Pages

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, February 17, 2012

kami diusia 3

ALHAMDULILLAH kami panjatkan ke hadrat ilahi atas anugerah 'bahagia' yg dikecapi hingga kini
syukur kerana kami masih lagi bersama melayari bahtera rumah tangga
yang saya kira banyak asam garamnya, banyak dugaannya.

bukan mudah untuk mencari titik persamaan dengan pasangan sendiri
saya akui, 3 tahun ini saya belum cukup mengenali dirinya
ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya.

menyingkap detik perkenalan saya dan dia;
kami berkenalan semasa di Institut Perguruan Tun Hussien Onn Batu Pahat
walaupun dahulunya di tingkatan 6 kami satu sekolah ( di Maahad Johor)
namun, sungguh saya tak pernah mengenali dirinya, begitu juga dia.

selepas tingkatan 6 masing-masing menyambung belajar di universiti yang lain
saya di UKM dan dia di USIM
sedangkan di zaman belajar dahulu saya selalu bertandang ke USIM yang dulunya KUIM
sebab ramai kawan2 di sana dan kami bertukar2 assigment..
tapi tidak juga berjumpa atau terserempak atau mendengar namanya

sehinggalah masing2 berjaya menggenggam segulung ijazah
masih tidak mengenali antara satu sama lain.

bermulanya episod baru di Istitut Perguruan
kami mendapat tawaran yang sama di situ, kebetulan dapat satu kelas yang sama
mungkin sudah tersuat dia jodoh pilihan Allah utk saya.


dan akhinya pada 11 rabiulawwal 1430 hijrah bersamaan 8 mac 2009
kami selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri.

kini genap 3 tahun usia perkahwinan kami
semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kami, menitipkan mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga kami. aminn.

untuk suami ku,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
love forever till jannah.



ya Allah rahmatilah keluarga kami..





sedikit kesyukuran sempena hari kelahiran en.suami dan ulangtahun perkahwinan kami ke-3
(mengikut kalendar hijrah).


mereka sumber kekuatan saya
Allah, rahmatilah kedua mereka yg amat kukasihi ini

posted from Bloggeroid

Monday, November 28, 2011

aqeef diusia satu

entri ini sudah lama di dalam draft
cuma masa tidak mengizinkan untuk disiapkan dan di-publish-kan.

aqeef sudah pun berusia 1 tahun pada 4 November 2011
rasa baru semalam saya mengimpikan kehadirannya
rasa baru dinihari tadi saya melahirkannya
kini aqeef sudah besar menginjak usia setahun.
alhamdulillah, Allah masih memberi kesihatan yang baik untuk Aqeef
dan yang penting aqeef sentiasa di sisi ibu.

Muhammad Aqeef yang bermaksud 'yang terpuji-yang memberikan sepenuh perhatian'
semoga aqeef jadi ummat Muhammad yang terpuji dan melakukan sesuatu perkara dengan sepenuh perhatian,tumpuan dan komitmen. insyaallah.
 nama ini dipilih oleh ayah setelah ibu menyenaraikan pendek kan
5 nama yang bermula dengan huruf 'A'
akhirnya nama Muhammad Aqeef dipilih dan di umum pada hari ke-7 kelahirannya.


ini gambar yang diambil pada tanggal hari lahirnya
gambar di ambil di klinik
kerana aqeef demam di hari kelahirannya yang pertama..
kasihan anak ibu..


tiba dirumah atok (kota) ada kejutan untuk aqeef
atok belikan kek ice cream yg sangat sedappppp!
walaupun masa ni aqeef demam
tapi tetap juga ceria memotong kek!
ini pulak kek di rumah atok (bandar tenggara)
sedap juga kek ni.
tiada birthday party untuk meraikan kelahiran aqeef
cukup sekadar doa selamat dan makan-makan sekeluaga
tidak perlu sambut pun tidak mengapa sebenarnya
tetapi saya mahu mengajar anak menghargai orang lain
walaupun caranya amat kecil tetapi kesannya amat besar saya kira

kalau kita sebagai orang dewasa mahu dihargai
begitu juga anak-anak
saya cuba meletakkan diri di tempat anak untuk memahami pearasaannya.
menghargai anak tidak hanya ketika menyambut hari lahir
boleh juga dizahirkan dalam banyak perkara
seperti, 'baiknya anak ibu, mandi tak nangis..nah ibu hadiahkan susu yg sedap'
atau 'terima kasih aqeef sebab tak rosakkan bunga ibu' (read as)-bunga hiasan yg diletak diatas meja.
bermakna, setiap perbuatan anak yg baik walaupun kecil kita cuba hargai
jangan hanya memandang kesalahan anak sahaja, itu tidak adil.



kita sekeluarga makan di luar untuk meraikan hari lahir aqeef
yang sebenarnya ibu dan ayah yang ober nak makan nasi ayam. hehe
tapi bekal makanan aqeef ibu tak pernah lupa.
ibu akan pastikan aqeef kenyang baru ibu makan.

bubur nasi yang siap di blend ibu masuk dalam beg jika mahu ke luar ke mana-mana
biar jauh pun kita pergi ibu tak akan lupa kebajikan anak
pernah kami bercuti dan menginap di hotel selama 3 hari
saya siap-siap bawa dari rumah periuk nasi elektrik untuk masak bubur aqeef dan blender
pagi-pagi bangun, sebelum memulakan perjalanan saya masak bubur dulu
kemudian bunyi blender akan memecahkan kesunyian waktu pagi di hotel berkenaan. hehehe.

insyaallah saya tidak akan bagi aqeef makan nestum
walaupun mudah tetapi tidak begitu bagi saya
anda ibu-ibu diluar sana buatlah pilihan yang terbaik untuk anak-anak ya!

aummm!
macam tu la bunyi tatkala menyuap aqeef makan.ehehe
satu mangkuk pasti licin
siapa yang tengok pasti terliur. kehkehkeh


sesekali menghiburkan hati anak tidak salahkan?
alhamdulillah aqeef faham jika saya katakan 'tak payah la sayang, kan kita dah naik semalam'
dia akan diam dan mengerti.

dan hari ini aqeef sudah mula berdiri sendiri
jika jumpa telefon ibu atau ayah pasti akan di letak di telinga dan ngomel macam orang besar. hehe
perkembangan yang buat ibu rasa cukup bahagia.

terima kasih aqeef, terima kasih sayang kerana menyempurnakan hidup ibu dan ayah.
bila suatu hari nanti aqeef baca blog ibu ini
ibu harap aqeef faham bagaimana kasih dan sayang nya
seorang wanita yang bergelar IBU ini...











nota ibu: sangat teruja mengajar aqeef bertatih!

















































Sunday, August 7, 2011

handbag raya ibu

dek kerana kebosanan yg melampau pada hari sabtu kami,
maka incik suami mengajak kami berbuka puasa diluar hari ini
kami suami istri memang kaki jalan, kaki window shoping dan kaki tangan kerajaan. ekeke

oleh sebab waktu berbuka lama lagi, kami berwindow sopink dulu
tempat pertama acik tuju ialah bahagian handbag
belek sana, belek sini, try sana, try sini mmg syok sekali
mode : mata blink2 tengok hand bag yg harganya wat acik sentap!
mahal nyer! dibuat dari kulit apalah agaknya beg nih?

abang: pilih la nak yang mana?
acik shantek: ha? betol ker?
abang: ha,hadiah hari jadi yang abang janji hari tu
acik shantek: tak pe la bang, mahal ni (sambil berdoa agar tidak ditarik balik ofer itu)
abang: ambik je la, abang dah janji
acik shantek: ( terharu sambil hati terkinja-kinja keriangan)


sopink di Parkson
sempena hari-tanpa-beg-plastik
beg kertas pun ok gak,yg penting isi dalam tu. hehe


hadiah dari suami ter-shenta
boleh pakai masa hari raya
dah try isi pampers, baju, sapu tangan dan makanan aqeef, ok sedang elok.
bila dah ada anak, beli bag kena lah yang boleh masuk semua benda
ala-ala kocek doraemon.

yang sebenarnya saya jarang beli hand bag
seingat saya handbag terakhir saya beli 3 tahun lepas
la ni beg tu dah melecet2 kulitnya
sekarang kalau berjalan hanya bawa beg baby FIFFY yg boleh memuatkan semua barang aqeef
pergi sekolah pula saya hanya guna hand bag chomel yg boleh memuatkan alat2 tulis

mungkin atas dasar itu incik suami saya menghadiahkan handbag
dia benar2 memahami saya!
selagi tidak rosak, saya akan terus guna beg ini
beg ini ada warranty, tu yg saya suka
biar mahal sikit kalian, yang penting tahan lama
sebab saya jenis yang tidak suka bertukar2 handbag, maka wajarlah saya memilih yang tahan lama!


berbuka puasa di restoran asam manis
ibu memakai baju menyusu yg baru dibeli tempohari
mudah untuk menyusukan aqeef.



nota ibu: sentap tengok harga handbag GUESS! makanya, ukur baju di badan sendiri ye puan2!

Monday, August 1, 2011

corat-coret besday

masih belum jemu bercerita mengenai besday.
rasanya masih belum basi kan kalian?hehe
saya rasa amat bertuah kerana dikelilingi orang2 yang menghargai dan menyayangi saya.
selepas besday gurl dirai oleh anak muridnya, besday gurl juga telah dirai oleh suami&anak, family, juga family mertua.
Semuanya membuatkan saya terharu dan amat bersyukur.

Sebab itu la saya masih menulis berkenaan besday, kerana saya mahu merakamkan detik indah itu disini.
Moga boleh dijadikan kenangan di hari tua nanti. Ekekeke


malam 29 julai.
Suami mahu celebrate pada 28 julai tetapi ada program di sekolahnya, so sambut lambat sehari.
Kami sekeluarga makan di MK cafe&bistro.
Masa tengah makan, kami disajikan dengan nyayian dari live band.
Owh..sangat romantik ye!



makanan yg dioder.
Nasi ayam panggang dan chicken chop.
Not bad!


ni pulak suprise dari anak2 saudara saya.
Shomel kan coklat2 yg ditempah khas utk saya tu.
Saya sgt menyukainya!
Sayang untuk dimakan. Hehe



HAPPY BIRTHDAY NORINA.
i like it!




potong kek lagi.



Mlm BBQ dirumah mertua untuk meraikan bufday girl. Hehe
banyak lg gambar, tapi saya kena menghormati privacy adik2 perempuan saya yg tidak memakai tudung (majlis dibuat dirumah).

Sejujurnya usia doplohtujuh ini byk sekali meniggalkan kenangan indah.
Saya akan pahat kenangan ini hingga ke akhirnya.
Terima kasih utk semua yg meraikan dan mendoakan saya.
Semoga sy akan menjadi seorang yg lebih baik dari semalam.

Thursday, July 28, 2011

lagi-lagi doplotujoh

besday lagi.
kan saya dah kata,setahun sekali. ekeke
ucapan dan doa tak putus2 saya terima sepanjang hari ini.
melalui facebook, msg mahupun yg tulis surat.
terima kasih yang tak terhingga.

ini pula hadiah yang saya dapat daripada anak2 murid.
biasa hari guru je dapat, kali ni rezeki murah, besday pun dapat jugak..


meskipun hadiah sebatang pen, saya amat menghargainya.
anak2 ini sudah mengerti erti sebuah kasih sayang.
syukur!


my fevret.
hadiah dari en.suami. BIG APPLE.
sudah jemu makan kek, so tahun ini mkn big apple pulak.


tengs abg..
suami saya sangat alert tentang apa yg saya suka dan tidak suka.
dia sgt memahami, dia sgt menyayangi wanita2 nya (ibu, isteri serta adik2 perempuannya).
saya akui itu!

semoga angka doplotujuh ini menjadikan saya;
hamba yang lebih taat pada tuhannya,
isteri solehah untuk suaminya,
ibu mithali untuk anak2nya,
anak terbaik untuk ibubapanya,
guru terhebat untuk anak2 muridnya,
pekerja cemerlang untuk majikannya.

itu impian saya untuk yang ke doplotujuh ini.
aminn.

doplotujoh lagi

hari ni entri semua berkaitan dgn besday.
setahun sekali kan? manatau tahun depan tak panjang umur, siapa tahu kan?
jujur saya katakan, ucapan besday dari suami tatkala bangun tido amat bermakna sekali.
itu merupakan hadiah pertama yang saya dapat hari ini.

kalian na tahu apa impian mokcik masa besday yang ke 25? hehe.
25tahun saya amat berharap agar dikurniakan zuriat sebelum besday yang ke 26.
alhamdulillah, allah makbulkan impian saya.
besday yg ke-26, saya sambut dengan bby dlm perut (6 bulan).
besday ke-26, sy menyimpan impian untuk sambut besday dgn bby pada besday yg ke-27.
alhamdulillah, Allah maha pengasih, impian itu tercapai.

dan, apa pula impian saya untuk besday yg ke 27 ini?
hehehe. malu nak bitau kalians. tahun depa la sy beritahu.



ini anak2 murid saya. mereka benar2 buat saya terharu.
waktu rehat mereka jemput saya masuk kelas, jeng..jeng..jeng.
bila saya masuk je kelas, mereka terjah dgn menyanyikan lagu hepi besday.
jujur, saya terharu yg amat sgt. sungguh x sangka anak2 berumur 10 tahun ini merancang besday untuk saya.
nampak tak kek yg shomel itu?
mereka collect duit utk membelinya. lg sekali sy terharu.



ini sesi potong kek.
walaupun kecil, ia sgt besar bila dikongsi bersama.

anak2, cikgu sangat menghargainya..ini momen yg amat indah.
moga kalian berjaya dunia akhirat, menjadi anak soleh solehah.

nota: hari ini mood cikgu sgt baik. sesiapa tak bwk buku atau tak siapkan homework, cikgu x marah.
cikgu senyum jerr.
hari ini je tau!

doplotujoh

alhamdulillah hari ni genap umo mokcik 17 tahun..(oke, doplotujuh).
belek2 muka kat cermin, dah byk rupanya tanda2 penuaan. em,terima hakikat!
bila tiba hari lahir apa yg difikirkan? sejujurnya byk yg difikirkan, byk jgk yg diangankan.
sy terfikir, di usia ini sudah bykkah amalan sy? memikirkannya sy rasa insaf, krn terasa amat sedikit amalan yg dilakukan.

saya menulis bog ini jam 4 pagi. gigih kan saya menulis disubuh hari tatkala org lain sibuk bertahajjud.
hehe, sebenarnya sy bekerja (masukan markah utk SAPS). mlm2 capaian internet sgt lambat, jd sy ambil keputusan utk buat subuh2. jam 4 pagi ada 567 org sdg online. tidak tidurkah mereka?

alhamdulillah,siap sudah kerja2 masukan markah. saya bergegas ke dapur utk masak bubur aqeef, cuci pinggan, kemas barang2 aqeef dan iron baju. mcm lipas kudung wat kerja, bimbang aqeef minta susu sblm kerja2 siap.
(jika aqeef nyusu, ibunya akan ikut lelap skali).



ini bukti kegigihan saya menyiapkan kerja sekolah.
bufday gurl yg sgt rajin di hari lahirnya. huwaaaa..
(abaikan meja kerja mokcik yang huru hara tu,biasalah kalians, ibu busy la katakan.)


ini pulak jajan2 untuk anak2 murid mokcik smpena besday.
saja nak buat anak2 suke. walaupun pemberian ini kecil, tp besar maknanya bagi mereka. saya pasti itu!
saya membungkus jajan2 ini jam 5 pagi sementara menunggu capaian internet yg dah mula lambat waktu itu.
alhamdulilah, siap SAPS, siap juga sy membungkus.

saya mengharapkan hari ini berjalan dgn baik.
moga yang indah2 sahaja menyeri hari ini.