Pages

Showing posts with label SYURGAku... Show all posts
Showing posts with label SYURGAku... Show all posts

Saturday, December 31, 2011

baby Muhammad Abdullah yg comel

alhamdulillah teman baik saya selamat melahirkan baby comelnya
pada 26 Disember 2011 jam 9:41 pagi
saya begitu gembira mendengar berita kelahiran ini
apatah lagi ibunya kan?
pasti berganda-ganda kesyukuran ke hadrat Allah..

teman saya ini seorang yg tabah
saya pernah nukilkan kisah sedihnya di link ini
sesungguhnya dia seorang wanita yg saya anggap sangat tabah
sungguh saya tidak mampu jika berada di tempatnya..

saya mengenali dia sejak di bangku sekolah lagi
amat peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja
orang tidak akan dapat mengesan bila dia bersedih
kerana dia sentiasa gembira
walaupun hatinya saat itu luka berdarah...

kisah sedih itu sudah 2 tahun berlalu
kini dia bahagia bersama suami serta anak yg shomel
benarlah,
Allah akan memberikan apa yg kita perlu
bukan apa yg kita hendak...


ibu dan aqeef bersama baby Muhammad.
saya sempat mengajar cara-cara untuk breastfeed anak dgn betul
alhamdulillah, teman saya ini 'kaya' dengan susu
saya ajarkan cara untuk memerah serta menyimpan breastmilk utk stok bila kembali bekerja nanti
insyaallah baby Muhammad akan membesar dengan susu ibu yg sangat POWER!!



nama diberi;
MUHAMMAD ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB
unik kan nama itu?
saya amat menyukainya
seperti nama nabi kita...



aqeef memang 'suka' dengan baby
nak di lepuk-lepuk nya si kecik itu..hikhik


posted from Bloggeroid

semoga baby Muhammad menjadi anak yg soleh
dan membesar dengan sihat
hanya dengan SUSUIBU ye sayang!!


friend 4ever till jannah...


untuk teman ku Raudhatuljannah;
tahniah diatas kelahiran istimewa ini
sesungguhnya kisah sedih itu sudah berlalu
Allah telah memberikan kamu pelangi nan indah
bersyukurlah!
jadilah ibu yg terbaik untuk MUhammad
kerana dia adalah amanah dari Allah...




nota ibu: mahu baby lagi...hehe

Saturday, December 12, 2009

apa aku rasa mlm ni???



ntah la, aku x tau apa yg aku rasa arini...mcm2 perasaan ada. nk kata aku marah, mmg aku marah...dg sape?? hurmm, ngn org yg x pnh nk kenal erti kasih syg, erti bahagia. layak kah org spt ini di 'wujud' kan kat dunia..(isy, apa aku ckp ni..masayaallah). tp aku mmg btol2 geram, marah& sakit ati mlm ni..darah kat kepala aku ni rasa cam mendidih je..

ya Allah, apa kah yg aku rasa ni btol atau pun salah....jika aku slh, Kau berilah aku petunjuk. kenapa masih ada lg org yg sanggup meruntuhkan kebahagiaan org lain? tidak kah dia t'fikir apa yg dirasai oleh pihak yg t'aniaya? tidak kah dia t'pk bhw yg disakiti itu adalah wanita seagamanya, wanita seanutan dgnnya..tidakkah dia t'pk??. kenapa dia dibutakan dgn cinta palsu??kenapa dia ditulikan dgn cinta hina, kenapa dia t'jebak dgn cinta yg m'bwa hidupnye menderita..???

KENAPA?? soalan ini hnya Allah shj yg tau. Allah bg semua ini b'tujuan. tujuan yg kita x nmpak hikmahnye.. sbb 2 Allah suruh kita b'sabar dgn melakukan solat. maka solat lah dgn penuh kekhusyukan, agar t'serlah yg t'sirat, agar nmpk terang dgn mata hati..

hati wanita itu t'lalu menderita, walawpun tidak dizahirkan dgn kata2..beban itu t'lalu berat utk ditanggung sendiri.jika ombak tsunami itu hebat, maka hebat lg badai yg melanda hatinya. jika gempa bumi itu dasyat, maka dasyat lg perasaan yg dilaluinya skg ini.. hati wanita itu t'lalu ampuh utk disakiti kesekian kalinya.. jgn la disakiti lg, aku mohon YA ALLAH..

bukan aku mohon yg tidak2 utk perempuan durjana itu,aku hanya pohon KAU berilah mereka petunjuk..dlm apa juga bentuk, dlm apa juga keadaan agar dia mengerti apa itu sakit, menyakiti dan disakiti..agar mereka tahu apa itu derita, menderita da dideritai..aku mohon...

biarlah air mata mlm ini sbg bukti aku benar2 tulus mendoakannya...biar lah air mata ini juga bukti aku sentiasa m'dambakan petunjuk Mu YaAllah..biar la hr esok aku penuhi dgn doa, agr aku dapat menghitung nikmat MU yg lain..

akhir kata...sbg kaum sejenis, aku tidak dpt membayangkan betapa kuatnya wanita itu. aku mungkin b'sikap spt kebanyakan wanita lain, hnya t'daya menangis, meraung dan tiba2 berasa hilang pegangan seandainya suami m'bahagi kasih, cinta dan perhatiannya kpd wanta lain.

semoga Allah mnjaga hati dan mata kita supaya selalu menangkap hikmah, walaupun kesedihan itu melemaskan..amin.



Saturday, November 14, 2009

andai itu takdirnya


tak tau nak ungkp kan macamana, x tau nak luah kan apa lagi..setiap yg Allah tentukan itu ada hikmahnya..Dia lebih tau. tnggal 1 hr je sbelum kes akan dibicarakan di mahkamah. terlalu pantas masa berlalu& terlalu rapuh ht manusia dgn godaan. mungkin ini yg terbaik utk nye. aku sbg sahabat, teman & kwn akn ttp medokannya disetiap sujud ku. moga Allah kuatkan hatinya utk melalui ujian yg maha berat ini.

sahabatku..
bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu, yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya utk suatu yg sia2..bkn Allah x tau deritanya hatimu, retak dan hancurnya hatimu, tp itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu ht yg sebeginilah yg selalunya lbh lunak dan mudah utk dekat dan akrab dgnNya..

Friday, October 23, 2009

bahgia atas air mata org lain

mengapa perlu bahagia ats air mata org lain? dh xde pilihan lain ke dlm dunia ni? manusia mmg slalu cmburukan apa yg org ada. 2 tnda org x b'syukur. kdg2 kita lihat org b'kereta besar, kita ingin skali memiliki kereta itu. sedangkan kita sudah memiliki kereta, walaupun x besar dan mewah, tp cukup selesa utk pergi ke mana2. tp atas dasar tamak dan x b'syukur, kita ttp nak jgk kereta besar 2, walau dgn cara apa sekalipun....

akhirnya dpt jgk kereta besar 2, dgn megah dan bangga kita bawa ke mana2, punya la suka ada kereta baru..masuk bulan ke 5 pakai kereta besr n mewah, kereta mula meragam..semua serba x kena. mcm2 problem timbul. masa 2 baru t'knang kereta kecil yg byk b'jasa..baru padan muka, last2 kereta kecil jgk yg dicari..seburuk2 yg lama, itu jgk yg akan dicari..

x kenal maka x cinta, dh kenal mcm2 cerita..cam 2 jgk la dgn org yg merampas kebahagiaan org lain.smua nasihat org x kan diendah. mata hati dah buta dgn keseronokan dunia..masa skg ni smua bahagia, smua wangi..nnt dah idup sama baru tau buruk baiknya.

kalu lelaki baik, dia xkn tinggalkan isteri nya utk perempuan lain. x kan la si perempuan perampas 2 x sedar, nnt lelaki 2 pun blh buat bnda yg sama pada dirinya..hukum karma,hari ni kita menyakitkan hati org, esk lusa t'kena pd batang hidung sndiri..

renung2 kan lah....

Wednesday, October 21, 2009

mahkamah keadilan

sebut je mahkamah, dah tentu smua org tau tmpt 2 utk ape. kalu sebut mahkmah syariah, smmua org akan pndang serong bg sesiapa yg m'jejakn kaki kearahnya..alahai manusia, sntiasa sibuk dgn urusan kain org lain, urusan kain sndri x t'jaga..
smlm wat pertama kalinya aku temankan 'syurgaku' pegi ke mahkamah.utk apa??utk kes perbicaraan cerainya. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.terlalu kerdil bagi 'syurga' utk berhadapan dgn ujian yg maha hebat ini. kalu org lain sdg diulit bahagia diawal2 p'kahwinan, tp 'syurga' x rasa smua 2. dia b'perang dgn perasaan sndiri.mmg sukar utk bahagia dlm duka..
kalu nak nikah bayak urusannya, utk cerai pun t'lalu banyak n menyakitkan. ttp 'syurga' ttp tabah n kuat b'depan dgn smua ni. x setitik pun air mata jatuh di saat2 genting ini. benarlah firman allah, mafhumnya..allah akan beri ujian pd hambanya mengikut kemampuan. maka benarlah itu smua..
selagi kudrat ini t'daya,akan ku trus m'beri p'tolongan n bantuan buat syurgaku...
kau sahabat..kau teman..
'kalu ujian ini kau rasa maha hebat, maka tunggu lah nanti 'hadiah' nya juga maha hebat dari ALLAH..SUBHANALLAH..'