Pages

Monday, December 14, 2009

kenduri kawen at Umbai Melaka

12/12/2009

akhirnya sah sudah sahabat baik ku menjadi seorang isteri kpd nazri. mmg cute sgt syima time 2..suaminye plak mmg ensem..hehe. mmg b'baloi2 gi melaka ari 2. jmpe kwn2 yg dah lama sgt x jmpe..rindu serindu rindu nye..hanya Allah shj yg tau. wlwpun semua dh ada kehidupan masing2, tp masih mengingati persahabat wlwpun dah lama t'jalin..

ini lah syima & nazri..raja sehari yg diraikan. slamt pengantin baru syima...

tahun 1997-2002, inilah saat2 kami semua m'cari erti kehidupan, erti persahabatan, erti kasih syg & erti pengorbanan. wlwpun dah lbih 10 tahun b'lalu namun ukhuwah ini masih erat. mungkin ukhuwah yg dibina semata2 krn Allah..

terima kasih Ya Allah atas p'temuan yg istimewa ini..


b'balik pd tajuk entry ni..
aku btol2 teruja dpt jln2 kat melaka..wlwpun sampai umah kul 12 mlm, tp aku rasa puas sbb dpt jumpe org2 yg dirindui..

tgk la, gelagat2 kami ini...

kat umah k.wa at muar, sblum b'tolak ke melaka

dah sampai melaka, sblah aku 2 puteri...lama sgt xjmpe dia...

saat yg pasti aku rindui...pasti....

ini lah sahabat2 yg aku rindu...syg sgt2 kat kamu smua..
k.wa, hada, liz, jannah, puteri & me..

singgah McD kat Melaka Mall..

rasa nya x nak b'pisah time ni...

Ya Allah jadikan lah p'temuan ini, pertemuan yg Kau redhai, dan perpisahan ini juga sbg p'pisahan yg Kau redhai...rahmatilah kami, jadikan lah ukhuwah ini, ukhuwah yg kau berkati..moga kami semua saling sayang menyayangi keranaMu Ya Allah..

tiada siapa dpt memisahkan kami kecuali ajal.......wallahu a'lam.

12:45 mlm..



Saturday, December 12, 2009

bacalah dgn nama TUHAN mu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

apa aku rasa mlm ni???



ntah la, aku x tau apa yg aku rasa arini...mcm2 perasaan ada. nk kata aku marah, mmg aku marah...dg sape?? hurmm, ngn org yg x pnh nk kenal erti kasih syg, erti bahagia. layak kah org spt ini di 'wujud' kan kat dunia..(isy, apa aku ckp ni..masayaallah). tp aku mmg btol2 geram, marah& sakit ati mlm ni..darah kat kepala aku ni rasa cam mendidih je..

ya Allah, apa kah yg aku rasa ni btol atau pun salah....jika aku slh, Kau berilah aku petunjuk. kenapa masih ada lg org yg sanggup meruntuhkan kebahagiaan org lain? tidak kah dia t'fikir apa yg dirasai oleh pihak yg t'aniaya? tidak kah dia t'pk bhw yg disakiti itu adalah wanita seagamanya, wanita seanutan dgnnya..tidakkah dia t'pk??. kenapa dia dibutakan dgn cinta palsu??kenapa dia ditulikan dgn cinta hina, kenapa dia t'jebak dgn cinta yg m'bwa hidupnye menderita..???

KENAPA?? soalan ini hnya Allah shj yg tau. Allah bg semua ini b'tujuan. tujuan yg kita x nmpak hikmahnye.. sbb 2 Allah suruh kita b'sabar dgn melakukan solat. maka solat lah dgn penuh kekhusyukan, agar t'serlah yg t'sirat, agar nmpk terang dgn mata hati..

hati wanita itu t'lalu menderita, walawpun tidak dizahirkan dgn kata2..beban itu t'lalu berat utk ditanggung sendiri.jika ombak tsunami itu hebat, maka hebat lg badai yg melanda hatinya. jika gempa bumi itu dasyat, maka dasyat lg perasaan yg dilaluinya skg ini.. hati wanita itu t'lalu ampuh utk disakiti kesekian kalinya.. jgn la disakiti lg, aku mohon YA ALLAH..

bukan aku mohon yg tidak2 utk perempuan durjana itu,aku hanya pohon KAU berilah mereka petunjuk..dlm apa juga bentuk, dlm apa juga keadaan agar dia mengerti apa itu sakit, menyakiti dan disakiti..agar mereka tahu apa itu derita, menderita da dideritai..aku mohon...

biarlah air mata mlm ini sbg bukti aku benar2 tulus mendoakannya...biar lah air mata ini juga bukti aku sentiasa m'dambakan petunjuk Mu YaAllah..biar la hr esok aku penuhi dgn doa, agr aku dapat menghitung nikmat MU yg lain..

akhir kata...sbg kaum sejenis, aku tidak dpt membayangkan betapa kuatnya wanita itu. aku mungkin b'sikap spt kebanyakan wanita lain, hnya t'daya menangis, meraung dan tiba2 berasa hilang pegangan seandainya suami m'bahagi kasih, cinta dan perhatiannya kpd wanta lain.

semoga Allah mnjaga hati dan mata kita supaya selalu menangkap hikmah, walaupun kesedihan itu melemaskan..amin.



Friday, December 11, 2009

muhasabah diri

Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca

1.Kenapa tak baca?

Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas

2.Kenapa tak baca?
dapat surat dari pejabat tanah dalam bahasa melayu,
kamu boleh baca
dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris,
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

Wednesday, December 9, 2009

untuk renungan (iBu vs KekAsih)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Friday, December 4, 2009

cinta tidak sempurna (part 1)

memang sia2 mencari alasan mengapa suaminya menceraikannya begitu sahaja..

aku tidak tahu apa kurangnya wanita ini. wajah dan senyumannya manis. tutur katanya lemah lembut dan santun.apa lagi yg kurang??

aku sama sekali tidak melampau dlm menilai. sbb wanita berwajah ayu itu jauh lebih cantik sekiranya dibandngkan dgn perempuan yg bergelar peampas itu. jd apa yg salah walaupun aku mengenali wanita itu lebih dari 10 tahun, aku tidak dapat menjawab pertanyaan mengapa?

10 tahun tanpa dapat aku temukan sebarang kekurangan dalam dirinya. padahal hubungan kami boleh dikatakan rapat.usia 24 tahun ketika mengambil keputusan untuk bernikah dengan seorang ustaz yg diharapkan dapat membimbngnya ke syurga.

kehidupan perkahwinan boleh danggap berjalan dg baik. satu dua pertengkaran ataupun perselisihan faham rasanya biasa dlm sesebuah perkahwinan. namun entah di mana silapnya, si suami mencurangi isteri yg telah byk berkorban selama ini..

bukan kerana persahabatan aku dgn nye, lalu aku menerima bulat2 penjelasannya. kwn2 lain yg mengenalinyapun begitu. seorang wanita yg lemah lembut, pandai memasak, menghias rumah, walawpun kediaman nya kecil namun praktikal dan kelihatan selesa.


bersambung.....

MenGaPA??????

mengapa aku x bleh tdo mlm ni? jam dah mennjukkan kul 3:05 pagi..apasal mata ni x bleh nak tido, padahal aku dah landing baik kat atas tempat beradu yg sgt selesa?? mengapa? kenapa? aku pun xde jawapan. lalu aku bangun perlahan2, dari tmpt beradu dan duduk berteleku di hadapan 'sahabat' setia. jari jemari mula menari2 di dada keyboard menulis apa yg terisi di hati..

mengapa wahai diri, mengapa kau x bleh nk tido mlm ni? t'lalu byk bnda & perkara yg difikir kah?? oh tidak.. aku x memikirkan apa2. otak & hati ku tenang bak air di kali..tp mengapa??? aku perlu menenangkan diri dgn menyebut kalimah suci... subhanallah walhamdulillah walaila ha illa allah allahu akbar...

semoga tidurku dirahmati allah dan malaikat mendoakan ku hingga kesubuh nnt,agar aku bisa sujud membesarkan keagungan Allah dgn penuh rasa khusyuk dan tawadduk ...

mlm jumaat, 3:14 pagi

Thursday, December 3, 2009

saat cinta berpaling

saat cinta berpaling
dan hati menjelma serpihan-serpihan kecil
saat huru-hara terjadi
saat ujian-ujianNya terlalu besar
untuk ditanggung sendiri
ke manakah seorang isteri harus mencari kekuatan
agar hati mampu terus bertasbih?


hujan renyai...
3 disember 09, 17:38

template baru...

hampir3 jam aku m'godeh utk menghasilkan template yg baru...konon2 cantik ar. padahal menyuahkan aku je...cantik lg yg lama. (pd aku la). aku nk tukar kpd yg lama, tp kena belajar lg...susah wooo...nk fahamkan sesuatu yg kita x fhm. ehehe. mlm dah larut, akhirnya aku b'jaya melakukannya..wlwpun b'kali2 gagal...

selamat menikmati suasana baru bagi semua pembaca setia blog aku...
slmt mlm.

1:14 pg, (di ruang tamu)

Tuesday, December 1, 2009

tersesat hingga ke TAMBAK JOHOR

29 nov 09,
sambungan dari kisah yg lalu, balik dari book fair, hajat hati nak bwk adik2 aku g mkn & cuci2 mata kat danga bay. tp lain plak jadinya...

mlm 2 kereta bnyak sgt kat jln, nak parkir pun susah. almaklumla mlm minggu..kebetulan cuti sekolah, lg la byk kereta & byk org..dlm p'jlanan 2, pk2 la nak lalu mana yg dekat utk sampi ke danga bay.bila nampak signboard WOODLAND, tnpa pikir pnjang..hubby trus je ikut jln 2..nk tau apa jd???? hahahaha...trus masuk ke kawasan imegresen. YA ALLAH!!! kami dh t'slh masuk jln. bila masuk kawasn 2, mana bleh u-turn. semua kereta kena melalui pemeriksaan imegresen & serahkan pasport. mana kami ada pasport!!!!! apa nk buat ni?? buntu, takot, resah, gelisah, semua ada.

yg klakarnye, kat kawasan 2 semua kereta besaq2!!! kereta kami je ciput. (mana ada org singapore pakai kereta kecik). 1st time masuk kat situ, tempatnya byk sgt kaunter. kawalan ketat. semua kereta kena melalui pemeriksaan. bila dh x bleh u-turn 2,kami berhenti la kat tepi. nk cari sape2 yg leh ditanya. sekali 2 ada pekerja imegresen 2 lalu, fuhhh!! lega. bila kami kata t'sesat, org 2 tnya la dari mana??? malunye nk cakap, dtg dari johor gak. hahaha.

akhirnye kereta lepas dari kaunter pemeriksaan pasport, dgn alasan kami t'sesat. kami pun disuruh ikut kereta2 yg melalui TAMBAK JOHOR. tp ada byk jln. yg mana 1 nk ke tambak johor???? sekali lagi kalut. org cakap, malu b'tanya sesat jalan. so bila aku nmpak sorang pekerja tgh mengelap, aku p tanya la. hahahah. org tempatan g tanya org BANGLADESH..mmg keje gile!!! dia mana la tau. kejenye mengelap je. aku trus ke kaunter yg ada polis imegresen. dia pun terkejut camana bleh t'sesat masuk kawasan 2. lepas dpt petunjuk, kami pun keluar la dari kawasan 2.

jam dah menunjukkan pukul 10 mlm. hasrat nak g danga bay dah t'padam. yg penting dpt keluar dari tempat yg 'aneh' 2.huhu. akhirnya kami dapat keluar, setelah membuat u-turn sebelum sampai ke tambak johor. ingatkan dah dapat keluar?? rupanya kena lalu kaunter imegresen lg! pulakkk!!! kali ni nak ckp pe plak, sbb yg tau kami sesat org kat kaunter masuk, kaunter keluar tau ke?? dup dap dup dap hati utk melepasi kaunter pemeriksaan pasport 2. aku rasa ada baiknye aku call emak. mungkin ada dosa aku kat emak sampai jadi sesat cam ni...bila aku call emak, mintak doakan mudah lepas, urusan dipermudahkan...

sampai je turn kami, org kaunter 2 mintak pasport, tapi kami kata sesat, dia SENYUM dan bagi kami lepas. syukur...tp palang 2 x diangkat, camne nak lepas. rupanya 2 laluan touch n go. alahai...apalah malang nasib ni. aku trus turun g bli kad 2. kena rm20. akhirnya kami dpt lepas dari 'azab' itu...ini semua berkat doa insan mulia bergelar EMAK..

moral dari cerita ni:
1) kalu x tau b'tanya, kalu malu sesat jalan.
2) jgn buat main2 pada doa insan yg bergelar ibu/emak/mama/dll.