ada yang bertanya, mengapa tidak beri saja makan nestum? saya mempunyai jawapan yang tersendiri. kerana saya mahukan aqeef makan makanan dari air tangan ibunya. tidak dinafikan dipasaran terdapat banyak makanan bayi, namun saya ingin mencipta kepelbagaian dalam setiap hidangan anak supaya dia tidak bosan makan makanan yang sama setiap hari.

saya kongsikan info : lobak merah mengandungi beta carotena (baik untuk mata) dan vitamin C (baik untuk kulit).
ubi kentang pula, mengandungi dua kali ganda lebih kandungan potassium berbanding pisang.


untuk ibu blend lada atau bawang2 guna blender yang di belakang tu ye...

untuk menu-menu lain, saya akan kongsikan kemudian ya..
nota ibu: saya kongsikan resepi makanan bayi ini sebab ada kawan2 yang bertanya. saya bukan pakar, tp saya mahu kongsikan apa yang sy tahu berdasarkan pengalaman sendiri juga dari bacaan2 saya.
patut la aqif makin sihat...bagusnya erin...semoga aqif membesar dengan sempurna dan menjadi anak yg soleh yg akan menghargai setiap pengorbanan dan usaha kedua ibubapanya ketika membesarkannya AMIN..i adore u my friend!!!
ReplyDeletecuba nak jd yg terbaik dimata anak..anak kan saham kita di hari kemudian. tenkiu my frend!
ReplyDelete