Pages

Showing posts with label sukaduka. Show all posts
Showing posts with label sukaduka. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

kaki kaki reflexologi


saat menulis entri ini
saya berada di Kaki Kaki Reflexologi
sambil2 kaki ku dibelai manja
boleh la ber-facebook dan ber-blogging

dah lama sebenarnya nak kesini
memanjakan diri
tetapi dek kekangan masa, maka asek la bertangguh
dan hari ini dgn hati yg penuh
meminta en.suami menghantarkan ke pusat reflexologi ni
gara2 kaki yang dah mula kebas jika berdiri lama
dan betis yg sangat sakit
( kelas yg penuh utk tahun baru ini, tak de can nak ngulo cam dulu. hehe)


rasa damai je berada di tempat2 sebegini
layanan pun baik dan mesra
asalnya malam ni semua bilik penuh
tapi dek kerana sudah nekad ku gagahi juga untuk tunggu
selama 1 jam setengah (balik rumah dulu)
dan pekerja di situ akan call semula bila bilik kosong.



selepas dapat panggilan
terus la excited dan memaksa en.suami untuk hantar sekali lagi
padahal dari rumah hanya 5 minit sahaja
tapi manja nak berhantar jugak..hehe

tempat mengurut yg sangat selesa
sambil-sambil tu boleh tgk tv..



seperti ini kaki ku di belai-belai
(bukan gambar sebenar ye..harus anda pelik kaki sy secantik ini)
saya mengabil pakej urutan kaki dan bahu
1 jam setengah sesi urutan tersebut
sangat berpuas hati
walaupun yg urut tu tak reti cakap melayu,
dia suruh duduk,aku baring
di suruh baring aku duduk..haha
dia cakap bahasa dia (mcm org thailand je gamaknya)

lepas ni nak amik pakej urut seluruh badan
mesti lagi bertenaga nak berfacebook dan blogging. ekeke
posted from Bloggeroid

Friday, December 23, 2011

semua baru

bila nak naik sekolah
semua hendak baru
bukan murid sahaja nak barang2 baru
cikgunya pun gitu jugak
malah terkadang terlebih over dari murid


benda yang setiap tahun harus baru
beli banyak terus
bila tulis tak keluar dakwat terus tukar baru


barang sampingan yang lain
tak beli pun tak apa
tapi nak naikkan semangat punya pasal
beli la baru (bukan membazir sbb barang2 ni diguna)



ni pun nak juga yg baru
susah kalau asyik berebut dgn hubby
bila masing2 nak buat kerja
bila ada dua, dah tak payah osom lg bila nak guna. ekeke

semua baru bukan bererti mebazir
kami beli yg betul2 nak digunakan dan mmg perlu ada
tak perlu lah nak pinjam sana sini bila nak guna nanti.

seharian ini juga saya mengemas rumah yg dah lama ditinggal
sawang dan habuk punya la banyak
baju pula banyak bertimbun nak di cuci
nasib baik en.suami tolong cuci semua
syukur..

saya pula mengemas rumah
lipat kain baju dan mengemas almari baju aqeef
yg dah sarat dgn baju


bila dah dikeluarkan baju yg sudah tidak muat
baru lapang lemari baju tu
rasa tiap-tiap bulan beli baju aqeef
sudahnya itu je yg tinggal
yg lain bungkus simpan stor.

nota ibu: sedar tak sedar anak sudah membesar dan kita juga makin tua. huhuhu

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 21, 2011

hujan lalu kesejukan

hujan-hujan sebegini makan apa pun sedap
lagi2 bila dikongsi bersama
ianya bagai satu nikmat..


cucu-cucu emak
yang paling kecil berusia 3 bulan
masih belum pandai sebut
'peace yo!'
hanya baring melihat aksi abang2 nya..


bila ramai2 begini
pasti ada jerit, hilai, tawa dan tangisan.

indah bukan zaman kanak2?
teringat zaman kanak2 saya dulu
makan ubi rebus dan ikan masin bila tiba musim hujan.
ia nostalgia yg tidak akan terpadam dari memori..
posted from Bloggeroid


nota ibu: cuba menulis menggunakan aplikasi Bloggeroid, ternyata lebih mudah.. ( dah lama wujud aplikasi ni dlm tab, tp baru tergerak hati nak guna. hehe)
* ada kaitan ke tajuk entri dgn cerita?

Thursday, December 1, 2011

pening

pagi ini bangun sahaja dari tidur
saya mengalami sakit kepala hingga merasakan dunia ini bepusing-pusing
sungguh, sudah lama tidak merasakan pening sebegini?
mahu sahaja mengeluarkan isi perut yg ada, tetapi tiada apa2 dalam perut.

mujur en suami yang baik hati tolong urut-urut kan kepala ini
kemudian pergi mandi dan minum secawan milo panas
alhamdulillah agak berkurangan...

semoga saya sihat-sihat sahaja hari ini.


nota ibu: melihat aqeef yg lena atas katil, ingin sekali join berbaring-baring disitu. tapi pasti akan bertambah pening bila bangun nanti.

Sunday, November 27, 2011

selamat tahun baru hijrah



alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas hari ini
tahun baru yang pastinya menjanjikan seribu liku-liku kehidupan pahit dan manis
semoga Allah memberi kekuatan untuk melalui semua itu.

semoga tahun baru 1433 hijrah ini menjadikan diri ini lebih baik dari semalam
dan dapat memperbaiki diri dari yg tidak baik kepada yg baik dan yang baik kpd yg lebih baik.
insyaallah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-

selamat tahun baru hijrah kalian.
berhijrah lah ke arah kebaikan dunia dan akhirat.






nota ibu: semoga tahun baru ini akan lebih bersinar dan ceria seperti cerianya blog acik ini dengan wajah yg BARU!! hihi















Tuesday, October 25, 2011

dari aidilfitri hingga deepavali

terlalu lama tidak menatap blog kesayangan ini
impian untuk menjadi blogger tegar seolah-olah hanya omong kosong
bukan tidak mahu, tetapi tidak layak menjadi seperti yg diinginkan
rutin harian yang semakin bertambah melunturkan lagi semangat untuk ber-blog

aqeef semakin memerlukan banyak perhatian
minggu depan genap usianya setahun
bermakna saya harus membuat perancangan yang lebih teratur
boleh membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga.


aqeef sudah pandai berdiri sendiri
ibu bangga nak!
ibu mendoakan hanya yg terbaik untuk aqeef.

dari aidil fitri hingga deepavali
hanya ini yang mampu acik coretkan
bukan kekontangan idea, tapi byk tugas lain yg lbh minta diberi perhatian.

hepi deepavali kalian!
kita 1 malaysia sama2 meraikannya.










nota ibu: cuti deepavali selama seminggu, mokcik btol2 hepi berada di kampung!

Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN terakhir

cerita minggu lepas tapi baru sempat untuk diupdate disini
sabtu lepas kami sekeluarga dijemput untuk berbuka puasa di kem tebrau johor
sempena hari berbuka puasa bersama keluarga
kakak mokcik kan tentera, so sebagai adik apasalahnya acik menyibuks memenuhi undangan

first time masuk kem tentera, memang la protokol sikit
tapi acik tetap selamba berbuka puasa dengan memakai seluar-blouse sedangkan yang lain memakai baju kebangsaan..
mujur tak kena kawad ditengah-tengah padang atau buat tekan tubi.ekeke


menu berbuka puasa : kambing panggang
boleh tahan sedap tambah-tambah lagi acik yang memang kuat suka makan nih
semua sodappp...

keluarga saya
yang paling kiri adik saya, sama kah muka kami?
mesti kalian akan cakap sama tapi tak serupa
sebab acik dah pegang anak, tudung serebeh2 dan harus anak rambut keluar2, muka berminyak tapi tetap juga nak posing. ekeke


ini hajar binti ahmad.
sepupu saya merangkap anak angkat emak
15 ramadhan (semalam) genap setahun mamanya pergi mengadap ilahi
sewaktu itu hajar baru berumur 9 bulan (sebaya dengan aqeef sekarang)
sangat kecil untuk mengerti erti sebuah kematian dan perpisahan
 mama hajar meninggal disebabkan breast cancer tahap empat!
kalian nak tahu? masa mama hajar meninggal, umur nya 27 tahun. sebaya dengan saya sekarang.
mode : mengesat air hidung mata

hajar ialah fully breastfeed baby
bila arwah mama-nya disahkan breast cancer, serta merta hajar diberhentikan penyusuan susu ibu
sebab mama-nya sangat lemah,lemah dan lemah
memang sangat cepat cancer itu merebak, tahu2 dah tahap empat dan doktor memberi jaminan hidup selama dua bulan.
bagaimana kalau kita ditempat itu dengan anak kecil yang menyusu dengan ibunya?
saya tiada jawapan...

sepanjang rawatan, hajar dan abangnya dijaga oleh emak saya
ayahnya seorang pekebun, sangat sukar untuk mengurus dua anak dengan isteri yang sakit
lalu emak menawar diri untuk menjaga anak saudaranya

saya ingat lagi 15 ramadhan tahun lalu
sewaktu tu saya baru bersiap-siap untuk solat isyak dan tarawikh
ada panggilan masuk dari pakcik saya, dia menyuruh saya segera ke hospital kerana isterinya sudah nazak
saya kelam kabut, tak dapat fikir apa2
terus solat isyak dan bergegas ke hospital batu pahat
tapi tuhan lebih menyayangi dirinya
dia pergi mengadap tuhan-nya di bulan yang mulia.

paling ralat, arwah teringin mahu berjumpa dengan kedua anaknya
rindu katanya.
iyelah, ibu mana yang tak rindu pada anak?
berminggu2 dihospital untuk mendapatkan rawatan, sudah pasti dia sangat rindu dengan anak2nya
emak saya bercadang mahu bawa anak2nya ke hospital esok hari
tetapi siapa lah kita untuk menahan kuasa Allah
mati itu pasti, bila tiba masanya tidak akan dilambatkan walau sesaat pun.
arwah pergi tanpa sempat menatap, mencium atau memeluk anak2nya
sendu!

ini adam bin ahmad
anak sulung arwah, kini berumur tiga tahun.
besday adam sama dengan arwah mama-nya (3 disember)
macam kebetulan kan?
bila ditanya mana mama?
dia akan jawab " mama sakit, kat hospital"
bila dibawa ke surau (tempat arwah disembahyangkan) adam akan kata " inikan tempat orang mati"
jelas terakam dimindanya saat2 sedih itu
tetapi diterjemahkan dengan lain cara.

semoga anak2 ini akan menjadi anak soleh solehah yang akan mendoakan ibunya disana.


 AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH
NOORAZLIN FATMA BINTI MOHD YUSOF 
( 3 DISEMBER 1983 - 25 OGOS 2010).
SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA2-NYA YANG SOLEH. AMIN.
nota ibu: adakah kita pasti akan bertemu ramadhan yang akan datang? atau ini ramadhan terakhir kita?
hanya Allah yang tahu, kerana MATI itu pasti!

Saturday, August 13, 2011

pra-shopping raya

kami berada di kota tinggi hari ini
aqeef semakin sensitif dgn orang disekelilingnya
tidak boleh berenggang langsung dengan ibu
kalau boleh ibu kena sentiasa didepan mata aqeef
tapi yang peliknya aqeef hanya menangis bila diambil oleh org2 perempuan ( nenek & makcik2nya)
bila atok & pakciknya ambil aqeef tak nangis pulak
kami membuat konklusi bahawa aqeef fobia dengan kaum wanita selepas mak senah mengurut aqeef dulu
mungkin dia rasa setiap wanita itu adalah tukang urut, kecuali ibu. hehehe

mode: ibu sedih tak dapat tolong nenek didapur
(okeh, alasan!)

sebenarnya saya agak excited untuk sopink2 raya tahun ni
bukan apa, kami dah bertiga sekarang jadi teringin nak pakai baju sedondon di pagi raya
jadi balik kota tinggi kali ni memang ditunggu2
tak sabar nak sopink baju raya kalians!

kalau kalian datang kota tinggi, singgahlah Plaza Kota
di tingkat atas skali ada kedai2 menjual pakaian ala2 di kelantan
baju cantik2 dan harga memang berpatutan
saya dah buat perbandingan di batu pahat dan kota tinggi, ternyata di sini lagi murah dan shantek2!
aitelyu!

semalam dah survay2, mmg banyak yang acik berkenan kalians!
rambang mata tgk baju2 yg bermacam2 fashion dan jenis kain yang 'sedap' dipakai
jadi hari ni kami akan meneruskan misi kedua untuk membeli belah pula
kami membeli dulu sebelum gaji sebab orang masih belum ramai
harga pun masih murah.
warna tema?
tunggu la hari raya nanti ye..


nota ibu: selamat membeli belah untuk hari raya ye kalians, tapi ibadah jangan dilupakan.
semoga kita sama2 memperolehi kemenagan!

Friday, July 15, 2011

kacip fatimah kah?

jam di galaxy tab ni dh menunjukkan pukul 00:44.mata dah rasa ngntuk tapi tak mahu tidur. mujur ada galaxy tab yg setia menemani mlm2 ku ( bunyi mcm hr2 tido lmbt). biasa la kalians, sy kan seorang ibu, selagi anak tak tidur, sy pun x boleh tidur jugak (cuma k-a-d-a-n-g2 sy tertidur dulu. ulang sekali lg, KADANG2). anda harus percaya ya!

saya rasa sejak akhir2 ni saya agak malas (biasa sy rajin tau kalian). entah kenapa semua bnda sy malas nak buat. tp bila memikirkan tanggungjwb, sy gagahkan juga.

ini perkara yg mls amat utk saya lakukan tetapi kugagahkan jua;

-iron baju (biasa mlm dah iron, skg kul 5pg baru sibuks nk iron).
-masak bubur aqeef (sy masih besemangat msk setiap pg jam 4.30am, setakat ni 5 kali bubur hangit. saya terrrrrTIDUR kalian! sungguh, sy terrrr...tidur).
-sapu rumah (sy hanya sapu ruang tamu saja, dapur mahupun bilik sy biarkan tidak bersapu. bukan apa, sy saje mahu ternak sesawang juga habuks2. bley?).
-cuci pinggan ( saya biarkan pinggan hmpir penuh sinki baru cuci. tujuan: jimat air. harus percaya lg ye!
-masak (sy amat suka dan suka amat bila suami yg tershenta mengajak isterinya yg tershantek ini mkn diluar. harus sy mengucapkan kata syukur dan i-lap-u laling!).

mungkin sy harus mem booster kan semangat ini dengan minum kacip fatimah? wah, kan terlebih tenaga payah pulak kan?
kalians ada x cadangan untuk acik shanteks ini menjadi lbh rajin spt dulu2? moh le share.

nota ibu: cuci muka pun dh mls. tp marah bila jerawt mula menguasai muka ku yg shanteks ini!
you JERAWAT, pergi jauh2!

Tuesday, July 12, 2011

hujung minggu kami

sabtu dan ahad lepas kami sekeluarga balik kampung kota tinggi - bandar tenggara. rasa dah lama tak balik.
atok nenek pun dah rindu sangat kat aqeef.
tak sangka pulak adik beradik belah suami semua ada. maka meriah la rumah nenek mcm raya.
oleh sbb aqeef cucu sulong (insyaallah januari 2012 aqeef dpt sepupu) maka aqeef sgt dinanti-nantikan makcik,pakcik apatah lagi atok neneknya. semua suka bila aqeef balik.
ibunya sudah tidak dihiraukan oleh sesiapa lagi.aiceh..

hari ahad balik umah oma pulak (oma= nenek sblh ibu). momen mkn2 deghian mmg btol2 syiokkk, lg2 org belanja. (tq atok!) hehehe
kat umah srndiri mmg susah nak mkn deghian, sbb ayah aqeef x berapa suka.
pagi2 dah mkn durian,tghari durian lg,petang bubur kacang durian. sgt sedap. kredit for oma!

bila dah kenyang perot,bersantai2 amik angin kat luar rumah sebelum balik semula ke parit raja.



muka aqeef kelihatan agak kompius.
ibu yg sgt natural,x sempat tepek bedak.
almaklumlah, saya kan ibu ber-anak sorang (nmpk tak ayat tu seolah2 saya seorang ibu yg sgt sibuk.ekeke).

gambar lain tidak dapat di upload, internet busy jugak mcm saya kot. hehe

nota:sgt bahagia bila dapat berkumpul ramai2.

Thursday, July 7, 2011

jumaat datang lagi

ada teman yang meminta sy mengupdate blog setiap hari. sejujurnya sy terharu kerana ada yang sudi membaca tulisan2 saya. insyaallah sy akn mengupdate blog setiap hari jika diberi 26 jam sehari ( 2 jam tmbhan khas utk update blog). hehe.

saya akan terus menulis kerana itu mmg minat saya. saya tidak kesah jika tiada pembaca.
kerana menulis memberikan kepuasan yang sukar ditafsirkan. jika diingat zman dulu2, sebelum ada dunia blog ni saya menulis didalam diari. diari tu siap ada kunci lg kalians. hehe
saya akn tulis setiap apa yg saya rasa, tak suka orang itu la, org ini lah (ada diorang kesah?), suka org itu la, org ini lah (lg diorang tak kesah kat acik ni)semua ditulis untuk jd kenang-kenangan.
kalau sekarang sy baca semula tulisan2 sy tu, rasa malu. ala2 nak hantuk kepala kat dinding sambil buat2 pengsan. ekeke.

seminggu ni sy rasa cepat sgt masa berlalu. mcm baru je lalui hr jumaat, esok dah hr juomaat lg.
tp acik mmg suka hr jumaat, kalau blh biar lah hari2 hari jumaat. mlm jumaat? lg la acik sukerrrrr ( eh,terletak byk r pulak.hehe).

isnin lepas terpaksa balik umah emak di bandar tenggara. tujuan hanya satu, untuk ambil breastpump yang dipos oleh k.asma. sbb apa sy beria balik jugak, sbb pam sy telah dihantar service. so k.asma telah meminjamkan pamnya sementara pam sy di service.

saya tidak boleh lalui hari2 tnpa mengepam susu. sy rasa janggal. alah bisa tegal biasa bak kata org tua2.
jd subuh hari selasa sy sudah bertolak dari bandar tenggara ke batu pahat. perjalanan lebih kurang 1 jam setengah.

tersengguk2 la mokcik sepanjang perjalanan. tudung herot2 dh x dipedulikan ( trademark saya).
smpi rumah pukul 6:45, beli sarapan kat jiran depan, mkn ala kadar (habis nasi lemak sebungkus tau kalian) dan terus gi sekolah.

nak dijadikan cerita, pd hari tersebut aqeef kena sembelit. semua salah mokcik sbb bg aqeef mkn biskut yg tak sesuai dgn usianya. selama ni tak pernah pulak jd mcm ni. aih, kalut la mokcik hari tu. risau nak pergi sekolah dengan ank yg kurang sihat. saya gagahkan juga pergi sekolah, dengan harapan aqeef akn baik2 saja.
alhamdulillah, bila sy call pengasuhnya, aqeef dah pun poo poo seperti biasa. saya lega.
sy risau jika aqeef tidak blh poo juga, mungkin akan dimasukkan ward seperti ank kwn saya.
masa tu mungkin harus saya meratap seperti Mak Dara dlm filem Kassim Selamat. ala kassimmm..

saya dapat ilmu baru atas apa yang telah berlaku pd aqeef. saya perlu lebih berhati2 dgn makanan yg diberi kepadanya.



gambar ini tiada kaitan dengan tajuk entri.
(biar nmpk pnjang sket entri acik kali ini. hehe)
sabun pencuci botol khas dari Pureen. bagi ibu2 yg mencari2 sabun pencuci botol, sy rekemen yg ini.


esok hari jumaat. saya mengharapkan yang terbaik sahaja berlaku dlm hari saya esok.

Saturday, July 2, 2011

larian serentak 1Murid1Sukan 1Malaysia

entri kali ni tanpa apa2 motif. ianya hanyalah sekadar mengisi kebosanan acik dikala anak sedang tidur. (kalu aqeef dah bangun, nak tulis title pun acik tak sempat. ngeh..ngeh).

hari ini saya ke sekolah dengan kereta yang agak berat kerana membawa nasi lemak sebanyak 200 bungkus. saya kah yang masak? kalians tentu sangat yakin bukan saya yang masak kan? isy, tak baik tau memandang serong pada mokcik nih..hehe.

memang tepat bukan sy yang masak, kerana saya hanya menempah makanan itu dari makcik depan rumah. mudah bukan,berjiran dengan tukang masak? hari2 boleh tempah,termasuk set makanan dari sarapan hingga dinner.ekeke

sebenarnya makanan tu untuk peserta larian serentak 1Malaysia. so acik lah yang dipertanggungjawabkan utk menempah makanan. sampai kat sekolah murid2 dah mula senamrobik. acik bagi alasan makcik nasi lemak lambat (padahal acik yg bangun lambat dan terhegeh2 buat itu ini). adilkah disitu?

saya turut menyertai murid2 dalam larian tersebut, tetapi dalam bentuk yang agak berbeza.


beginilah cara saya menyertai larian.
bagus bukan? dah lama tak naik basikal. terngat zaman2 sekolah dulu.
eh, cuba tengok pagar jambatan tu? hampir tumbang kedalam parit.
(cubaan untuk mengalihkan pandangan anda dari bahagian2 yang kian membesar dari tubuh saya, nyeh..nyeh..nyeh)



sape yang ajar inteprem nih. cepat lari!!! bukan bergambo cik timah oii...


menggunakan anak murid untuk menutup 'kebesaran' yang ada pada diri. apakah?

pandai ye korang...pantang napak kamera! cikgu borek murid rintik. boleh gitu??

saya menamatkan kayuhan dengan kaki, peha, betis yang sakit2. nampak tak disitu yang lelemak sudah mula menguasai diri acik..hehe.

kan saya dah kata, entri ini tanpa motif. tenkiu pada yang sudi juga membaca.

Wednesday, June 29, 2011

dilanda kemalasan

kata nak jd blogger tegar?awat mls bebenor nih. issyyh,idea byk sampai melimpah ruah kalu Di tadah ngn baldi.
em, begini lah rutin harian yg sgt padat. tp masa utk tido dan b'fb atau b'blog msih ada. perlukah semua itu? ish,sape kata x perlu? yg pnting pndai bagikan masa.

seperti biasa, balik dari sekolah terus amik aqeef kat umh mak idah (pengasuh aqeef). borak2, gosip2, gitu gini, gitu gini smpi umh kul 3ptg. dah pnt trus menidurkn diri diats sofa. skg dh x tdo ngn aqeef lg kt sofa lps kejadian aqeef jatuh sofa. hiii. seriau mokcik masa 2! so tdo lh sndiri dgn aqeef kt dlm buai. kdg2 aqeef tdokan ibu. hehe

asar bgun dan trus blend bubur aqeef, masak la pape yg patut utk en.suami juga perutku. kalu en.suami ofer mkn luar atau bli kat pasar lmbk, mokcik la org paling hepi.sbb x pyh msk. hoooorey!!

lpas bg aqeef mkn masakan ibu dia yg t'sgt lazat 2,mandikan dan bg susu.main2 kejap aqeef dah ngntuk trus tidokan.aqeef dh pandai mop umah skg, so ibu x pyh b'susah payah lg. tq bdk shomel! tp ayh la yg penat basuh bju aqeef.hehe

bila aqeef dh tdo baru lh buat keje pape yg patut. kdg x smpt buat aqeef dh bgun. pas solat, ngaji b'sama aqeef yg dok kat riba ibu, tgk brita jap smbil lyan aqeef main. kdg aqeef x mau tido. smpailah mokcik ygt'tido dulu. bila bwk naik katil,golek2, ktawa2, bg susu baru aqeef nk tdo. time 2 ibunya pun blayar skali smpai pg. tp kul 4pg dah bgun utk buat kerja2 yg t'tunggak mlm td. msk bubur aqeef,itu perkara utama yg dibuat lapas celik mata, sbb ibu x rela ank ibu mkn mknn yg dimasak oleh org lain. biar ibu msk x sedap, tp ibu dah letakan rencah yg paling sedap iaitu 'kasih sayang'.

Saturday, June 18, 2011

daku kembali

apakah yg terjadi dgn blog ku? b'sarang? b'sawang atau sudah hilang di alam maya??
ohhh...kini daku kembali, kembali mencuahkan isi hati pd yg sepi.
( agak jiwang kan?? biasa la, dh jd ibu. jiwa pun agak sensitip..haha)

rasanya kali t'akhir update belog ni masa prgnnt 7mth, diam x diam dah b'salin rupanye. si aqeef pun dah 7 bln skg. sgt cpt masa berlalu.

so bila dah jd ibu + surirumah + che'gu + chef (chef ker??) + doktor (tatkala ank sakit) + motivator (bg yg ada mslh ttg BF maupun mslh cinta) maka sgt la sibuknye diri ini. tp ni la cabaran idup, bila dpt wat yg t'baek utk org sekeliling, itulah kePUASannya.

dan skg dgn sgt m'GEDIk nya, nak plak menceburkan diri dlm dunia belog ni. (sedap x ayat2 ku), maka akan b'tambahlah jwtn yg sedia byk 2. tp daku gembia bila dpt meluahkan apa yg t'lintas@t'lalu kat kepala ni.

semoga lpas ni akan ada lg entri2 yg menarik utk dikongsi. insyaallah.
p/s: kalu x de entri 2, phm2 la (aqeef 7 thn baru ada entri bru) hehe.

Friday, January 15, 2010

kepergian insan tersayang..

14 januari 2010/ khamis

5:55 pagi...

biasanya aku bagun dgn penuh semangat utk ke sekolah..lepas baca doa bagun tido aku akan meregangkan sikit badan2 yg masih lemah..tp lain sgt dgn pagi ni, aku rasa mls sgt utk bagun dari katil walaupun jam dah menunjukkan pukul 5 pg..baju pun masih belum bergosok.aku lelapkan mata lg, dengan hp di dada..

tiba2 ada sms masuk..'nenek masuk hospital..dah nazak'..itu mesej yg aku terima dari makcik yg menjaga nenek. aku terus tersentak..terus bangun dgn niat utk membalas mesej t'sebut. baru je nak taip mesej, emak call.... "ngah, nenek dah x de". berjuraian air mata di atas katil. suami yang baru terjaga terpinga2..tidak faham..

aku terus terangkan padanya lantas ke bilik air utk berwuduk..aku solat subuh dengan deraian air mata. air mata kesedihan.....atas kehilangan insan tersayang...

lepas solat, aku terus bersiap2 utk ke hospital..aku antara cucu yg terdekat, jadi aku prlu ada di samping arwah buat kali terakhir..pukul 7 pg kami tiba di hospital batu pahat. masa 2 makcik sorang yg ada. anak2 nenek semua dlm perjalanan pulang...

masa nenek diusung ke bilik jenazah, aku pilu yg teramat sgt, aku sedih krn tidak dpt menatap wajahnya buat kali terakhir..aku menangis lagi...dan lagi...

aku tidak putus2 membaca surah yasin sementara menunggu ustzah yg memandikan jenazah. air mata gugur lg...

urusan memandikan & mengkafankan bermula...aku mengambil bahagian utk memandikan dan mengkafankan..ini lah pengorbanan terakhir aku utk nenek..aku tahan air mata dari tumpah, aku mandikan dgn penuh ketabahan dan kasih syg..aku kucup tgn yg sejuk & kaku sblum di kafankan..aku akan rindu tgn itu sampai bila2..

selesai semua, aku terus menaiki van jenazah utk menghantar arwah nenek ke surau utk disembahyangkan..tiba di surau, og ramai sudah menunggu. kebanyakan anak2 nenek yg jauh dah pun sampai..

air mata gugur lg...

selesai di solatkan, arwah terus dibawa ke tanah perkuburan..disitu lah arwah nenek akan disemadikan hingga hari kiamat nanti..tiada lg air mata yg aku titiskan, krn aku tidak mahu menambah sengsara nenek di alam barzakh.. air mawar kami taburi & doa sentiasa kami kirimkan, moga roh nenek bersemadi tenang di sana..

ya allah, jadikanlah kubur arwah nenek ku, salah satu dari taman2 syurga...amin


buat semua,
hargailah insan disekeliling kita ketika ada hayatnya...terutama ibu...
aku benar2 terkilan krn hampir 2 bulan aku x jenguk nenek di kampung. rasa belum cukup utk aku blas pengornbananya. dia yg menjaga aku dari lahir hingga dewasa, semasa emak&papa pergi berkerja. dia yg selalu hulur duit utk aku, masak utk aku & selalu menasihati aku... sbb itu aku rasa sgt kehilangan..

pasti raya tahun ini x bemakna lg, krn rumah usang di kampung itu tidak akan berseri lg tanpa nenek...

al-Fatihah buat allahyarhamah RUBIAH BT PADIMIN (1937 -2010). moga rohnya dicucuri rahmat..amin.

Sunday, January 10, 2010

¡¡ nɹɐq unɥɐʇ ʇɐɯɐןǝs

rasanya masih belum t'lmbat utk aku ucapkan hepi new year utk semua pengunjung setia blog ni...dah lama rasanya aku x tulis apa2 kat ruangan entry ni..dah lama gak x jenguk2 kat sini..

tahun baru ni, aku lemas dibebankan dgn byk keje..masa mngajar semakin b'tambah, jd guru kelas lg, setiausaha mcm2 bidang & mcm2 tanggungjwb lg. mmg letih ngn keje2 ni, kalau setakat mengajar xpe lg, ni dibebankan ngan keje2 yg lain. tp aku nggap ni sebagi cabaran, mampu x aku utk laksanakan dgn baik??? insyaallah...

b'cakap ttg azam, aku mcm xde azam plak tahun ni...ntah la, aku rasakan tahun 2009 t'lalu byk pahit maung kehidupan telah aku lalui..ada yg manis & ada yg pahit..semua 2 mematangkan aku. tahun 2009 melakar sejarah apabila aku slamat bergelar isteri kpd suami tercinta..itu kenangan terindah dan terlalu indah utk dikenang..didalam manis pasti ada pahit nya jgk..semua 2 membuat kan aku lebih hampir pada yg ESA..

aku harap tahu 2010 ni menjanjikan sinar kebahagiaan utk aku dan suami tercinta...moga apa yg dihajatkan akan dimakbulkan Allah..namun andai takdir tidak menyebelahi kami, aku anggap itu adalah tanda kasih dan sayang Allah terhadap aku..orang yg diuji adalah org yg terpilih disisi Alah, moga ujian ini menambah lagi saham utk bekalan akhirat nanti...

selamat melabuhkan tirai 2009 & selamat dtg 2010...
moga menjanjikan 1000 kebahagiaan..amin.

Monday, December 14, 2009

kenduri kawen at Umbai Melaka

12/12/2009

akhirnya sah sudah sahabat baik ku menjadi seorang isteri kpd nazri. mmg cute sgt syima time 2..suaminye plak mmg ensem..hehe. mmg b'baloi2 gi melaka ari 2. jmpe kwn2 yg dah lama sgt x jmpe..rindu serindu rindu nye..hanya Allah shj yg tau. wlwpun semua dh ada kehidupan masing2, tp masih mengingati persahabat wlwpun dah lama t'jalin..

ini lah syima & nazri..raja sehari yg diraikan. slamt pengantin baru syima...

tahun 1997-2002, inilah saat2 kami semua m'cari erti kehidupan, erti persahabatan, erti kasih syg & erti pengorbanan. wlwpun dah lbih 10 tahun b'lalu namun ukhuwah ini masih erat. mungkin ukhuwah yg dibina semata2 krn Allah..

terima kasih Ya Allah atas p'temuan yg istimewa ini..


b'balik pd tajuk entry ni..
aku btol2 teruja dpt jln2 kat melaka..wlwpun sampai umah kul 12 mlm, tp aku rasa puas sbb dpt jumpe org2 yg dirindui..

tgk la, gelagat2 kami ini...

kat umah k.wa at muar, sblum b'tolak ke melaka

dah sampai melaka, sblah aku 2 puteri...lama sgt xjmpe dia...

saat yg pasti aku rindui...pasti....

ini lah sahabat2 yg aku rindu...syg sgt2 kat kamu smua..
k.wa, hada, liz, jannah, puteri & me..

singgah McD kat Melaka Mall..

rasa nya x nak b'pisah time ni...

Ya Allah jadikan lah p'temuan ini, pertemuan yg Kau redhai, dan perpisahan ini juga sbg p'pisahan yg Kau redhai...rahmatilah kami, jadikan lah ukhuwah ini, ukhuwah yg kau berkati..moga kami semua saling sayang menyayangi keranaMu Ya Allah..

tiada siapa dpt memisahkan kami kecuali ajal.......wallahu a'lam.

12:45 mlm..



Friday, December 4, 2009

MenGaPA??????

mengapa aku x bleh tdo mlm ni? jam dah mennjukkan kul 3:05 pagi..apasal mata ni x bleh nak tido, padahal aku dah landing baik kat atas tempat beradu yg sgt selesa?? mengapa? kenapa? aku pun xde jawapan. lalu aku bangun perlahan2, dari tmpt beradu dan duduk berteleku di hadapan 'sahabat' setia. jari jemari mula menari2 di dada keyboard menulis apa yg terisi di hati..

mengapa wahai diri, mengapa kau x bleh nk tido mlm ni? t'lalu byk bnda & perkara yg difikir kah?? oh tidak.. aku x memikirkan apa2. otak & hati ku tenang bak air di kali..tp mengapa??? aku perlu menenangkan diri dgn menyebut kalimah suci... subhanallah walhamdulillah walaila ha illa allah allahu akbar...

semoga tidurku dirahmati allah dan malaikat mendoakan ku hingga kesubuh nnt,agar aku bisa sujud membesarkan keagungan Allah dgn penuh rasa khusyuk dan tawadduk ...

mlm jumaat, 3:14 pagi

Thursday, December 3, 2009

saat cinta berpaling

saat cinta berpaling
dan hati menjelma serpihan-serpihan kecil
saat huru-hara terjadi
saat ujian-ujianNya terlalu besar
untuk ditanggung sendiri
ke manakah seorang isteri harus mencari kekuatan
agar hati mampu terus bertasbih?


hujan renyai...
3 disember 09, 17:38

template baru...

hampir3 jam aku m'godeh utk menghasilkan template yg baru...konon2 cantik ar. padahal menyuahkan aku je...cantik lg yg lama. (pd aku la). aku nk tukar kpd yg lama, tp kena belajar lg...susah wooo...nk fahamkan sesuatu yg kita x fhm. ehehe. mlm dah larut, akhirnya aku b'jaya melakukannya..wlwpun b'kali2 gagal...

selamat menikmati suasana baru bagi semua pembaca setia blog aku...
slmt mlm.

1:14 pg, (di ruang tamu)