Pages

Monday, May 21, 2012

1 tahun 6 bulan

setahun enam bulan aqeef bersama ibu
membuahkan perasaan yg sukar utk ibu describe kan
bonding antara kita tercipta...



menginjak usia setahun enam bulan ini
bermacam2 kerenah yg begitu menghiburkan ibu dan ayah
walau tidak di mata orang lain..

setahun enam bulan ini juga aqeef sudah tidak mahu EBM lagi( susu ibu perahan)
jika dulu, sekurang2 nya 4 botol ebm ibu hantar ke rumah pengasuh
kini tidak lagi..
aqeef sudah reject botol susu sejak berusia setahun lagi
sejak itu aqeef minum susu ibu menggunakan cawan
dan di usia setahun enam ini, terus aqeef reject botol dan seangkatan dengannya.


duta milo yg tidak di lantik.. ehehe

tapi jgn salah faham,
aqeef masih menyusu dgn ibu TANPA BANTUAN MANA2 SUSU TEPUNG
bermakna di rumah pengasuh aqeef tidak diberikan susu
tetapi ibu akan pastikan makanan yg diambil spanjang ibu bekerja adalah yg betul2 berkhasiat, ada sayur, buah, ikan atau daging setiap hidangan.

bila ibu datang ambil, perkara pertama ibu buat ialah susu kan aqeef dahulu
aqeef tidak kisah pun tanpa susu sepanjang ketiadaan ibu
mula2 risau juga kalau dia nangis nak susu,
tp pengasuhnya cakap aqeef ok je, sbb dia kenyang makan nasi yg ibu bekalkan :)



peti ais ibu yg penuh
tiada lagi stok susu aqeef..
yg tinggal hanya 3 botol, tu pun dah expired :)
sayang nak buang..
sgt touching bila cerita pasal stok susu nih
terasa indahnya saat2 susu penuh di ruang freeze ini.. :(


ini stok susu aqeef di usianya setahun dua bulan


ini pula susu expired,
sgt sedih untuk dibuang
tapi apakan daya..

dan saya harus akur jika aqeef sudah besar,
tidak lagi bergantung sepenuhnya dgn susu ibu.
insyallah jika diizinkan, rutin ini akan diteruskan untuk adik aqeef pula :)
amiiiinnnnn!!!!
doakan kami..




nota ibu: bagaimana agaknya perasaan bercerai susu? pasti sukar bagi kami :(

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 15, 2012

dan dia masih demam

dan aqeef si comelku masih lagi demam
malam tadi sudah ke klinik
alhamdulillah doktor mengesahkan semua OK
tiada penyakit2 yg lain..

masih tidak berselera untuk makan
tiga hari tanpa makan nasi menyebabkan aqeef terlalu lemah
ibu sudah kehabisan idea untuk memancing selera aqeef.


nampak sikit wajah ceria aqeef bila di bawa beriadah
mungkin dia perlukan suasana baru diwaktu petang
bukan sekadar duduk dihadapan tv
menonton cerita yg tidak difahami..
atau melihat ibu tido kepenatan dihadapan tv. ekeke

hmmm, bukan susah sebenarnya untuk memahami hati anak2
cuma kita sahaja yg mengambil ringan perasaan mereka..
kami tidak mahu menjadi ibubapa yg hanya mementingkan diri sendiri
(asek shoping, window shoping dan shoping lagi..sedangkan anak berasa sgt tidak suka di situasi itu)
ehehe. kerana itulah yg selalu kami lakukan..
sory my comel aqeef :(










buah hati pengarang jantung ibu dan ayah
anak yg menyebabkan ibu tidak lena tidur semalaman bila sakit
anak yg buat ibu sedih bila seharian tidak berebut makanan dgn ibu
anak yg membuatkan ht ibu diruntun pilu bila menangis kesakitan..
sungguh, dunia ibu terasa kosong bila aqeef sakit.




perkembangan yang positif
aqeef sudah mahu makan selepas balik dari playground
syukur tak terhingga
alhamdulillah Allah sudah kembalikan sedikit demi sedikit kesihatan aqeef.

semoga anak ibu cepat sihat
menjadi anak yang soleh,
penyejuk mata ayah dan ibu.

posted from Bloggeroid

Sunday, May 13, 2012

melayan budak demam

hubby: hari ni nak pergi mana2 tak

me: tak nak lah, aqeef belum sihat lagi.

hubby: betol nih? kang bosan pulak ujung minggu duduk kat umah je

::: berfikir utk beberapa ketika ::::

me: boleh la, bosan jugak nih. nak gi bp mall cari kasut aqeef. kesian kasutnye dah kecik. ( iye, kasut aqeef... je!)

hubby: kasut aqeef je?

me: yup!



tara!!! dah jumpa kasut aqeef
cari yg elok sikit, biar selesa utk dia berjalan
size pun cari yg besar sikit supaya boleh pakai lama
dengan harapan raya nanti tak perlu beli iasut lagi..
trust me utk tidak membeli kasut aqeef lg, dan lg dlm masa terdekat ni.. hihi


erk? kasut siapa nih?
kata nak beli kasut aqeef je td? ehehe
sy ter 'beli' sport shoe ni td
nampak cantik kat mata terus sambar
lagipun sport shoe sy dah ternganga tapaknya
so, haruslah beli yg baru
tak membazir kan disitu? ehehe


budak demam ni mmg suka kan tangga bergerak nih
lepas naik nak turun, lepas turun nak naik lg
aduh duh duh, letih di buatnye


ayah jd mangsa aqeef
tp anak punye pasal, ayah tak kesah.. hihi


dan aqeef tak mahu dipegang
itu yg merisaukan ibu
takut tersepit..


anak demam yg aktif
paling suka berjalan, berjalan dan berjalan
tak mahu didokong


tuuu diaaaa...
dah ber shuffle pulak


kan?
anak ini memang rajin berjalan
lagi2 bila pakai kasut baru


bila tempat ramai orang
kena la masuk dlm trolley
kang ada pulak terdengar pengumuman anak hilang
ghupe nye anak sendiri. hihi


dimasa dan hari yg lain
tetap juga mahu berjalan sendiri
tarik trolley ala2 makcik cari ikan je..


adakah anak ini akan mengikut jejak langkah ibunya
yg rajin membeli-belah??

posted from Bloggeroid

Saturday, May 12, 2012

bubur lambuk utk aqeef yg demam

dah dua hari aqeef demam dan tak selera nak mkn
mungkin giginya nk tumbuh lg
sebab aqeef tak mahu langsung gigit mknn dan gosok gigi
hmmm, seperti biasa bila ank demam ibu yg yg tak lena tidur
walaupun makan tetap berselera! ehehe

oleh kerana hr ni cuti,
ibu terfikir nk masak bubur lambuk daging utk aqeef
dgn harapan aqeef berselera utk makan walaupun sikit..


dah siap!! buat cair2 sikit biar tak muak sgt bila makan nanti.


tak sia2 ayah hadiahkan ibu periuk mahal nih pada ibu
byk kan faedahnya?
walaupun pd asalnya ibu berkeras tak bagi ayah beli (sbb mahal)
tp ayah beli juga..
so, bila dah di belikan, faham2 la ye...
jgn malas2 lg utk masak..ehehe


budak demam dalam buai,
biasa tido bwh je, bila demam nih terpaksa ibu masukkan buai
biar lama sikit tidurnya..


dah bangun!!!
tau2 je ibu dah siap masak kan..
jom kita makan!

posted from Bloggeroid