Pages

Monday, November 25, 2013

Exspressed Breastmilk (EBM) untuk anaknda

Stok susu Nurul Iman

Nurul Iman 5mths 28d

5 bulan 28 hari usianya kini. Tidak terasa payah membesarkan anak ini. Hari-hari diulit kebahagiaan.


Moga amanah sunnah ini dapat diteruskan hingga Nurul Iman 2 tahun.

Alhamdulillah

Moga usaha untuk menyusukan anak ini berjaya hingga ke angka dua.
Tiada apa-apa rahsia untuk berjaya dlm penyusuan. minda harus sentiasa positif. Gembirakan hati walaupun sedang dilanda kesedihan dan pam secara konsisten. Untuk anaknda, apa saja ibu sanggup lakukan.
Moga titisan emas yg mengalir dalam badan mu menjadi asbab kamu menjadi anak solehah, mukminah sejati dan hidupmu sentiasa dirahmati Allah.

Posted via Blogaway

Rindu untuk menulis

Abang Aqeef & adik Nurul Iman

Mempunyai dua anak kecil adalah payah untuk meng-update blog setiap hari.

Jika si abang menangis, merengek tak tentu pasal, itu tandanya dia sedang memerlukan perhatian ibu. Atau, minta milo sebaik saja ibu menyusukan adik, atau melompat-lompat atas katil semasa adik tidur atau main tab dengan volume yg kuat. Semua itu tanda cemburu dan minta perhatian.

Si adik pula, bila ibu bermain dgn abg, baca buku, makan, minum bersama abg tanpa libatkan dirinya, mula la dia 'berbunyi'.

Ohh anak, ibu cuba jadi yang terbaik untuk kamu dan kamu. Tiada nombor 2 atau 3 di hati ibu. Semua nombor 1.


Posted via Blogaway