Pages

Saturday, July 21, 2012

Dilation and Curretage (DnC)

Apa itu D&C?

Dilation and curettage (D&C) adalah prosedur pembedahan  minor yang merangkumi meregangkan serviks (dilate). Kemudian alat akan dimasukkan ke dalam uterus untuk mengikis dan menyedut  (curettage) bahagian dinding uterus.

D&C dilakukan untuk mengeluarkan produk kehamilan yang tidak diingini dalam uterus.
Bagi kes keguguran, produk kandungan yang tertinggal akan dikeluarkan dari uterus.Selain itu, ia dilakukan untuk menghalang jangkitan.


assalamualaikum anda yg jelita dan hebat diluar sana..

ahlan ya Ramadhan, kedatangan mu amat ditunggu.
selamat menyambut awal ramadhan, semoga iman kita bertambah kuat di bulan tarbiyyah ini.

kembali untuk menyambung entri yg lalu..

Alhamdulillah, kami semakin kuat dari hari ke hari,
benarlah, Allah akan menguji hambanya dengan apa yang termampu oleh hambanya.
bermakna, kami mampu menjalani ujian ini tanpa perlu merasa keluh kesah apatah lagi menyesali takdir ini.

ujian ini sangat indah,
kerana kami terasa diri sangat hampir dengan sang pencipta.
Alhamdulillah..

Berbalik kisah D&C pada Rabu lalu..

18 Julai 2012
(Rabu)

5:00 am
bangun seperti biasa untuk menyiapkan makanan anak,
sebab aqeef akan di hantar ke rumah pengasuh sepanjang ibu di hospital nanti.
mandi dan solat subuh.

6:30 am
minta en.suami belikan nasi lemak.
kang dah berpantang tak boleh makan nasi lemak..ehehe
kena makan sebelum pukul 7, sebab pukul 7 dah kena puasa.

7:00 am
masih makan lagi.. hahaha. ngelat!!
sambil sembang2 dgn en.suami,
bukan pasal prosedur D&C yg akan dilalui nanti,
tapi pasal plan percutian kami pertengahan musim raya nanti.
rasa excited sgt nak bercuti ni..

8:00 am
bersiap2 untuk hantar aqeef ke rumah pengasuh dan terus ke hospital.

9:00 am
tiba di Pantai Hospital.

10:00 am
Doktor baru panggil masuk.
tanya itu, ini dan doktor masukkan ubat.
terus di hantar ke ward.

11:00 am
berehat2 di katil
doktor kata D&C akan di lakukakan pada pukul 12:45 pm.
hmm, lama lg..

12:00 pm
perut mula terasa macam senggugut
mungkin kesan ubat yg doktor bg tadi..

12:45 pm
en.suamiku sampai tertidur dikerusi.
nurse tak datang2 lg pun..

1:00 pm
en.suami dah kebosanan menunggu plus kelaparan.
dan akhirnya keluar mencari makan..

1:20 pm
nurse datang dan minta untuk bersedia.
terus mesej en.suami beritahu dah nk ke bilik operation.
sebelum tu sempat ke tandas dulu.
masa kat tandas tu, darah mula turun dengan banyak.
ubat yg doktor masukkan dah memberi kesan.
masa tu baru sedih dan nak nangis tgk darah yg banyak.. :(

1:25 pm
di bilik menunggu.
nurse cucuk jarum utk drip air ( tak tau apa nama )
5 kali baru berjaya!
mak ai, sakit tu.. adoi..

2:30 pm
baru di tolak masuk ke bilik operation.
berdoa itu dan ini, semoga dipermudahkan segalanya..

3:00 pm
baru doktor masuk
dan minta maaf sebab ada emergency td.
patutlah lama tunggu, rasa macam dah beku kaki tangan ni,
sejuk yg amat.
nurse cucuk ubat bius dan sempat mengucap sekali..
lepas tu..

*pause*

5:45 pm
dah kat atas katil ward
Alhamdulillah semuanya selamat.
en.suami tiada di sisi.
terus call dan dia datang.

6:00 pm
nurse dtg dan minta tukar baju,
dan boleh balik.. syukur.

7:00 pm
en.suami pergi ambil aqeef
dan si ibu sambung tidur semula,
mungkin ubat tidur yg diberi td belum habis lagi.
ngantukkkk...


Alhamdulillah semuanya telah selamat,
maka sesi berpantang pun bermula,
siapa kata lepas keguguran tak perlu berpantang?
malah perlu lebih disiplin lagi.
sebab keguguran ni umpama pelam muda yg kita rentap dari tangkainya
berbanding dengan bersalin,
umpama pelam masak ranum yg gugur sendiri.
maka pada saya wajib juga berpantang.

jaga makan dan minum untuk 2 minggu ni,
pakai stokin, mandi air suam, makan jamu dan berurut.

tentang berurut pulak,
ada yg kata kalau keguguran tak perlu urut,
tapi pada saya tak salah sebab tak sama urut orang bersalin dan keguguran ni.
bidan yg saya pergi memang bidan terlatih kerajaan..
dia urut perlahan je tak macam urut lepas bersalin dulu..

saya pasti besar hikmah yang sedang menanti..
sabar dan redha :)







1 Ramadham yg penuh keberkatan.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. hai...salam perkenalan....terjmpe post ni mase taip kt google...pa pun takziah ye....smga diberikn yg terbaik...

    ReplyDelete