Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN terakhir

cerita minggu lepas tapi baru sempat untuk diupdate disini
sabtu lepas kami sekeluarga dijemput untuk berbuka puasa di kem tebrau johor
sempena hari berbuka puasa bersama keluarga
kakak mokcik kan tentera, so sebagai adik apasalahnya acik menyibuks memenuhi undangan

first time masuk kem tentera, memang la protokol sikit
tapi acik tetap selamba berbuka puasa dengan memakai seluar-blouse sedangkan yang lain memakai baju kebangsaan..
mujur tak kena kawad ditengah-tengah padang atau buat tekan tubi.ekeke


menu berbuka puasa : kambing panggang
boleh tahan sedap tambah-tambah lagi acik yang memang kuat suka makan nih
semua sodappp...

keluarga saya
yang paling kiri adik saya, sama kah muka kami?
mesti kalian akan cakap sama tapi tak serupa
sebab acik dah pegang anak, tudung serebeh2 dan harus anak rambut keluar2, muka berminyak tapi tetap juga nak posing. ekeke


ini hajar binti ahmad.
sepupu saya merangkap anak angkat emak
15 ramadhan (semalam) genap setahun mamanya pergi mengadap ilahi
sewaktu itu hajar baru berumur 9 bulan (sebaya dengan aqeef sekarang)
sangat kecil untuk mengerti erti sebuah kematian dan perpisahan
 mama hajar meninggal disebabkan breast cancer tahap empat!
kalian nak tahu? masa mama hajar meninggal, umur nya 27 tahun. sebaya dengan saya sekarang.
mode : mengesat air hidung mata

hajar ialah fully breastfeed baby
bila arwah mama-nya disahkan breast cancer, serta merta hajar diberhentikan penyusuan susu ibu
sebab mama-nya sangat lemah,lemah dan lemah
memang sangat cepat cancer itu merebak, tahu2 dah tahap empat dan doktor memberi jaminan hidup selama dua bulan.
bagaimana kalau kita ditempat itu dengan anak kecil yang menyusu dengan ibunya?
saya tiada jawapan...

sepanjang rawatan, hajar dan abangnya dijaga oleh emak saya
ayahnya seorang pekebun, sangat sukar untuk mengurus dua anak dengan isteri yang sakit
lalu emak menawar diri untuk menjaga anak saudaranya

saya ingat lagi 15 ramadhan tahun lalu
sewaktu tu saya baru bersiap-siap untuk solat isyak dan tarawikh
ada panggilan masuk dari pakcik saya, dia menyuruh saya segera ke hospital kerana isterinya sudah nazak
saya kelam kabut, tak dapat fikir apa2
terus solat isyak dan bergegas ke hospital batu pahat
tapi tuhan lebih menyayangi dirinya
dia pergi mengadap tuhan-nya di bulan yang mulia.

paling ralat, arwah teringin mahu berjumpa dengan kedua anaknya
rindu katanya.
iyelah, ibu mana yang tak rindu pada anak?
berminggu2 dihospital untuk mendapatkan rawatan, sudah pasti dia sangat rindu dengan anak2nya
emak saya bercadang mahu bawa anak2nya ke hospital esok hari
tetapi siapa lah kita untuk menahan kuasa Allah
mati itu pasti, bila tiba masanya tidak akan dilambatkan walau sesaat pun.
arwah pergi tanpa sempat menatap, mencium atau memeluk anak2nya
sendu!

ini adam bin ahmad
anak sulung arwah, kini berumur tiga tahun.
besday adam sama dengan arwah mama-nya (3 disember)
macam kebetulan kan?
bila ditanya mana mama?
dia akan jawab " mama sakit, kat hospital"
bila dibawa ke surau (tempat arwah disembahyangkan) adam akan kata " inikan tempat orang mati"
jelas terakam dimindanya saat2 sedih itu
tetapi diterjemahkan dengan lain cara.

semoga anak2 ini akan menjadi anak soleh solehah yang akan mendoakan ibunya disana.


 AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH
NOORAZLIN FATMA BINTI MOHD YUSOF 
( 3 DISEMBER 1983 - 25 OGOS 2010).
SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA2-NYA YANG SOLEH. AMIN.
nota ibu: adakah kita pasti akan bertemu ramadhan yang akan datang? atau ini ramadhan terakhir kita?
hanya Allah yang tahu, kerana MATI itu pasti!

Saturday, August 13, 2011

pra-shopping raya

kami berada di kota tinggi hari ini
aqeef semakin sensitif dgn orang disekelilingnya
tidak boleh berenggang langsung dengan ibu
kalau boleh ibu kena sentiasa didepan mata aqeef
tapi yang peliknya aqeef hanya menangis bila diambil oleh org2 perempuan ( nenek & makcik2nya)
bila atok & pakciknya ambil aqeef tak nangis pulak
kami membuat konklusi bahawa aqeef fobia dengan kaum wanita selepas mak senah mengurut aqeef dulu
mungkin dia rasa setiap wanita itu adalah tukang urut, kecuali ibu. hehehe

mode: ibu sedih tak dapat tolong nenek didapur
(okeh, alasan!)

sebenarnya saya agak excited untuk sopink2 raya tahun ni
bukan apa, kami dah bertiga sekarang jadi teringin nak pakai baju sedondon di pagi raya
jadi balik kota tinggi kali ni memang ditunggu2
tak sabar nak sopink baju raya kalians!

kalau kalian datang kota tinggi, singgahlah Plaza Kota
di tingkat atas skali ada kedai2 menjual pakaian ala2 di kelantan
baju cantik2 dan harga memang berpatutan
saya dah buat perbandingan di batu pahat dan kota tinggi, ternyata di sini lagi murah dan shantek2!
aitelyu!

semalam dah survay2, mmg banyak yang acik berkenan kalians!
rambang mata tgk baju2 yg bermacam2 fashion dan jenis kain yang 'sedap' dipakai
jadi hari ni kami akan meneruskan misi kedua untuk membeli belah pula
kami membeli dulu sebelum gaji sebab orang masih belum ramai
harga pun masih murah.
warna tema?
tunggu la hari raya nanti ye..


nota ibu: selamat membeli belah untuk hari raya ye kalians, tapi ibadah jangan dilupakan.
semoga kita sama2 memperolehi kemenagan!

Tuesday, August 2, 2011

ramadhan & susu ibu

hari ini sudah hari ke2 umat islam berpuasa. sekejap je masa berlalu, tau2 dah dipenghujung ramadhan nanti.
tahun ini tidak seperti tahun sudah, saya tidak dapat bertarawikh di masjid.
bukan alasan ye, tapi mokcik menjaga anak dirumah.
boleh je kalau di bawa ke masjid, tapi bimbang anak sekecil aqeef akan menggangu jemaah lain beribadah.
memang cemburu tgk ayah aqeef pergi tarawikh dimasjid. sebab suasana dimasjid dan dirumah kan lain..

alhamdulillah saya dapat melalui dua hari berpuasa dengan jayanya.
meskipun saya breastfeed baby,alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
tiada masalah susu kurang atau anak tak cukup susu. saya bersyukur!
memang saya akui, saya agak berdebar untuk menghadapi ramadhan kali ini.
risau susu berkurang, risau anak tak cukup susu, risau diri tak larat untuk berpuasa dan mcm2 lagi.
saat ini kuasa minda memainkan peranan yag amat penting. bila kita yakin rezeki datang darilada Allah dan sentiasa berfikiran positif, maka masalah itu akan terungkai dengan sendirinya.



ini stok susu untuk aqeef sehingga 2 ogos 2011.
alhamdulillah, murah rezeki aqeef.
saya pulun sebulan sebelum puasa untuk membuat stok.
inilah hasilnya!
(kadang2 saya ponteng sesi mengepam! dgn sbb yg tak dapat dielakkan seperti berada di mall untuk shopping, atau terlalu letih. jadi bila pam kemudian dapat susu sikit,sila salahkan diri sendiri yer? ekeke)


ini susu yang saya perolehi semasa sesi mengepam di sekolah.
alhamdulillah. 7oz untuk sesi pertama.
memang dahaga yang teramat bila setiap kali lepas mengepam dan anak direct menyusu.
selalunya sebelum dan selepas mengepam saya minum air untuk menggantikan air yang hilang dari badan.
bila bulan ramadhan ni, kena la kuat sket menahan dahaga.


kempen penyusuan susu ibu di BP mall pada 30 julai (sabtu).
puan diatas stage tu sedang menerangkan cara memakai ring-sling dengan betul.
sangat bagus dan sgt praktikal untuk ibu yang menyusukan anak.
saya harus mendapatkannya!

saya amat teruja melihat booth2 yang menjual kelengkapan untuk bf.
biasanya barang2 ini sukar untuk dijumpai dikedai2 biasa.
oleh itu, saya dengan muka yang amat kesian meminta suami untuk membelikan nursing blouse.
suami yang sgt baik tanpa berfikir panjang terus membelikan isterinya yang shantek dan shumil ini nursing blouse berwarna merah.
sangat shantek dan sgt mudah menyusukan baby di khalayak ramai tanpa perlu menyelak baju.
ia memang direka khas untuk ibu menyusu.
gambar baju tersebut akan saya tepek-kan kemudian ye.



dan saya beli storage bottle lagi! aqeef sibuks buat main botol2 tu.
storage bottle dari stylo mama 10btl x 5oz=rm39.90.
i like tutupnya yg kaler pink tu.
girlish kan? hehe

nota: bulan ogos ialah bulan sambutan susu ibu. para ibu sekalian, mari kita terus menyusukan anak2 kita!
gud luck kalians, dan selamat berpuasa!