Pages

Monday, May 21, 2012

1 tahun 6 bulan

setahun enam bulan aqeef bersama ibu
membuahkan perasaan yg sukar utk ibu describe kan
bonding antara kita tercipta...



menginjak usia setahun enam bulan ini
bermacam2 kerenah yg begitu menghiburkan ibu dan ayah
walau tidak di mata orang lain..

setahun enam bulan ini juga aqeef sudah tidak mahu EBM lagi( susu ibu perahan)
jika dulu, sekurang2 nya 4 botol ebm ibu hantar ke rumah pengasuh
kini tidak lagi..
aqeef sudah reject botol susu sejak berusia setahun lagi
sejak itu aqeef minum susu ibu menggunakan cawan
dan di usia setahun enam ini, terus aqeef reject botol dan seangkatan dengannya.


duta milo yg tidak di lantik.. ehehe

tapi jgn salah faham,
aqeef masih menyusu dgn ibu TANPA BANTUAN MANA2 SUSU TEPUNG
bermakna di rumah pengasuh aqeef tidak diberikan susu
tetapi ibu akan pastikan makanan yg diambil spanjang ibu bekerja adalah yg betul2 berkhasiat, ada sayur, buah, ikan atau daging setiap hidangan.

bila ibu datang ambil, perkara pertama ibu buat ialah susu kan aqeef dahulu
aqeef tidak kisah pun tanpa susu sepanjang ketiadaan ibu
mula2 risau juga kalau dia nangis nak susu,
tp pengasuhnya cakap aqeef ok je, sbb dia kenyang makan nasi yg ibu bekalkan :)



peti ais ibu yg penuh
tiada lagi stok susu aqeef..
yg tinggal hanya 3 botol, tu pun dah expired :)
sayang nak buang..
sgt touching bila cerita pasal stok susu nih
terasa indahnya saat2 susu penuh di ruang freeze ini.. :(


ini stok susu aqeef di usianya setahun dua bulan


ini pula susu expired,
sgt sedih untuk dibuang
tapi apakan daya..

dan saya harus akur jika aqeef sudah besar,
tidak lagi bergantung sepenuhnya dgn susu ibu.
insyallah jika diizinkan, rutin ini akan diteruskan untuk adik aqeef pula :)
amiiiinnnnn!!!!
doakan kami..




nota ibu: bagaimana agaknya perasaan bercerai susu? pasti sukar bagi kami :(

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment