Pages

Saturday, January 21, 2012

hari-hari yang penuh

"entri ini ditulis minggu lepas dan baru sempat di oublish hr ini"

minggu ke-2 persekolahan yang amat penuh saya rasakan
hingga tidak sempat untuk update blog seperti minggu2 cuti sekolah yg lalu
tapi saya cuba untuk bahagikan masa sebaiknya
untuk keluarga terutamanya
buktinya, saya masih ada masa untuk bawa aqeef jalan2, baca buku dan masakan makanannya
untuk suami saya tetap jaga kebajikannya,
juga saya masih ada masa untuk balik menjenguk emak dan mertua di kampung.

permulaan tahun 2012 yg baik untuk kami sekeluarga
dengan kehadiran cucu ke-2 dalam keluarga mertua
biras saya selamat melahirkan anak sulong nya pada 2/1/2012
anak tahun baru..
dan kami masih ada masa untuk melawat ahli baru keluarga kami


Muhammad Firas Farhan
sepupu baru aqeef
comel, comel dan comel!!

kami juga masih ada masa untuk menghadiri kenduri arwah nenda
yang genap dua tahun kembali ke rahmatullah semalam
semoga rohnya dicucuri rahmat. amin..



makcik-makcik rewang yg rajin2 belaka



sibuk bergosss.. la tu. ehehe








kami adik beradik yg suka rewang..suka la sgt. hehe

alhamdulillah sarapan pagi hari ini saya tidak perlu masak
kerana lauk kenduri semalam banyak dan hanya perlu di hangatkan sahaja
masih elok dan sedappp..

memang kerja tidak akan habis hinggalah kita menutup mata
kita yang menguruskannya, uruslah dengan sebaiknya
sesibuk mana kita,
Allah perlu diutamakan
kedua keluarga
dan ketiga hal-hal lain yg berkaitan.

semoga saya lebih bertenaga untuk mengharungi hari2 mendatang

nak juga tunjuk,
kek gula hangus cubaan pertama saya
tak tahu la jd ke tak
ini saja buah tgn dari saya..

posted from Bloggeroid

Thursday, January 5, 2012

kaki kaki reflexologi


saat menulis entri ini
saya berada di Kaki Kaki Reflexologi
sambil2 kaki ku dibelai manja
boleh la ber-facebook dan ber-blogging

dah lama sebenarnya nak kesini
memanjakan diri
tetapi dek kekangan masa, maka asek la bertangguh
dan hari ini dgn hati yg penuh
meminta en.suami menghantarkan ke pusat reflexologi ni
gara2 kaki yang dah mula kebas jika berdiri lama
dan betis yg sangat sakit
( kelas yg penuh utk tahun baru ini, tak de can nak ngulo cam dulu. hehe)


rasa damai je berada di tempat2 sebegini
layanan pun baik dan mesra
asalnya malam ni semua bilik penuh
tapi dek kerana sudah nekad ku gagahi juga untuk tunggu
selama 1 jam setengah (balik rumah dulu)
dan pekerja di situ akan call semula bila bilik kosong.



selepas dapat panggilan
terus la excited dan memaksa en.suami untuk hantar sekali lagi
padahal dari rumah hanya 5 minit sahaja
tapi manja nak berhantar jugak..hehe

tempat mengurut yg sangat selesa
sambil-sambil tu boleh tgk tv..



seperti ini kaki ku di belai-belai
(bukan gambar sebenar ye..harus anda pelik kaki sy secantik ini)
saya mengabil pakej urutan kaki dan bahu
1 jam setengah sesi urutan tersebut
sangat berpuas hati
walaupun yg urut tu tak reti cakap melayu,
dia suruh duduk,aku baring
di suruh baring aku duduk..haha
dia cakap bahasa dia (mcm org thailand je gamaknya)

lepas ni nak amik pakej urut seluruh badan
mesti lagi bertenaga nak berfacebook dan blogging. ekeke
posted from Bloggeroid

Tuesday, January 3, 2012

aqeef dah pandai jalan

alhamdulillah aqeef sudah pandai jalan
pada 31 disember 2011
di usia 1 tahun 1 bulan 27hari..ekeke
kata nenek; sama mcm ayahnya!

akhirnya kan..
si teruna ini pandai jalan.


sukanya berjalan ke sana dan ke mari
bila jatuh bangun semula
tidak ada rasa berputus asa..


dah penat round rumah
nampak ayah makan pulak,
apa lagi...
-
-
-
-
-
-
-
-



'ayah, nak sikitttt....
lapo la perut aqeef
penat berjalan.'

'adoi...lenguih la kaki nih..
urut la sikit..'

eh, ada bantal pulakkk..
org ngantuk lagi disorongkan bantal...


'baring la kejap...
penat jalan2 satu umah...'


aqeef oh aqeef..
kamu mmg penyeri hidup ibu dan ayah!






nota ibu:
kalian pembaca blog ini
SELAMAT TAHUN BARU 2012
semoga kita akan jadi yg lebih baik pd tahun ini...






posted from Bloggeroid