Pages

Friday, July 27, 2012

perlukah berkecil hati?

entri ini bukan lah untuk menyalahkan mana2 pihak
tapi lebih kepada untuk bermuhasabah diri..

aqeef masih menyusu dengan saya selama 1 tahun 9 bulan
dan dia memang tidak mahu susu mamalia lain,
pada saya, itu adalah pilihan yang terbaik untuk dirinya juga saya selaku ibu.

bukan lah suatu yang mudah sepanjang perjalanan menyusukan ini
pernah juga saya mengalami 'kekurangan susu',
anak tidak mahu makan, hanya mahu susu ibu sahaja,
saya juga pernah mengalami breast infection yang hampir kepada mastitis
yg mana dalam masa sebulan pasti saya akan mengalaminya,
mungkin pelekapan semasa menyusu yang salah pada masa itu.

tapi masalah saya ialah dengan orang sekeliling yang tidak memahami,
mereka bukan memberikan semangat, tapi lebih kepada melunturkan semangat saya
untuk terus menyusukan anak selama 2 tahun atau lebih.

"badan kurus je, ada ke susu nak bg kat anak?"

atau

"dia nangis sebab lapar kot, cuba bagi susu XYZ. cucu2 makcik cerdik2 minum susu tu. lagi pun anak awak dah besar (8bulan pada masa tu), mana ada susu lagi".

atau

"kenapa nyusukan anak lagi? kan tgh pregnant skg ni ( sebelum misscariage), kesian zat adik nya abang dah amik semua"

atau

" hah? dah besar panjang masih ngempeng dgn ibu?? ( sambil buat muka sangat terkejut). cuba lah cari2 kan air penawar, biar dia bercerai susu"

dan komen yang terkini;

"dah setahun 9 bulan masih nyusu lagi? ish, x pernah dibuat orang. bergayut je kat ibu dia, dah macam MONYET! monyet mcm tu la kalau nak nyusu dgn emaknya"

setiap komen atau mungkin nasihat yg mereka berikan
saya hanya balas dengan senyuman..
biarlah apa orang nak kata,
yg penting saya tau apa yang terbaik utk anak saya,
dan syukur saya punyai suami yg sgt memahami dan mahukan anaknya disusui oleh saya dan bukan mamalia lain.

bila saya bermuhasabah diri,
tidak perlu saya berkecil hati sebenarnya,
kerana mereka yg berkata itu 'tidak tahu'..
yg penting fokus pada matlamat!



ini aqeef saya 1tahun 9 bulan
nak buat apa bantal tu??

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


ooooohh... nk bg ibu
untuk letak al-quran yg ibu baca.
terima kasih sayang..


dah tlg ibu ambil bantal,
apalagi, main panjat2 kat atas katil..



uwwwwwwargh!!!
la, dah nangis pulak..
biasa la, jatuh katil. ehehe
cuma x smpt snap gambar.



dan cara terbaik untuk menenangkan anak ialah dgn menyusukannya,
walau apa pun keadaan saya, sy akan terus memberi yg terbaik untuk anak saya.
ia anugerah Allah yg tak terhingga untuk kami.


wallahu a'lam.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment