekalian, pilih mainan yang baik ye untuk anak2 :)


dah penat main aqeef nak susu
ibu pun dengan senang hati la beri aqeef susu
hingga aqeef tidur lena setelah mendapat candunya!


dan tidur lagi ( gambar pada hari dan masa yang lain)


dan lagi tidur dengan posisi yang lain
kalians, abaikan ye katil saya yang tiada cadar tu ( setelah dikecingkan aqeef) ekeke



dan terus tidur denga lena
sambil memikirkan, apalah rutin untuk hari esok
adakah sama seperti hari2 yang sudah?



nota ibu: aqeef sudah tumbuh gigi di usianya 9 bulan.
ibu sangat teruja untuk membelikan aqeef berus gigi yg shomel2 dipasaran + kodomo lion
boleh ibu mintak sikit ubat gigi perisa strawberi tu!