Pages

Wednesday, March 14, 2012

janji Allah itu pasti

seminggu kami bercuti, bermakna aqeef dapat bermanja2 24jam dgn ibu.
dari celik mata sampai tidur smula semua dgn ibu.
ya, semua perkara dgn ibu..kerana anak yg breastfeeding akan lebih akrab dgn ibunya.

seminggu ini aqeef tidak bersama pengasuh
mood baik sepanjang masa.
jangan meragam lagi masa naik sekolah sudah..
minggu depan mungkin minggu terakhir aqeef bersama pengasuh sementara
itu pun kalau pengasuh sebenar aqeef sudah bersedia utk jaga aqeef.

terlebih dahulu sy ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bapa angkat aqeef (suami kpd pengasuh aqeef) pd jumaat yg lalu.
seperti entry yg lalu, sy menulis semasa suaminya kritikal di hospital
dan atas dasar itulah pengasuhnya minta cuti sebulan dari menjaga aqeef.
tapi Allah lebih menyayangi suaminya
dia pergi menemui ilahi pada 9 Mac 2012
dengan meninggalkan seorang isteri dan 5 org anak yg masih bersekolah.

semoga Allah merahmati arwah dan ditempatkan dikalalangan org beriman
janji Allah itu pasti
tiada siapa pun yg mampu menidakkannya.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 10, 2012

sukarnya tanpa pengasuh

Hilang arah bila pengasuh aqeef minta cuti selama sebulan
untuk menjaga suaminya yg sakit di hospital.
Pada siapa sy hendak tinggalkan aqeef untuk tempoh agak lama?
Rasa mahu cuti tanpa gaji utk sebulan ini
tp keadaan madih belum memaksa.

Hari pertama tanpa pengasuh, sy mohon cuti sehari utk jaga anak
hari kedua, si ayah pula membawa anak ke sekolah,
mujur hari tersebut ada latihan sukan di sekolah.

Hari seterusnya sy sudah kehabisan idea mahu hantar anak kemana
lalu sy update status di facebook dgn meluahkan masalah kecil yg amat merungsingkan. Ehehe
Mcm2 la komen dari rakan2, ada yg bergurau dan ada yg simpati
padahal sy amat serius untuk mencari pengasuh sementara anak.
Dan akhirnya srorang kawan menawarkan diri utk menjaga aqeef
alhamdulillah, pucuk dicita ulam mendatang
sy sangkakan dia bergurau, tetapi dia betul2 nak tlg katanya
fuhhhhh, lepas satu masalah. Syukur!

Malam sebelum hantar aqqef ke rumah pengasuh baru
saya tidak dapat melelapkan mata
risau aqeef tidak mahu dgn 'emak baru' dan sungguh saya sayu melihat anak menangis

Tiba hari yg dijanjikan, pg2 lagi saya sudah siap2 untuk menghantar aqeef
memang sengaja keluar awal, biar ada masa utk pujik aqeef kalau2 dia nangis.
Dan seperti yg dijangka, aqeef tidak mahu dgn pengasuh barunya
dia menangis2 memanggil ibu, aduh..hiba hati melihat aqeef nangis
sy cuba pujuk tp dia tetap juga nangis
dan akhirnya sy tinggalkan juga walau hati berat.

Sampai di sekolah sy telefon pengasuh baru itu
katanya aqeef sudah tidur..lega..
Tp sebelum tidur tu dia menangis agak lama sbb takut mungkin
kasihan anak ibu!

Seminggu sudah berlalu dan aqeef semakin ok
alhamdulillah. Walaupun dgn pengasuh baru ini aqeef kurang makan
mungkin disebabkan pengasuh baru belum pandai nk tackle aqeef utk mkn
Pukul 4:30 pagi dah bangun utk masak kan bekal aqeef
tp bila aqeef mkn tak habis rasa syg sgt dgn makanan2 tersebut yg tak habis tu.
Tp tak apa lah, asal aqeef ada yg tolong jaga kan..

Nota ibu : Semoga aqeef baik2 saja di sana!