Pages

Monday, June 1, 2009

zuriat

saya dan suami disatukan pada 8 Mac 2009 bersamaan 11 Rabiulawwal
esok nya cuti Maulidurrasul
rasa bahagia yg tidak terungkap saat bergelar suri buat suami tercinta
saat itu tidak mungkin dilupakan..

bagi yg sudah berkahwin,
objektif utama ialah ingin memiliki zuriat dari darah daging sendiri
kami pun begitu
merancang itu dan ini kalau dikurniakan zuriat nanti
saya lebih excited jika dibandingkan dgn suami
mmg teruja sangat kalau Allah izinkan memiliki zuriat seawal perkahwinan..

namun siapalah kita untuk melawan percaturan Allah
saya hanya manusia biasa yang hanya berangan yang indah-indah sahaja.

dari bulan ke sebulan masih tiada tanda-tanda kehamilan
keterujaan bertukar menjadi kebimbangan
kawan-kawan yang bernikah tarikh yang sama atau lambat dari saya sudah 'berisi'
sedangkan saya??

hampa, sedih, kecewa semuanya berkumpul menjadi satu
hanya suami yang amat memahami
dia hanya katakan "Allah masih belum izinkan"
saya menangis mendengar ayat-ayat itu
sangat sedih kerana belum mampu memberikannya zuriat
sungguh saya terlalu emosi saat itu..

saya mula google sana sini untuk mencari info berkaitan masalah diri
mula mengikuti forum-forum
dan banyak bertanya pada yg senior di forum
disitu saya mendapat kekuatan
dan saya belajar untuk redha...

hinggalah pada suatu hari
saya ke klinik untuk membuat medical check up
bagi pengesahan jawatan di sektor tempat bekerja
doktor memeriksa macam biasa
semua sudut doktor periksa
sampai di bahagian abdomen doktor periksa hingga 3 kali
doktor mula meengesyaki sesuatu yang tidak kena....
saya terdiam, takut untuk mendengan penjelasan dari doktor...




BERSAMBUNG...............