Pages

Showing posts with label suamiku. Show all posts
Showing posts with label suamiku. Show all posts

Friday, February 17, 2012

kami diusia 3

ALHAMDULILLAH kami panjatkan ke hadrat ilahi atas anugerah 'bahagia' yg dikecapi hingga kini
syukur kerana kami masih lagi bersama melayari bahtera rumah tangga
yang saya kira banyak asam garamnya, banyak dugaannya.

bukan mudah untuk mencari titik persamaan dengan pasangan sendiri
saya akui, 3 tahun ini saya belum cukup mengenali dirinya
ia bukan sesuatu yang mudah bagi saya.

menyingkap detik perkenalan saya dan dia;
kami berkenalan semasa di Institut Perguruan Tun Hussien Onn Batu Pahat
walaupun dahulunya di tingkatan 6 kami satu sekolah ( di Maahad Johor)
namun, sungguh saya tak pernah mengenali dirinya, begitu juga dia.

selepas tingkatan 6 masing-masing menyambung belajar di universiti yang lain
saya di UKM dan dia di USIM
sedangkan di zaman belajar dahulu saya selalu bertandang ke USIM yang dulunya KUIM
sebab ramai kawan2 di sana dan kami bertukar2 assigment..
tapi tidak juga berjumpa atau terserempak atau mendengar namanya

sehinggalah masing2 berjaya menggenggam segulung ijazah
masih tidak mengenali antara satu sama lain.

bermulanya episod baru di Istitut Perguruan
kami mendapat tawaran yang sama di situ, kebetulan dapat satu kelas yang sama
mungkin sudah tersuat dia jodoh pilihan Allah utk saya.


dan akhinya pada 11 rabiulawwal 1430 hijrah bersamaan 8 mac 2009
kami selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri.

kini genap 3 tahun usia perkahwinan kami
semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kami, menitipkan mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga kami. aminn.

untuk suami ku,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
love forever till jannah.



ya Allah rahmatilah keluarga kami..





sedikit kesyukuran sempena hari kelahiran en.suami dan ulangtahun perkahwinan kami ke-3
(mengikut kalendar hijrah).


mereka sumber kekuatan saya
Allah, rahmatilah kedua mereka yg amat kukasihi ini

posted from Bloggeroid

Saturday, July 30, 2011

hargailah dia

malam ni entri sendu.
dalam kita bergembira,jgn lupa insan yg sedang berduka.
kalau kita sedang ketawa, ingatlah ada insan yang sedang menangis.

malam2 cuti biasanya saya suka menghabiskan masa dengan membaca blog orang. banyak pengalaman dan ilmu dapat saya kutip. saya jarang tgk tv kerana terlalu 'drama' cerita2 yang ditayangkan. kalau tengok pun, separuh jalan sahaja, sudahnya tv yang tengok saya. hehe
berbanding dengan membaca, kebanyakannya ada kisah benar (tidak semua).


terharu saya membaca blog pn.mawar nafastari hingga menangis hati kecil saya.
beliau kematian suami akibat kemalangan pada 1 mac 2011. beliau terpaksa membesarkan dua orang anak yang masih kecil tanpa suami disisi.
sendu!

saya tidak dapat membayangkan hari2 saya tanpa suami disisi.
dia sumber kekuatan saya. kalau saya diberi pilihan, saya mahu 'pergi' dahulu darinya. kerana saya tidak sanggup kehilangannya, saya tdak sanggup melalui hari2 tanpanya. tapi siapa lah kita untuk menentukan semua itu.
namun janji Allah itu pasti!

untuk malam ini, izinkan saya memuja muji yang tak terhingga untuk suami saya.

en.suami sy sgt bertanggungjawab.
dia akan pastikan segala kelengkapan rumah cukup untuk sebulan.
ikan,sayur,beras sentiasa ada dan tak pernah kurang. sehingga bawang tinggal sebiji pun dia tahu walaupun saya yang masak.

dia akan ingat makanan kegemaran saya dan sedaya upaya cuba mendapatkannya.

dia akan tunaikan segala permintaan saya walaupun lambat.

dia sangat memahami saya. kalau saya penat dia yang akan masak atau belanja makan dikedai.

kalau makan bersama (makanan yg saya suka), mesti dia yang akan berhenti dahulu. mengapa? kerana dia mahu saya habiskan makanan itu walaupun dia masih lapar.
dia akan kata "sayang abiskan la, abg dah kenyang".
walupun selepas itu dia akan mencari makanan lain (tanda masih lapar).

sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah mencuci baju.
semua dia yang lakukan, dari cuci, sidai dan lipat.
semua dia!

banyak lagi keistimewaan suami saya. terlalu banyak untuk saya luahkan disini. biar saya simpan sendiri.
saya pasti kalian juga mepunyai suami yang baik. jadi marilah sama2 kita hargai suami kita sementara ada hayatnya. kerana apa saya berkata begitu? kerana ini..

saya quote dari blog pn.mawar nafastari:

huhu... insaf..
sedih sebab saya tak sempat nak mintak ampun salah silap saya dengan dia..
tapi, sebelum bersalinkan Kekwa, tu la last sy mintak maaf dgn dia
saya tak tahu dia akan pergi secepat ni..
tak sempat nak kata apa2 pun..
tak sempat nak ucap "i love u" pun..


kalian yang sudah berumahtangga,hargailah suami ye.. setiap hari cium tangan dia mintak maaf segala2nya.. salah faham sikit2 tu biasala, mcm lagu P. Ramlee tu,sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri kan.. jaga suami baik2, hari2 jangan malu2 ucap sayang, sbb saya dulu tak buat pun camtu, skang terasa nak ucap hari2.. tapi dia dah takde...

*terkilan*


sangat menginsafkan saya.
sungguh, saya tidak setabah dia!
moga cerita ini memberi inspirasi untuk kita.
hargailah sementara ada.

nota: terima kasih abang atas segalanya. luv u so much!

Wednesday, November 4, 2009

sempurna..

sayu, sebak & sedih rasa ati mlm ni..x tau la nape. tgk muka abg th tido, rasa tenang sgt. tp melihat wajah itu jg, aku rasa sayu..sbb aku bkn lah isteri yg sempurna. aku cuba mencari keempurnaan, ttp siapalah ak utk menjadi sempurna..krn manusia tiada yg sempurna..namun aku cuba selagi ada hayat utk m'jadi isteri terbaik utk abg.. dia segala2nya utk ku..tq ALLAH ats 'hadiah' yg x t'hingga ini.

Saturday, October 24, 2009

alahai suami ku

sepanjan bln ni, in lah pertama kali aku dpt berehat di rumah pd ujung minggu. sblum ni, bz memanjang. kalu x blik umah mak, msti balik umah ummi..xpun ada kursus LDP. emm, itu lah lumrah kehidupan, selagi idup kerja xkan pnh abis..

hr ni aku betul2 berehat..pas je smayang subuh aku trus tdo lg smpai pkul 10.30pg..hahaha. dh lama x wat perangai buruk bgun lmbt ni. suami aku plak pg2 kene g kursus kat sabak uni. aku dgn selambanya x iron kan baju n x wat kan sarapan. dia tgk baju dlm amari, trus je pkai. kesian abg... aku nk gosokkan tp dia soh aku tido je..apalagi, aku pun amik kesempatan la...huhuhu.

kul 10.30 pg dia balik kursus, aku baru je sap lipat selimut..dia kata "syg nak mkn pe?"..t'haru aku dibuat nye, dah la bagun lmbat, patutnya aku yg siapkan mkn utk suami, ni terbalik plak. balik je dia trus ke dapur watkan aku air n sarapan. aku mkn sambil tgk tv n layan internet. smbil2 2 aku basuh baju, tp last2 dia jgk yg siap kan smpai abis..pas 2 dia siap lipat baju y dah masuk 2 bakul..aku cuma tlg susun je.huhu.

aku mls btul nak msk ari ni, almaklumla cuti...kalu blh nak berehat. aku cadang nak ajak suami aku mkn kat luar,tp dia xnk. last2 dia yg masak, aku nk tlg tp dia x bg. dia soh aku tgk tv. mcm puteri raja je aku ni..bila siap msk aku tlg hidang je, mmg sedapla laki aku msk..lg2 mkn kat dulang, mmg sedap sungguh..

buat smua kaum hawa, b'syukurlah memiliki suami anda. kalu kita nak suami yg t'baik, pokok pangkalnya pd kita jgk. sntiasalah puji suami kalau dia beri p'tolongan wlwpun amik kan air kat dapur. jgn komplen kerja yg dia wat, tp sebaliknya pujilah dengan ikhlas. syurga kita di bwh tapak kaki suami..
aku b'syukur krn allah menganugerahkan suami yg t'baik utk aku..dia sumber kekuatanku..

Tuesday, July 28, 2009

hari bahagia..28/07/2009

inilah nikmat dalam berumah tangga..hari ni aku rasa bahagia yg teramat sgt, cz dpt sambut besday bersama suami tersayang..sweet sgt..balik dr sekolah suami tersayang wt suprise dgn kek yg sgt comel..huhu..ptg plak dia belikan bracelet sbg tnda syg..mlm plak ktorang dinner same2..mmg hepi x t'hingga..buat abg,smoga ALLAH merahmati rumah tangga kita..amin..