Pages

Saturday, January 21, 2012

hari-hari yang penuh

"entri ini ditulis minggu lepas dan baru sempat di oublish hr ini"

minggu ke-2 persekolahan yang amat penuh saya rasakan
hingga tidak sempat untuk update blog seperti minggu2 cuti sekolah yg lalu
tapi saya cuba untuk bahagikan masa sebaiknya
untuk keluarga terutamanya
buktinya, saya masih ada masa untuk bawa aqeef jalan2, baca buku dan masakan makanannya
untuk suami saya tetap jaga kebajikannya,
juga saya masih ada masa untuk balik menjenguk emak dan mertua di kampung.

permulaan tahun 2012 yg baik untuk kami sekeluarga
dengan kehadiran cucu ke-2 dalam keluarga mertua
biras saya selamat melahirkan anak sulong nya pada 2/1/2012
anak tahun baru..
dan kami masih ada masa untuk melawat ahli baru keluarga kami


Muhammad Firas Farhan
sepupu baru aqeef
comel, comel dan comel!!

kami juga masih ada masa untuk menghadiri kenduri arwah nenda
yang genap dua tahun kembali ke rahmatullah semalam
semoga rohnya dicucuri rahmat. amin..



makcik-makcik rewang yg rajin2 belaka



sibuk bergosss.. la tu. ehehe








kami adik beradik yg suka rewang..suka la sgt. hehe

alhamdulillah sarapan pagi hari ini saya tidak perlu masak
kerana lauk kenduri semalam banyak dan hanya perlu di hangatkan sahaja
masih elok dan sedappp..

memang kerja tidak akan habis hinggalah kita menutup mata
kita yang menguruskannya, uruslah dengan sebaiknya
sesibuk mana kita,
Allah perlu diutamakan
kedua keluarga
dan ketiga hal-hal lain yg berkaitan.

semoga saya lebih bertenaga untuk mengharungi hari2 mendatang

nak juga tunjuk,
kek gula hangus cubaan pertama saya
tak tahu la jd ke tak
ini saja buah tgn dari saya..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment