Pages

Wednesday, March 14, 2012

janji Allah itu pasti

seminggu kami bercuti, bermakna aqeef dapat bermanja2 24jam dgn ibu.
dari celik mata sampai tidur smula semua dgn ibu.
ya, semua perkara dgn ibu..kerana anak yg breastfeeding akan lebih akrab dgn ibunya.

seminggu ini aqeef tidak bersama pengasuh
mood baik sepanjang masa.
jangan meragam lagi masa naik sekolah sudah..
minggu depan mungkin minggu terakhir aqeef bersama pengasuh sementara
itu pun kalau pengasuh sebenar aqeef sudah bersedia utk jaga aqeef.

terlebih dahulu sy ingin merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bapa angkat aqeef (suami kpd pengasuh aqeef) pd jumaat yg lalu.
seperti entry yg lalu, sy menulis semasa suaminya kritikal di hospital
dan atas dasar itulah pengasuhnya minta cuti sebulan dari menjaga aqeef.
tapi Allah lebih menyayangi suaminya
dia pergi menemui ilahi pada 9 Mac 2012
dengan meninggalkan seorang isteri dan 5 org anak yg masih bersekolah.

semoga Allah merahmati arwah dan ditempatkan dikalalangan org beriman
janji Allah itu pasti
tiada siapa pun yg mampu menidakkannya.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment