Pages

Showing posts with label raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label raya aidilfitri. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

raya dulu dan raya kini


aidilfitri 2007
bersama adik-kakak-emak
di mana mokcik?
adakah yg paling anggun duduk kanan sekali? ekeke
tahun 2007 ini kami beraya di kampung di Batu Pahat.
perama kali beraya dengan duit sendiri, alhamdulillah dapat meng-sponsor baju raya keluarga seperti yg kalian lihat digambar.
masing2 belum pandai ber-makeup walaupun dah zaman milenium. hehe


aidilfitri 2008
kami sekeluarga beraya di Johor Bahru
masih anak dara lagi tau masa ni..
muka solehah kan? ala-ala penyayi nasyid kumpulan al-jawahir. hahaha
tahun 2008 ini beraya dengan membawa status single tunangan orang.
masa ni beraya mmg tak lekang dari handphone
ke mana2 mesti melaporkan dengan tunang
makan-minum-berjalan-tgk tv-memasak-membasuh-pergi rumah siapa dan siapa
pendek kata, semua nak cerita dengan tunang.
gediks kan? ehehe
roger and out!


aidilfitri 2009
raya pertama kami bergelar suami isteri
indah tak terungkap menyambut raya dengan yang tersayang
di pagi raya syahdu syahdan memohon ampun dari suami
indah nya saat ini!
terima kasih tuhan.
terpancar tak cahaya ke-isteri-an dari wajah acik? solehah kan? ekeke

pregnant about 8 mths.

aidilfitri 2010
bakal ibu dan ayah
kebahgiaan syawal tahun ini lagi bertambah
kami amat bersyukur dengan bakal lahirnya permata hati yang sangat dinanti2.


aidilfitri 2011 pula bagaimana?
sila tunggu ye kalian..
sekian.

Thursday, August 25, 2011

salam aidilfitri untuk semua

esok kami sekeluarga akan balik kampung. terasa kampung halaman melambai2 kepulangan kami sekeluarga dan tiba2 terasa menjadi anak rantau. padahal amat selalu balik kampung. hehe malam ini sangat sibuk kami mengemas rumah utk menyambut kedatangan para tetamu yg sudi berkunjung syawal nanti. persiapan perlu dibuat kerana kami akan berada di kampung sepanjang bercuti nanti. biasanya raya ke dua atau ke tiga keluarga akan bermalam dirumah saya, jadi haruslah rumah kelihatan bersih dan ada suasana hari raya bila menjejakkan kaki ke dalamnya.hehe
selamat bercuti kalian, berhati2 semasa memandu, semoga perjalanan kita dirahmati Allah dan semoga kita dapat meraikan hari bahagia ini bersama2 keluarga tershenta!

diksempatan ini, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf atas segala salah dan silap, tersalah tulis, tersalah bicara, tersalah kata mohon maaf ye kalian. saya manusia biasa yg tidak terlepas daripada silap dan salah. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA IKHLAS DARI KAMI: -MOHD AWIS AL-QARNI -NORINA -MUHAMMAD AQEEF