Pages

Thursday, July 14, 2011

aqeef ke klinik

dari semalam sy dah perasan aqeef batuk2 (kecil). saya biarkan dulu dgn harapan antibodi dari susu yg ia minum blh melawan sakit yg dtg. alhamdulillah aqeef tidak demam. namun batuk nye agak ketara.

petang tadi selepas menyusu aqeef terbatuk2 dan muntah. en.suami ajak pergi klinik sbb tidak mahu aqeef batuk truk seprti mana dia pernah kena masa usianya 7 hari. sedih amat ibu waktu tgk aqeef batuk sampai biru2 muka. nak bg ubat batuk time tu masih tak sesuai sbb aqeef terlalu kecil.

untuk kali ini ibu tak mahu pisang berbuah dua kali. ibu harus bertindak segera bwk aqeef jumpa doktor. semoga ank ibu cepat sihat ye sayang. ibu tau, susu ibu adalah ubat yg terbaik utk aqeef. ibu juga tahu antibodi badan aqeef cukup kuat untuk melawan sakit yg datang.


aqeef dalam perjalanan ke klinik.
nmpak hepi kan ank bujang ni?
saya akui aqeef anak yg mudah dijaga. dia jarang menangis kecuali lapar dan jika ditinggal sendirian.
saya siap rakam video jika sesekali aqeef menangis. bukan mahu anak menangis, tp kdg2 rindu nk dgr tangisannya. hehehe
saat sy sedang menulis ini, badan aqeef agak panas berbanding ptg tadi masa di klinik. sehingga doktor mengatakan aqeef tidak demam. saya tampal cool fever di dahinya dan letak kain lembab dikepala bagi mengurangkan panas.
aqeef tidak menagis langsung. dia hanya gelisah untuk tidur. saya bagi susu dan baring disebelahnya terus dia tidur. saya yakin, tgn ibu ini memberi ketenangan kpd anak.

ini klinik yang kami pergi tadi. service ok. orang pun tak ramai.
psstt kalian,saya teringin nak pergi tmpat sebelah klinik tu. alangkah indahnya, kalau kaki ini dapat dimanjakan.

balik dari klinik aqeef mkn ubat.
akibat jarang mkn ubat,maka berlaku la adegan kalut serabut bila aqeef muntah tatkala diberi ubat. habis nasi lauk ikan tuna dan sayur sawi keluar semula. alahai, sayangnya ibu tgk nasi yg aqeef muntahkan tu.
tp tak apalah, aqeef tak biasa rasa ubat. ibu cuba juga bg ubat dan kali ini berjaya. syukur!

alhmdulillah setakat ni ibu tak rasa terbeban pun melayan aqeef. apa yg pnting aqeef sihat ye syg.
ibu akan disisi aqeef sepanjang mlm ini. biar ibu tidak tidur, ibu rela.

nota ibu:terfikir,adakah aqeef akn menjaga ibu sebegini saat ibu dah tak berdaya suatu hr nnt?

Tuesday, July 12, 2011

hujung minggu kami

sabtu dan ahad lepas kami sekeluarga balik kampung kota tinggi - bandar tenggara. rasa dah lama tak balik.
atok nenek pun dah rindu sangat kat aqeef.
tak sangka pulak adik beradik belah suami semua ada. maka meriah la rumah nenek mcm raya.
oleh sbb aqeef cucu sulong (insyaallah januari 2012 aqeef dpt sepupu) maka aqeef sgt dinanti-nantikan makcik,pakcik apatah lagi atok neneknya. semua suka bila aqeef balik.
ibunya sudah tidak dihiraukan oleh sesiapa lagi.aiceh..

hari ahad balik umah oma pulak (oma= nenek sblh ibu). momen mkn2 deghian mmg btol2 syiokkk, lg2 org belanja. (tq atok!) hehehe
kat umah srndiri mmg susah nak mkn deghian, sbb ayah aqeef x berapa suka.
pagi2 dah mkn durian,tghari durian lg,petang bubur kacang durian. sgt sedap. kredit for oma!

bila dah kenyang perot,bersantai2 amik angin kat luar rumah sebelum balik semula ke parit raja.



muka aqeef kelihatan agak kompius.
ibu yg sgt natural,x sempat tepek bedak.
almaklumlah, saya kan ibu ber-anak sorang (nmpk tak ayat tu seolah2 saya seorang ibu yg sgt sibuk.ekeke).

gambar lain tidak dapat di upload, internet busy jugak mcm saya kot. hehe

nota:sgt bahagia bila dapat berkumpul ramai2.

Thursday, July 7, 2011

jumaat datang lagi

ada teman yang meminta sy mengupdate blog setiap hari. sejujurnya sy terharu kerana ada yang sudi membaca tulisan2 saya. insyaallah sy akn mengupdate blog setiap hari jika diberi 26 jam sehari ( 2 jam tmbhan khas utk update blog). hehe.

saya akan terus menulis kerana itu mmg minat saya. saya tidak kesah jika tiada pembaca.
kerana menulis memberikan kepuasan yang sukar ditafsirkan. jika diingat zman dulu2, sebelum ada dunia blog ni saya menulis didalam diari. diari tu siap ada kunci lg kalians. hehe
saya akn tulis setiap apa yg saya rasa, tak suka orang itu la, org ini lah (ada diorang kesah?), suka org itu la, org ini lah (lg diorang tak kesah kat acik ni)semua ditulis untuk jd kenang-kenangan.
kalau sekarang sy baca semula tulisan2 sy tu, rasa malu. ala2 nak hantuk kepala kat dinding sambil buat2 pengsan. ekeke.

seminggu ni sy rasa cepat sgt masa berlalu. mcm baru je lalui hr jumaat, esok dah hr juomaat lg.
tp acik mmg suka hr jumaat, kalau blh biar lah hari2 hari jumaat. mlm jumaat? lg la acik sukerrrrr ( eh,terletak byk r pulak.hehe).

isnin lepas terpaksa balik umah emak di bandar tenggara. tujuan hanya satu, untuk ambil breastpump yang dipos oleh k.asma. sbb apa sy beria balik jugak, sbb pam sy telah dihantar service. so k.asma telah meminjamkan pamnya sementara pam sy di service.

saya tidak boleh lalui hari2 tnpa mengepam susu. sy rasa janggal. alah bisa tegal biasa bak kata org tua2.
jd subuh hari selasa sy sudah bertolak dari bandar tenggara ke batu pahat. perjalanan lebih kurang 1 jam setengah.

tersengguk2 la mokcik sepanjang perjalanan. tudung herot2 dh x dipedulikan ( trademark saya).
smpi rumah pukul 6:45, beli sarapan kat jiran depan, mkn ala kadar (habis nasi lemak sebungkus tau kalian) dan terus gi sekolah.

nak dijadikan cerita, pd hari tersebut aqeef kena sembelit. semua salah mokcik sbb bg aqeef mkn biskut yg tak sesuai dgn usianya. selama ni tak pernah pulak jd mcm ni. aih, kalut la mokcik hari tu. risau nak pergi sekolah dengan ank yg kurang sihat. saya gagahkan juga pergi sekolah, dengan harapan aqeef akn baik2 saja.
alhamdulillah, bila sy call pengasuhnya, aqeef dah pun poo poo seperti biasa. saya lega.
sy risau jika aqeef tidak blh poo juga, mungkin akan dimasukkan ward seperti ank kwn saya.
masa tu mungkin harus saya meratap seperti Mak Dara dlm filem Kassim Selamat. ala kassimmm..

saya dapat ilmu baru atas apa yang telah berlaku pd aqeef. saya perlu lebih berhati2 dgn makanan yg diberi kepadanya.



gambar ini tiada kaitan dengan tajuk entri.
(biar nmpk pnjang sket entri acik kali ini. hehe)
sabun pencuci botol khas dari Pureen. bagi ibu2 yg mencari2 sabun pencuci botol, sy rekemen yg ini.


esok hari jumaat. saya mengharapkan yang terbaik sahaja berlaku dlm hari saya esok.

Tuesday, July 5, 2011

persiapan sebelum menjelang esok

beginilah rutin harian sebelum menjelang hari esok. setiap malam mesti memastikan semua keperluan utk esok telah legkap tersedia. tak de la esok kelam kabut nak buat itu ini.tapi kadngkala badan terlalu penat terpaksalah buat pagi. tapi kenalah bangun awal dari biasa.





perkara utama ialah breastpump.
untuk memerah susu sewaktu ibu berpisah sementara dengan aqeef. susu yang telah di pam akan dimasukkan cdalam cooler bag bersama ice pack.
so tak pyah la acik tumpang peti ice opis untk simpan susu. sehingga berkerut2 dahi setiap orang yang membuka peti ice. sambil bertanya didalam hati ' susu anak siapakah ini?'.hehehe



kemudian acik kena pstikan barang2 untuk mengepam esok tlh lengkp.
storage bottle, breast shield dan membrane pastikan sudh dicuci dengan sbun khas dan di seteril.
alat2 untuk mengepm seharusnya dititik beratkan kebersihannya. bila dah siap cuci, 'sidai' mereka beramai2 di drying rack.



ini juga sgt penting. baju aqeef semasa di rumah pengasuh. ikutkan pengasuh aqeef, dia basuh skali bju ank2 yg dia jaga. tp acik lebih selesa cuci baju anak sendiri. bukan tak yakin dengan pengasuhnya, tp biarlah sy yg bersusah payah kerana anak.
mainan aqeef pun ada jugak. shomel kan? ibu yang belikan, tp ayah bayo.hehe



dan akhir skali fresh milk untuk dihantar ke rumah pengasuh esok.
bila aqeef dah mula mkn, susu yang diambil adalah sebanyak 4.5oz x 3 atau 4 botol.
saya telah melatih pengasuh aqeef untuk mengendalikan breastmilk. alhamdulillah tiada masalah setakat ini.

kawan saya pernah cerita, pengasuh anak dia telah menggunkan microwave utk panaskan susu yang dibekalkan.
mengurut dada sy dengar cerita itu!
info:susu ibu akan hilang nutrien jika dipanaskan menggunakan microwave.

apabila telah lengkap keperluan untum esok. maka acik bleh la tido dgn lenanya. esok pg tinggal masak bubur aqeef je.

Saturday, July 2, 2011

larian serentak 1Murid1Sukan 1Malaysia

entri kali ni tanpa apa2 motif. ianya hanyalah sekadar mengisi kebosanan acik dikala anak sedang tidur. (kalu aqeef dah bangun, nak tulis title pun acik tak sempat. ngeh..ngeh).

hari ini saya ke sekolah dengan kereta yang agak berat kerana membawa nasi lemak sebanyak 200 bungkus. saya kah yang masak? kalians tentu sangat yakin bukan saya yang masak kan? isy, tak baik tau memandang serong pada mokcik nih..hehe.

memang tepat bukan sy yang masak, kerana saya hanya menempah makanan itu dari makcik depan rumah. mudah bukan,berjiran dengan tukang masak? hari2 boleh tempah,termasuk set makanan dari sarapan hingga dinner.ekeke

sebenarnya makanan tu untuk peserta larian serentak 1Malaysia. so acik lah yang dipertanggungjawabkan utk menempah makanan. sampai kat sekolah murid2 dah mula senamrobik. acik bagi alasan makcik nasi lemak lambat (padahal acik yg bangun lambat dan terhegeh2 buat itu ini). adilkah disitu?

saya turut menyertai murid2 dalam larian tersebut, tetapi dalam bentuk yang agak berbeza.


beginilah cara saya menyertai larian.
bagus bukan? dah lama tak naik basikal. terngat zaman2 sekolah dulu.
eh, cuba tengok pagar jambatan tu? hampir tumbang kedalam parit.
(cubaan untuk mengalihkan pandangan anda dari bahagian2 yang kian membesar dari tubuh saya, nyeh..nyeh..nyeh)



sape yang ajar inteprem nih. cepat lari!!! bukan bergambo cik timah oii...


menggunakan anak murid untuk menutup 'kebesaran' yang ada pada diri. apakah?

pandai ye korang...pantang napak kamera! cikgu borek murid rintik. boleh gitu??

saya menamatkan kayuhan dengan kaki, peha, betis yang sakit2. nampak tak disitu yang lelemak sudah mula menguasai diri acik..hehe.

kan saya dah kata, entri ini tanpa motif. tenkiu pada yang sudi juga membaca.

bekalan utk ayah&ibu

saya bukan LUQMAN AL-HAKIM yang bijaksana dalam mendidik anak2 dengan cara yang paling baik hingga ALLAH merakam segala nasihat untuk anak-anaknya itu didalam al-Quran.

namun saya ingin menjadi ibubapa yang terbaik utk anak.saya percaya ibubapa diluar sana pun begitu.tidak adil jika sy hanya menadah tangan memohon pada Allah anak yang soleh, sedangkan saya tidak berusaha kearah itu.andai suatu hari nanti saya berjaya mendidik anak,itu semua adalah pertolongan dari Allah juga anugerah yang tdak ternilai bagi saya. namun jika saya gagal, saya harus berpuas hati kerana saya telah berusaha. saya hanya manusia biasa, hamba yang sangat kerdil disisi tuhannya, namun saya ingin jadi ibu yang luar biasa untuk anak,bukan untuk dibalas tetapi sy hanya mengharapkan doa mereka apabila saya sudah tiada kelak.

anak merupakan anugerah tidak ternilai bagi setiap ibubapa. anak telah mengisi ruang kosong dihati saya. jika dulu saya memohon pada Allah dengan linangan air mata untuk mendapatkan zuriat,kini sy bersujud kesyukuran kerana doa saya telah dimakbulkan tuhan. oleh itu, amanah dari Allah ini harus saya pelihara dengan sebaiknya. kerana saya tidak mahu menjadi hamba yang kufur nikmat.

oleh kerana saya ibu muda yang sngat cetek tntang ilmu keibubapaan maka saya menggali ilmu tersebut dengan membaca buku2 ilmiah. dri situ saya belajar sedikit demi sedikit ilmu tersebut. maha luas ilmu Allah,hanya itu ang mampu saya ungkapkan.



ini buku yang sangat bgus. saya belum habis membacanya lagi. ianya sangat santai dan boleh dibaca tatkala hendak tidur. buku ini sebagai pnduan untuk mendidik anak secara islam dari 0-2 tahun.



juga buku ini. saya membelinya ketika anak masih dalam kandungan, tetapi sampai la ni belum habis baca lagi. sya baca sikit2 (topik demi topik) smasa tiada kelas. saya tinggalkan buku ini di sekolah.sangat bagus kerana buku ini penuh nilai2 islam.



buku ini juga sesuai dibaca untuk menidurkan anak. wlawpun si kecil tidak memahami, tetapi percayalah, apa yang di dengar itu akan terus terpahat didalam hatinya.

nota ibu: saya akui saya bukan yang terbaik untuk anak, tetapi saya mahu berusaha ke arah itu. saya manusia biasa yang sangat cetek ilmunya, saya masih belajar dan bertanya itu ini jika tidak tahu. saya suka orang menegur kesilapan saya, kerana dari situ saya belajar.
dari hati ibu yang naif.

air tangan ibu

menu aqeef hari ni ialah bubur nasi + carrot + kentang + ikan bilis. setiap hari saya akan memastikan menu makanan aqeef berlainan. biar dia tak jemu untuk makan dan apa yang penting dia belajar merasa pelbagai jenis makanan. saya juga akan pastikan setiap hidangan yang saya sediakan mengandungi khasiat untuk tumbesaran aqeef.

ada yang bertanya, mengapa tidak beri saja makan nestum? saya mempunyai jawapan yang tersendiri. kerana saya mahukan aqeef makan makanan dari air tangan ibunya. tidak dinafikan dipasaran terdapat banyak makanan bayi, namun saya ingin mencipta kepelbagaian dalam setiap hidangan anak supaya dia tidak bosan makan makanan yang sama setiap hari.


bubur yang baru siap dimasak.
saya kongsikan info : lobak merah mengandungi beta carotena (baik untuk mata) dan vitamin C (baik untuk kulit).
ubi kentang pula, mengandungi dua kali ganda lebih kandungan potassium berbanding pisang.

biarkan sejuk sedikit sebelum di blend. boleh juga kalu dilenyek..

pengisar khas untuk makanan aqeef.
untuk ibu blend lada atau bawang2 guna blender yang di belakang tu ye...

tara..... dah siap! mudah kan?

untuk menu-menu lain, saya akan kongsikan kemudian ya..

nota ibu: saya kongsikan resepi makanan bayi ini sebab ada kawan2 yang bertanya. saya bukan pakar, tp saya mahu kongsikan apa yang sy tahu berdasarkan pengalaman sendiri juga dari bacaan2 saya.

Thursday, June 30, 2011

susu merundum

seminggu ni bila pam je susu semacam merundum. biasa satu sesi dapat 8-9oz. tp semenjak,dua menjak ni susu b'kurang plak. sekali pam hanya dpt 6oz je. tp masih b'syukur sbb masih mencukupi utk aqeef wlwpun x bleh wat stok. siang mlm la memerah demi memastikan bekalan aqeef m' cukupi.penat lelah x dihiraukan lg, sbb apa yg pnting aqeef hnya minum susu ibu.

hanya ini, namun tetap bersyukur~~


tp saya akan pastikan tidak stress semasa mengepam, sbb itu blh menyebabkan susu lg merundum. maka sambil mengepam bayangkan wajah aqeef yg sgt comel, atau tgk video atau gambar2 anak yang disimpan dlm handphone. insyallah, dengan tips yg sgt mudah itu, para ibu akan melihat hasil yg sgt mengujakan. Cuba lah! daku sentiasa praktikan tatkala memulakan sesi mengepam susu.

beg khas untuk mengepam susu ini sangat bagus. ada tempat untuk letak gambar anak bagi merangsang penghasilan susu yang lebih optimum!

b'blik pada tajuk entri, bila susu makin merundum, mula lah memikirkan yg mcm2. mcmana kalu susu xde? adakah aqeef akan minum formula milk yg jauh beza khasiatnya dgn susu ibu. bila pk2 rasa sedih sgt bila terpaksa berpisah susu dgn aqeef.isy,jgn pk bkn2,kena positive ok! Dan Allah tau niat ibu, alhamdulillah hr ni susu kembali normal. dapat 2 botol penuh 1 sesi.alhamdulillah.


pssstt, storage bottle tu saya baru beli kelmarin. hehehe. comelkan?

rupa2nya cik P (period) mai hr ni,patut la susu merundum.hehehe.
baru acik x risau lg.

Wednesday, June 29, 2011

dilanda kemalasan

kata nak jd blogger tegar?awat mls bebenor nih. issyyh,idea byk sampai melimpah ruah kalu Di tadah ngn baldi.
em, begini lah rutin harian yg sgt padat. tp masa utk tido dan b'fb atau b'blog msih ada. perlukah semua itu? ish,sape kata x perlu? yg pnting pndai bagikan masa.

seperti biasa, balik dari sekolah terus amik aqeef kat umh mak idah (pengasuh aqeef). borak2, gosip2, gitu gini, gitu gini smpi umh kul 3ptg. dah pnt trus menidurkn diri diats sofa. skg dh x tdo ngn aqeef lg kt sofa lps kejadian aqeef jatuh sofa. hiii. seriau mokcik masa 2! so tdo lh sndiri dgn aqeef kt dlm buai. kdg2 aqeef tdokan ibu. hehe

asar bgun dan trus blend bubur aqeef, masak la pape yg patut utk en.suami juga perutku. kalu en.suami ofer mkn luar atau bli kat pasar lmbk, mokcik la org paling hepi.sbb x pyh msk. hoooorey!!

lpas bg aqeef mkn masakan ibu dia yg t'sgt lazat 2,mandikan dan bg susu.main2 kejap aqeef dah ngntuk trus tidokan.aqeef dh pandai mop umah skg, so ibu x pyh b'susah payah lg. tq bdk shomel! tp ayh la yg penat basuh bju aqeef.hehe

bila aqeef dh tdo baru lh buat keje pape yg patut. kdg x smpt buat aqeef dh bgun. pas solat, ngaji b'sama aqeef yg dok kat riba ibu, tgk brita jap smbil lyan aqeef main. kdg aqeef x mau tido. smpailah mokcik ygt'tido dulu. bila bwk naik katil,golek2, ktawa2, bg susu baru aqeef nk tdo. time 2 ibunya pun blayar skali smpai pg. tp kul 4pg dah bgun utk buat kerja2 yg t'tunggak mlm td. msk bubur aqeef,itu perkara utama yg dibuat lapas celik mata, sbb ibu x rela ank ibu mkn mknn yg dimasak oleh org lain. biar ibu msk x sedap, tp ibu dah letakan rencah yg paling sedap iaitu 'kasih sayang'.

Sunday, June 26, 2011

SAmsung GALaXY TAB

impian menjadi nyata. intro yg menarik bukan?bg daku la.hehe.
1st skali daku nak ucapkan tq so much 4 my beloved asben sbb tlh b'jaya m'habiskan. duit simpanan utk mbeli Galaxy tab idaman malaya. hehe.

Tq abg krn m'izinkan daku m'jd bloger tegar. krn dgn adanya 'benda' ini daku sudah tdk b'minat utk masak mahupun m'basuh pinggan lagi.ekekeke. jgn mrh abg. kalu mrh galaxy tab ni akn dijual.:-D





baru keluar kotak~excited weh.



ibu blh b'blog dimana saje berada~
cth; ketika mnyusukan aqeef,
atau ketika tngu nasi atau lauk msk,
Dan lain2 keadaan yg sesuai




sekian melaporkn.