Pages

Tuesday, May 15, 2012

dan dia masih demam

dan aqeef si comelku masih lagi demam
malam tadi sudah ke klinik
alhamdulillah doktor mengesahkan semua OK
tiada penyakit2 yg lain..

masih tidak berselera untuk makan
tiga hari tanpa makan nasi menyebabkan aqeef terlalu lemah
ibu sudah kehabisan idea untuk memancing selera aqeef.


nampak sikit wajah ceria aqeef bila di bawa beriadah
mungkin dia perlukan suasana baru diwaktu petang
bukan sekadar duduk dihadapan tv
menonton cerita yg tidak difahami..
atau melihat ibu tido kepenatan dihadapan tv. ekeke

hmmm, bukan susah sebenarnya untuk memahami hati anak2
cuma kita sahaja yg mengambil ringan perasaan mereka..
kami tidak mahu menjadi ibubapa yg hanya mementingkan diri sendiri
(asek shoping, window shoping dan shoping lagi..sedangkan anak berasa sgt tidak suka di situasi itu)
ehehe. kerana itulah yg selalu kami lakukan..
sory my comel aqeef :(










buah hati pengarang jantung ibu dan ayah
anak yg menyebabkan ibu tidak lena tidur semalaman bila sakit
anak yg buat ibu sedih bila seharian tidak berebut makanan dgn ibu
anak yg membuatkan ht ibu diruntun pilu bila menangis kesakitan..
sungguh, dunia ibu terasa kosong bila aqeef sakit.




perkembangan yang positif
aqeef sudah mahu makan selepas balik dari playground
syukur tak terhingga
alhamdulillah Allah sudah kembalikan sedikit demi sedikit kesihatan aqeef.

semoga anak ibu cepat sihat
menjadi anak yang soleh,
penyejuk mata ayah dan ibu.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment