Pages

Thursday, June 30, 2011

susu merundum

seminggu ni bila pam je susu semacam merundum. biasa satu sesi dapat 8-9oz. tp semenjak,dua menjak ni susu b'kurang plak. sekali pam hanya dpt 6oz je. tp masih b'syukur sbb masih mencukupi utk aqeef wlwpun x bleh wat stok. siang mlm la memerah demi memastikan bekalan aqeef m' cukupi.penat lelah x dihiraukan lg, sbb apa yg pnting aqeef hnya minum susu ibu.

hanya ini, namun tetap bersyukur~~


tp saya akan pastikan tidak stress semasa mengepam, sbb itu blh menyebabkan susu lg merundum. maka sambil mengepam bayangkan wajah aqeef yg sgt comel, atau tgk video atau gambar2 anak yang disimpan dlm handphone. insyallah, dengan tips yg sgt mudah itu, para ibu akan melihat hasil yg sgt mengujakan. Cuba lah! daku sentiasa praktikan tatkala memulakan sesi mengepam susu.

beg khas untuk mengepam susu ini sangat bagus. ada tempat untuk letak gambar anak bagi merangsang penghasilan susu yang lebih optimum!

b'blik pada tajuk entri, bila susu makin merundum, mula lah memikirkan yg mcm2. mcmana kalu susu xde? adakah aqeef akan minum formula milk yg jauh beza khasiatnya dgn susu ibu. bila pk2 rasa sedih sgt bila terpaksa berpisah susu dgn aqeef.isy,jgn pk bkn2,kena positive ok! Dan Allah tau niat ibu, alhamdulillah hr ni susu kembali normal. dapat 2 botol penuh 1 sesi.alhamdulillah.


pssstt, storage bottle tu saya baru beli kelmarin. hehehe. comelkan?

rupa2nya cik P (period) mai hr ni,patut la susu merundum.hehehe.
baru acik x risau lg.

Wednesday, June 29, 2011

dilanda kemalasan

kata nak jd blogger tegar?awat mls bebenor nih. issyyh,idea byk sampai melimpah ruah kalu Di tadah ngn baldi.
em, begini lah rutin harian yg sgt padat. tp masa utk tido dan b'fb atau b'blog msih ada. perlukah semua itu? ish,sape kata x perlu? yg pnting pndai bagikan masa.

seperti biasa, balik dari sekolah terus amik aqeef kat umh mak idah (pengasuh aqeef). borak2, gosip2, gitu gini, gitu gini smpi umh kul 3ptg. dah pnt trus menidurkn diri diats sofa. skg dh x tdo ngn aqeef lg kt sofa lps kejadian aqeef jatuh sofa. hiii. seriau mokcik masa 2! so tdo lh sndiri dgn aqeef kt dlm buai. kdg2 aqeef tdokan ibu. hehe

asar bgun dan trus blend bubur aqeef, masak la pape yg patut utk en.suami juga perutku. kalu en.suami ofer mkn luar atau bli kat pasar lmbk, mokcik la org paling hepi.sbb x pyh msk. hoooorey!!

lpas bg aqeef mkn masakan ibu dia yg t'sgt lazat 2,mandikan dan bg susu.main2 kejap aqeef dah ngntuk trus tidokan.aqeef dh pandai mop umah skg, so ibu x pyh b'susah payah lg. tq bdk shomel! tp ayh la yg penat basuh bju aqeef.hehe

bila aqeef dh tdo baru lh buat keje pape yg patut. kdg x smpt buat aqeef dh bgun. pas solat, ngaji b'sama aqeef yg dok kat riba ibu, tgk brita jap smbil lyan aqeef main. kdg aqeef x mau tido. smpailah mokcik ygt'tido dulu. bila bwk naik katil,golek2, ktawa2, bg susu baru aqeef nk tdo. time 2 ibunya pun blayar skali smpai pg. tp kul 4pg dah bgun utk buat kerja2 yg t'tunggak mlm td. msk bubur aqeef,itu perkara utama yg dibuat lapas celik mata, sbb ibu x rela ank ibu mkn mknn yg dimasak oleh org lain. biar ibu msk x sedap, tp ibu dah letakan rencah yg paling sedap iaitu 'kasih sayang'.

Sunday, June 26, 2011

SAmsung GALaXY TAB

impian menjadi nyata. intro yg menarik bukan?bg daku la.hehe.
1st skali daku nak ucapkan tq so much 4 my beloved asben sbb tlh b'jaya m'habiskan. duit simpanan utk mbeli Galaxy tab idaman malaya. hehe.

Tq abg krn m'izinkan daku m'jd bloger tegar. krn dgn adanya 'benda' ini daku sudah tdk b'minat utk masak mahupun m'basuh pinggan lagi.ekekeke. jgn mrh abg. kalu mrh galaxy tab ni akn dijual.:-D





baru keluar kotak~excited weh.



ibu blh b'blog dimana saje berada~
cth; ketika mnyusukan aqeef,
atau ketika tngu nasi atau lauk msk,
Dan lain2 keadaan yg sesuai




sekian melaporkn.

Thursday, June 23, 2011

relaktasi ( menyambung semula penyusuan)

Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.
Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi

• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?

• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

(sumber daripada: diyaluna.com)

Monday, June 20, 2011

aqeef iBu

entri kali ni nk citer pasal si comel IBu yg sAAAAAAAAngat ibU syg..

iBu hanya ada sorang saja aqeef kat dunia nih. aqeef buah hati IbU. penyejuk mata & penawar duka lara ibu...biar orang kata ibu puji anak sendiri, ibu x kesah sbb ibu hanya ada sorang aqeef je kat dunia ni. aqeef buat ibu ketawa, aqeef buat ibu t'senyum dan aqeef buat ibu rasa sgt bahagia.

* wlwpun aqeef suka tarik2 rambut ibu yg ala2 agnes monica ni atau aqeef suka gigit2 time susu ibu x kesah, sbb aqeef ibu hanya SATU!

jom ikuti gelagat2 aqeef ibu,



aqeef ibu sgt suka bila ibu bacakan buku sambil baring kat sblh~
mcm faham je.


bila aqeef ibu demam~~
sikit pun x merengek atau nangis.
aqeef ibu cool je wlwpun suhu tinggi..


aqeef ibu manja dgn ayah~~
tido kat buai mesti nak ayah yg dodoi.

aqeef ibu belajar pegang botol sendiri~
pas makan bubur nasi air tgn ibu.



aqeef peneman setia ibu pergi dan balik sekolah~~
hingga t'tido dgn aksi yg comel.
(tido ikut ayh or ibu ni?? hehe)



aqeef ibu yg pandai 'm'ngemas'
'paper 2 ibu x baca lg syg...'


aqeef ibu yg setia menunggu ibu ayah mkn luar~
'time ibu mls masak'~~



aqeef ibu yg gembira b'sama ibu golek2 atas katil
'gambar ibu x dpt disiarkan, takot ada pihak2 yg t'kujat~~hehe'

inilah rutin aqeef ibu sblm tido~~
golek2 sambil ketawa2 wif ibu yg juga blum blh disiarkan gmbarnya~heee


aqeef ibu dgn aksi nakal~
baru kejap ibu letak atas tilam, tau2 dah kat bwh tilam~


aqeef ibu m'explore sesuatu yg baru~~
maybe mencari sarang labah2 atau sawang bwh meja 2.


aqeef ibu tgk tv time ibu sibuk masak~~

dan ini lah momen yg ibu x akan lupakan selamanya~~
kasih kita b'taut syg...
pasti ibu sedih saat b'pisah susu nanti :(


akhirnya,
tidur lah syg....
ibu akan berada disisi mu disetiap saat, masa dan ketika.



~AQEEF DI HATI IBU~

Sunday, June 19, 2011

hikmah disebalik ujian

sesungguhnya setiap ujian yg Allah berikan itu mengandungi hikmah yg maha hebat.
saje je b'mukaddimah insaf mcm ni, tp btol la...kini daku sdg merasa kemanisan di sbalik ujian yg Allah beri dulu. ujian yg DIA berikan tersgt la kecil,ttp hikmah @ kemanisan yg daku rasa kini sgt la besr maknanya.

entri kali ni daku nak kongsikan macamana daku m'buat keputusan utk breastfeding(bf) anak. sbnrnya ujian yg Allah brikan dulu ( pnyakit endometriosis yg menyukarkan utk aku pregnant) amat2 merungsingkan hati. mana x nya, kwn yg kawen slps daku ramai yg dh pregnnt, bunting pelamin la, bunting pelanduk la..(apakah maksudnya?) haha,. maka sgt gusar dan tertekan la empunya diri ini. terus trang daku katakan, tersangatlah cemurukkkk dgn mereka yg ada bby.

setelah setahun tnpa berita gembira,maka genap setahun perkahwinan daku n suami, kami diberi 'hadiah' yg maha indah dari Allah~~mom 2 be!! thanks Allah.

masa ni x la trus t'pk nak full bf bby, tp memikirkan baju jenama apa ank nk pkai, buai, stroller, car seat n etc ttg bby yg baru lahir. punye la excited, stiap kali kuar mst shoping barang bby. ada jgk tgk breastpump, brand pureen,avent n etc. tp ckp kat ht ' wt pe nk bli, kan ank minum susu tepung'. haha. sgt jahil daku ketika itu. sehingga packing barang utk ke hospital, masukkan skali susu formula utk bby dlm beg. ni smua angkara mitos2 org lama yg mengatakan 'sediakan susu formula utk ank,sbb 1st day b'salin susu x kuar lg. takot ank lapar'. sgt la t'pedaya ketika itu...kesian.

alhamdulillah, masa pregnant 7mth, k.asma (pemilik harazkid) ada b'tnya. 'nnt bby nak bg susu per?'. daku m'jwb gn sng hatinya ' kalu blh susu bdn, tp kalu x kuar bg ssu formula la'... k.asma pun menerangkan la A-Z ttg bf nih. lalu b'kobar2 la semangat utk bf ank yg bakal lahir nnt. daripada seorang yg leka dgn FB, kini daku mula mengorek, mencungkil dan menggali ilmu2 tentang bf. dari pump hinggalah kelengkapan bf semua daku dah tgk dan wat p'bandingan. lalu daku membuat lah tempahan utk set SPECTRA3 yg kini m'jadi teman setia dimana daku berada. 1 minggu kemudian, pump pun sampai umah (oder ngn k.asma). teruja yang amat, kalu blh nak trus pump. hahaha. walaupun bby blum lahir tp daku dah mnyiapkan diri dgn ilmu2 basic ttg bf ni.

cabaran ttp ada..bila pump dah sampai umah, ada kwn daku yg t'kezut krn daku dah m'beli set bf. lalu katanya ' naper bli pump dulu? kan anak blum lahir. ada kwn i rugi besar,sbb pas b'salin x de susu. so x guna lah bli pump mahal2'.. aduhhhhhh, inikah dugaan? camne ni? daku dah t'beli? xpe la, kalu x pakai, blh sedekah. ayat sedapkan hati.

daku x dok diam, trus ajak suami bli longan kering utk wat air (petua byk kan susu). obses kan daku ketika itu?? ya, mmg obses sgt utk susu kan bby. hinggalah kini, semangat itu x pernah luntur. ini smua angkara mitos 'susu x de pas b'salin'. tp, kata2 itu lg m'bkar semngat utk daku bf bby nnt.

daku menyusukan bb bkn krn mahu jimat, x pernah t'lintas pun dikepala utk b'jimat. sbb ku p'caya setiap anak ada rezeki masing2. tp daku menyusukan krn inginkan yg t'baik utk anak.

menyusukan adalah naluri untuk melindungi
Saya mahu lindungi anak saya daripada susu formula yang mengandungi pelbagai risiko Menyusukan adalah anugerah
Anugerah kedua saya selepas melahirkan si kecil
Dan menyusukan adalah ikatan yg sgt murni antara ibu dan anak.

inilah hikmah yg daku katakan, Allah melambatkan kami utk dpt anak adalah utk beri kami peluang belajar lbh byk ttg menjadi ibubapa yg t'baik. dan YA, daku akui..sepanjang setahun tanpa anak, daku byk belajar utk jd ibubapa yg baik yg blh jd cth utk anak2, dari bacaan dan research yg daku buat (research org sbnrnya, tumpang sekaki). daku btol2 b'siap sedia utk m'jd ibu. mungkin kalu ALLAH terus dikurniakan anak lpas kahwin, mst daku zero. sbb x prepare apa2 lg. inilah HIKMAH.

nota ibu: kwn2 yg blum dikurniakan zuriat, jgn la b'sediah ht. Allah ada perancangan yg t'baik utk kita.


Saturday, June 18, 2011

kelahiran yg dinanti-nanti

bunyi mcm baru b'salin, tp sbnrnya dah 7 bln blalu. detik indah saat2 utk melahirkan mmg x kan t'padam dlm ingatan. sgt indah dan x dpt utk daku gambarkan kebahagiaan itu..

seminggu sblm 'salin daku dah dimasukan ke wad, bkn sbb nk b'salin tp sbb doc mau pantau bacaan gula. almaklumla, bacaan gula tinggi. maka dgn berat hati daku mengemas2 beg utk dibawa ke hospital. di hospital daku mtk utk itmpatkan di wad kelas 2, bkn x lyak duk 1st klas, tp takottttttttt dok sorng2. lg2 baru tgk citer hantu~pdn muka aku!

maka b'mlm la aku b'temankan nurse2 yg dtg 4 jam sekali utk m'cucuk jari jemari ku yg mulus utk diambil darah.



in womb~~~
seminggu lg utk dilahirkan.
sgt teruja tgk gmbo scan ni.
idung mancung kan??

3 nov 2010, 9.30 am
cuti peristiwa sempena deepavali. tp sek en.suami x cuti. maka duduk la sorg2 di umah menyiapkan buku rekod murid. akhir tahunla katakan, bz mengalahkan PM. tgh2 menulis dan brangan2 + kadangkala tgk tv, terasa ada air keluar membasahi kain batik yg daku pakai.

ha???? air apakah ini? maka tanpa b'lengah lg terus la b'lari ke toilet hinga lupa yg daku sdg sarat. haha.

"abg, balik skg blh x? rasa air ketuban dah pecah"
suami: "ye ker? btol ker?

sgt cuak ye suara org itu, takot daku t'besalin kat umah & takot kena jd bidan terjun. haha. maka dgn pantasnya en.suami tlh t'pacul depan umah, kelam kabut mcm dia nak beranak. daku sempat lg mandi, b'wangi-wangian utk ke hospital. sbb x sakit pape lg pun. smpt jugak memenuhkan tenaga dgn memakan nasi lemak b'serta kuih. ~pas ni dah b'pantang, so mkn jgn x mkn~.

1st class ward,
time sakit2 kecik dtg, aku memerlukan lbh privacy,so bagus dpt bilik sorng ni. daku x nk t'baring je. so tawaf la wad 2 sampi lenguh kaki. then duduk, jln lg utk memudahkan bby turun.

6.30 ptg,
sakit 30mt skali, masih blh tahan. teruskan gk b'jln utk bg lg mudah b'salin.

10.30 mlm,
sakit makin kerap & daku tlh ditolak ke labour room. b'sama nurse yg baik. en suami plak on da way ke hosptal. setelah b'tarung nyawa hmpir 2 jam, maka lahirlah putera yg sgt2 dinantikan. dgn linangan air mata keharuan, daku mengucup dan memeluk si kcl sbg tnda kasih seorang ibu.. emo kan??? nyampah tau!!!



aqeef beberapa minit slps dilahirkan
4 /11 / 2010 , 12.26am

pandangan kasih.
kini daku b'gelar IBu~
thanks Allah.

melihat dunia utk pertama kalinya~~
selamat dtg sayang.



daku kembali

apakah yg terjadi dgn blog ku? b'sarang? b'sawang atau sudah hilang di alam maya??
ohhh...kini daku kembali, kembali mencuahkan isi hati pd yg sepi.
( agak jiwang kan?? biasa la, dh jd ibu. jiwa pun agak sensitip..haha)

rasanya kali t'akhir update belog ni masa prgnnt 7mth, diam x diam dah b'salin rupanye. si aqeef pun dah 7 bln skg. sgt cpt masa berlalu.

so bila dah jd ibu + surirumah + che'gu + chef (chef ker??) + doktor (tatkala ank sakit) + motivator (bg yg ada mslh ttg BF maupun mslh cinta) maka sgt la sibuknye diri ini. tp ni la cabaran idup, bila dpt wat yg t'baek utk org sekeliling, itulah kePUASannya.

dan skg dgn sgt m'GEDIk nya, nak plak menceburkan diri dlm dunia belog ni. (sedap x ayat2 ku), maka akan b'tambahlah jwtn yg sedia byk 2. tp daku gembia bila dpt meluahkan apa yg t'lintas@t'lalu kat kepala ni.

semoga lpas ni akan ada lg entri2 yg menarik utk dikongsi. insyaallah.
p/s: kalu x de entri 2, phm2 la (aqeef 7 thn baru ada entri bru) hehe.