esok kami sekeluarga akan balik kampung.
terasa kampung halaman melambai2 kepulangan kami sekeluarga dan
tiba2 terasa menjadi anak rantau. padahal amat selalu balik kampung. hehe
malam ini sangat sibuk kami mengemas rumah
utk menyambut kedatangan para tetamu yg sudi berkunjung syawal nanti.
persiapan perlu dibuat kerana kami akan berada di kampung sepanjang bercuti nanti.
biasanya raya ke dua atau ke tiga keluarga akan bermalam dirumah saya,
jadi haruslah rumah kelihatan bersih dan ada suasana hari raya bila menjejakkan kaki ke dalamnya.hehe

selamat bercuti kalian,
berhati2 semasa memandu,
semoga perjalanan kita dirahmati Allah
dan semoga kita dapat meraikan hari bahagia ini bersama2 keluarga tershenta!

diksempatan ini,
saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf atas segala salah dan silap,
tersalah tulis, tersalah bicara, tersalah kata mohon maaf ye kalian.
saya manusia biasa yg tidak terlepas daripada silap dan salah.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA
IKHLAS DARI KAMI:
-MOHD AWIS AL-QARNI
-NORINA
-MUHAMMAD AQEEF
No comments:
Post a Comment