Pages

Saturday, July 28, 2012

akhirnya ku miliki

al-kisah semalam kami ingin berbuka puasa di luar
sementara nk tunggu waktu berbuka, kami jln2 tawaf bp mall dulu.
nk di jadikan cerita,
kat bp mall ada MEGA 3C GADGET CARNIVAL dari 27-29 Julai 2012
macam2 jenis camera ada kat situ dgn harga yg amat berbaloi.

saya dan en.suami mmg dah lama nak beli DSLR
tapi dgn harga yg ribu riban tu, kami simpan dulu hajat tu.
banyak kali jugak survay, harga dia mmg dalam lingkungan tu jugak
bila la harga dia nk turun ni.. emmmm.

dan semalam,
di carnival tu mcm2 gadjet ada
mmg rambang mata la..
tp sy ter-berkenan dgn Nikon D3100



ini dia DSLR Nikon D3100

sekarang D3100 dah ada kawan iaitu D3200
Nikon baru lancarkan D3200 ni April 2012.
tapi mengikut bajet yg kami ada ditambah pulak nak raya,
kami memutuskan untuk membeli D3100.

sebenarnya function kedua-dua nya sama
cuma D3200 tlh di upgrade,
makanya lebih la mahal,
tepuk dada tanya selera!

D3100 ni juga sesuai untuk beginner mcm saya ni
function dia friendly user, mudah nak di capai
tapi sebenarnya, pada sy yg baru nak mula ni kena rujuk juga pada yg pakar
sbb susah juga berguru pada buku ni
dari semalam baca user's manual tak khatam2 lagi
dah macam nak pekse je gaya membaca tu..
mak ai, banyak nye nak kena tau
ingat snap2 je hasil terus tip-top,
rupe nye kena byk study..
mujur la my uncle photography profesional,
ada jugak tempat nak dirujuk. ehehe



*Nikon DSLR D3100
pandangan dari sudut sisi



*dari sudut belakang.

Alhamdulullah, kami dapat harga yg blh tahan murah RM16++ (termasuk lense)
berbanding harga biasa RM19++.
free gift yg kami dpt pun best!
tripod, bag DSLR, t-shirt, tumbler, 16gb SD card + 8GB SD card.

sekarang kena la cari ilmu nk menggunakan DSLR ni,
kalau x, rugi je beli kan?
insyaallah..

*(credit to google utk semua gambar2 yg tertera di atas :) )


pasti raya ni lebih bermakna dengan adanya D3100 ni. ehehe
posted from Bloggeroid

Friday, July 27, 2012

perlukah berkecil hati?

entri ini bukan lah untuk menyalahkan mana2 pihak
tapi lebih kepada untuk bermuhasabah diri..

aqeef masih menyusu dengan saya selama 1 tahun 9 bulan
dan dia memang tidak mahu susu mamalia lain,
pada saya, itu adalah pilihan yang terbaik untuk dirinya juga saya selaku ibu.

bukan lah suatu yang mudah sepanjang perjalanan menyusukan ini
pernah juga saya mengalami 'kekurangan susu',
anak tidak mahu makan, hanya mahu susu ibu sahaja,
saya juga pernah mengalami breast infection yang hampir kepada mastitis
yg mana dalam masa sebulan pasti saya akan mengalaminya,
mungkin pelekapan semasa menyusu yang salah pada masa itu.

tapi masalah saya ialah dengan orang sekeliling yang tidak memahami,
mereka bukan memberikan semangat, tapi lebih kepada melunturkan semangat saya
untuk terus menyusukan anak selama 2 tahun atau lebih.

"badan kurus je, ada ke susu nak bg kat anak?"

atau

"dia nangis sebab lapar kot, cuba bagi susu XYZ. cucu2 makcik cerdik2 minum susu tu. lagi pun anak awak dah besar (8bulan pada masa tu), mana ada susu lagi".

atau

"kenapa nyusukan anak lagi? kan tgh pregnant skg ni ( sebelum misscariage), kesian zat adik nya abang dah amik semua"

atau

" hah? dah besar panjang masih ngempeng dgn ibu?? ( sambil buat muka sangat terkejut). cuba lah cari2 kan air penawar, biar dia bercerai susu"

dan komen yang terkini;

"dah setahun 9 bulan masih nyusu lagi? ish, x pernah dibuat orang. bergayut je kat ibu dia, dah macam MONYET! monyet mcm tu la kalau nak nyusu dgn emaknya"

setiap komen atau mungkin nasihat yg mereka berikan
saya hanya balas dengan senyuman..
biarlah apa orang nak kata,
yg penting saya tau apa yang terbaik utk anak saya,
dan syukur saya punyai suami yg sgt memahami dan mahukan anaknya disusui oleh saya dan bukan mamalia lain.

bila saya bermuhasabah diri,
tidak perlu saya berkecil hati sebenarnya,
kerana mereka yg berkata itu 'tidak tahu'..
yg penting fokus pada matlamat!



ini aqeef saya 1tahun 9 bulan
nak buat apa bantal tu??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ooooohh... nk bg ibu
untuk letak al-quran yg ibu baca.
terima kasih sayang..


dah tlg ibu ambil bantal,
apalagi, main panjat2 kat atas katil..



uwwwwwwargh!!!
la, dah nangis pulak..
biasa la, jatuh katil. ehehe
cuma x smpt snap gambar.



dan cara terbaik untuk menenangkan anak ialah dgn menyusukannya,
walau apa pun keadaan saya, sy akan terus memberi yg terbaik untuk anak saya.
ia anugerah Allah yg tak terhingga untuk kami.


wallahu a'lam.

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 24, 2012

Berpantang di bulan Ramadhan

hari ini hari ke-4 umat islam menunaikan ibadah puasa
rasa sekejap je masa berlalu
Ya Allah, tak sabar rasanya untuk beribadah menambah amal di bulan mulia ini.

setakat ini saya masih 'berpantang' lagi
tapi tak la berpantang macam orang bersalin tu
cuma jaga makan dah rehat secukupnya ( sampai maigrin sbb byk sgt rehat) hihi.
lepas D&C tempoh hari,
saya tak de la rasa sakit, cuma bila banyak berjalan baru rasa sakit.
ye la, luka kat dalam kan? kita pun tak tau samada dah baik ke belum.

Alhamdulillah syukur punyai suami yg sangat memahami
pagi saya tak perlu bangun untuk masak sahur,
en suami yg bangun utk masak, sekali dgn makanan Aqeef.
saya mmg betul2 berehat..
berbuka puasa pulak, en.suami tak biasa makan nasi
jadi dia hanya beli di baazar..
katanya; tunggu lah saya sihat dahulu baru blh makan sedap2 kat rumah.
bukan saya tak boleh masak,
tapi en suami tak benarkan.
ehehe.. untung la..

semoga cepat2 la badan ni sihat
saya ingin berbakti untuk suami dan anak
juga memperbanyakan amal di bulan mulia ini.
aminnnn ..

posted from Bloggeroid

Saturday, July 21, 2012

Dilation and Curretage (DnC)

Apa itu D&C?

Dilation and curettage (D&C) adalah prosedur pembedahan  minor yang merangkumi meregangkan serviks (dilate). Kemudian alat akan dimasukkan ke dalam uterus untuk mengikis dan menyedut  (curettage) bahagian dinding uterus.

D&C dilakukan untuk mengeluarkan produk kehamilan yang tidak diingini dalam uterus.
Bagi kes keguguran, produk kandungan yang tertinggal akan dikeluarkan dari uterus.Selain itu, ia dilakukan untuk menghalang jangkitan.


assalamualaikum anda yg jelita dan hebat diluar sana..

ahlan ya Ramadhan, kedatangan mu amat ditunggu.
selamat menyambut awal ramadhan, semoga iman kita bertambah kuat di bulan tarbiyyah ini.

kembali untuk menyambung entri yg lalu..

Alhamdulillah, kami semakin kuat dari hari ke hari,
benarlah, Allah akan menguji hambanya dengan apa yang termampu oleh hambanya.
bermakna, kami mampu menjalani ujian ini tanpa perlu merasa keluh kesah apatah lagi menyesali takdir ini.

ujian ini sangat indah,
kerana kami terasa diri sangat hampir dengan sang pencipta.
Alhamdulillah..

Berbalik kisah D&C pada Rabu lalu..

18 Julai 2012
(Rabu)

5:00 am
bangun seperti biasa untuk menyiapkan makanan anak,
sebab aqeef akan di hantar ke rumah pengasuh sepanjang ibu di hospital nanti.
mandi dan solat subuh.

6:30 am
minta en.suami belikan nasi lemak.
kang dah berpantang tak boleh makan nasi lemak..ehehe
kena makan sebelum pukul 7, sebab pukul 7 dah kena puasa.

7:00 am
masih makan lagi.. hahaha. ngelat!!
sambil sembang2 dgn en.suami,
bukan pasal prosedur D&C yg akan dilalui nanti,
tapi pasal plan percutian kami pertengahan musim raya nanti.
rasa excited sgt nak bercuti ni..

8:00 am
bersiap2 untuk hantar aqeef ke rumah pengasuh dan terus ke hospital.

9:00 am
tiba di Pantai Hospital.

10:00 am
Doktor baru panggil masuk.
tanya itu, ini dan doktor masukkan ubat.
terus di hantar ke ward.

11:00 am
berehat2 di katil
doktor kata D&C akan di lakukakan pada pukul 12:45 pm.
hmm, lama lg..

12:00 pm
perut mula terasa macam senggugut
mungkin kesan ubat yg doktor bg tadi..

12:45 pm
en.suamiku sampai tertidur dikerusi.
nurse tak datang2 lg pun..

1:00 pm
en.suami dah kebosanan menunggu plus kelaparan.
dan akhirnya keluar mencari makan..

1:20 pm
nurse datang dan minta untuk bersedia.
terus mesej en.suami beritahu dah nk ke bilik operation.
sebelum tu sempat ke tandas dulu.
masa kat tandas tu, darah mula turun dengan banyak.
ubat yg doktor masukkan dah memberi kesan.
masa tu baru sedih dan nak nangis tgk darah yg banyak.. :(

1:25 pm
di bilik menunggu.
nurse cucuk jarum utk drip air ( tak tau apa nama )
5 kali baru berjaya!
mak ai, sakit tu.. adoi..

2:30 pm
baru di tolak masuk ke bilik operation.
berdoa itu dan ini, semoga dipermudahkan segalanya..

3:00 pm
baru doktor masuk
dan minta maaf sebab ada emergency td.
patutlah lama tunggu, rasa macam dah beku kaki tangan ni,
sejuk yg amat.
nurse cucuk ubat bius dan sempat mengucap sekali..
lepas tu..

*pause*

5:45 pm
dah kat atas katil ward
Alhamdulillah semuanya selamat.
en.suami tiada di sisi.
terus call dan dia datang.

6:00 pm
nurse dtg dan minta tukar baju,
dan boleh balik.. syukur.

7:00 pm
en.suami pergi ambil aqeef
dan si ibu sambung tidur semula,
mungkin ubat tidur yg diberi td belum habis lagi.
ngantukkkk...


Alhamdulillah semuanya telah selamat,
maka sesi berpantang pun bermula,
siapa kata lepas keguguran tak perlu berpantang?
malah perlu lebih disiplin lagi.
sebab keguguran ni umpama pelam muda yg kita rentap dari tangkainya
berbanding dengan bersalin,
umpama pelam masak ranum yg gugur sendiri.
maka pada saya wajib juga berpantang.

jaga makan dan minum untuk 2 minggu ni,
pakai stokin, mandi air suam, makan jamu dan berurut.

tentang berurut pulak,
ada yg kata kalau keguguran tak perlu urut,
tapi pada saya tak salah sebab tak sama urut orang bersalin dan keguguran ni.
bidan yg saya pergi memang bidan terlatih kerajaan..
dia urut perlahan je tak macam urut lepas bersalin dulu..

saya pasti besar hikmah yang sedang menanti..
sabar dan redha :)







1 Ramadham yg penuh keberkatan.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 19, 2012

missed abortion dan DnC

masih belum rezeki kami untuk anak ke-2
kami redha dengan ketentuan Allah,
dan syukur kami kuat untuk berhadapan dengan ujian ini.

16 julai 2012
appoinment Dr.Lau at Pantai Hospital
memang teruja nak tengok perkembangan baby,
kalau ikutkan dah masuk minggu ke 12 ( 3 bulan).
tapi bila doktor scan, mmg tak nampak 'baby' pun
bermakna baby tak grow seperti yg sepatutnya.

dan doktor mengesahkan 'missed abortion' (janin sudah tidak bernyawa)

*gulp*

arghhh, tak perlu nak bersedih
sebab ada hikmah yg Allah sediakan untuk setiap ujian.
( walaupun hati menangis tgk muka en.suami yg hampa)
tak sangka kan? cepat sgt semua ni berlaku,
sedangkan sakit tak de, bleeding pun tak de!

doktor kata kena buat D&C (cuci rahim) utk keluarkan janin yg tak jadi tu
sekali lagi pasrah..

sepanjang perjalanan balik,
kami berdua buat2 hepi.. walaupun dihati tiada siapa yg tahu :(
setelah ada kekuatan, barulah berbincang untuk buat D&C dimana.
sama ada kat private hospital atau goverment.

suami cadangkan pergi goverment dulu
ok!

17 julai 2012
(selasa)

kami ke hospital kerajaan
terus ke emergency walaupun tak la emergency mana..
tunggu pun tak lama, terus doktor panggil
bla... bla... bla..
dan keputusannya ; datang semula hari Jumaat utk pemeriksaan dgn pakar O&G.
itu yg paling aku lemah, nak dtg utk appoinment lg..
sedangkan yg kat 'dalam' ni doktor pakar dah sahkan sudah mati 3 or 4 minggu yg lalu.
nak tunggu lagi ker?

kami pulang dengan sedikit hampa
bincang dan bincang, akhirnya suami suruh buat di private..
terus call hospital pantai utk buat appoinment.
keputusannya ; datang esok pg utk buat D&C.

DONE!!

mudah kan? cuma keluar sikit ongkos je..
untuk kesihatan tak perlu nak berkira sangat.
doktor pun cakap, kalu dibiar lama janin yg dah mati tu
si ibu akan dpt macam2 komplikasi, itu yg menakutkan..

terima kasih untuk semua yg mendoakan,
semoga Allah berikan yg lebih baik untuk kami selepas ini. amin






(kisah D&C akan disambung pada entry yg akan dtg..)