Pages

Thursday, September 8, 2011

makanan pertama si manja ( 6 bulan keatas)

menjadi ibu bapa ibarat sedang bermain roller coaster
ada gembira dan ada takutnya.
belum pun mahir tentang susu ibu, kini ibubapa perlu beralih ke satu peringkat lagi iaitu memberi makanan pejal untuk anak.

apa yang perlu kita tahu dan kita perlu ambil tahu?
adakah kita mahu mendengar nasihat orang-orang tua-tua, kawan mahupun saudara mara?
pasti pelbagai nasihat dan info berlegar-legar difikiran kita (samada logik ataupun tidak)

bagi saya,
terima kash atas semua nasihat yang diberi. walau bagaimanapun saya ibu baru ada tekad dan azam untuk memberikan yang terbaik untuk bayi saya.

bukan mudah ya untuk menjadi ibu bapa.
harus membuat pilihan yang tepat untuk anak
kerana makanan yang baik akan merangsang otak, fizikal dan mental anak.

ada yang mengatakan nestum itu lebih mudah, ada pelbagai perisa baik yang sayuran mahupun buahan
namun tahukah anda kandungan sebenar makanan itu?
adakah ia benar2 sesuai untuk si manja?
biar kita bersusah sekarang untuk menyediakan makanan anak, kerana saya pasti kita akan 'senang' suatu hari nanti.

saya mengurut dada bila ada ibu yang mengatakan memberi anak makan menggunakan botol
menurutnya, nestum dibancuh bersama susu (cair2) dan diberi pada anak!
kasihan anak itu..
adakah ianya mencukupi untuk tumbesaran anak itu?
kalian jawab sendiri ya!

saya ingin kongsikan makanan yang sesuai untuk bayi 6-7 bulan.
bila2 berkesempatan saya akan sambung untuk umur 8 bulan hingga seterusnya.

umur : 6-7 bulan
testur makanan : puri (halus)
minuman : susu ibu (lima kali sehari)
senarai makanan : beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam lobak merah da mangga.
makanan yang perlu dielakkan : garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.

untuk minggu pertama, awal pagi dan waktu sarapan beri anak susu ibu. makan tengahari beri anak puri dan susu. minum petang dan malam susu ibu.

oleh itu, untuk minggu pertama anak hanya makan sekali sahaja iaitu waktu tengahari.

untuk minggu kedua, apabila anak sudah pandai merasa beri anak makan waktu sarapan dan tengahari (2 kali sehari)

minggu ke-3 dan ke-4 beri anak makan waktu sarapan, tengahari dan minum petang (3 kali sehari)

elakkan memberi anak makan waku malam kerana dikhuatiri anak mengalami alergi atau alahan.

makanan pertama bayi mestlah dalam bentuk cecair
untuk menyediakan puri, anda boleh memilih samada sayuran atau buahan segar.
anda boleh menambah susu ibu pada setiap hidanga untuk memberikan sedikit kelainan pada makanan tersebut
pasti anak anada menyukainya!
pastikan untuk permulaan anda menyediakan satu jenis bahan sahaja (jika lobak, lobak sahaja tanpa perlu dicampur dengan nasi atau ikan). ini adalah untuk memastikan anak anda sesuai atau tidak pada makanan itu. jika sudah dicampur2 pasti kita tidak tahu si kecil alergi pada makanan yang mana satu.

berikut contoh puri yang sudah siap untuk si manja;


PURI LOBAK MERAH



cara penyediaan :
1) ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan buang kulitnya
2) potong dadu dan rebus sehingga empuk
3) setelah empuk, kisar lobak tersebut sehingga halus
4) jika perlu anda boleh menambah sedikit air atau susu ibu.
5) siap untuk dihidangkan.


PURI LABU DAN SUSU IBU



PURI BROKOLI


PURI EPAL DAN PIR


ketahuilah, bukan semua bayi dapat meneriam perubahan dalam makanan mereka.
oleh itu lakukan perlahan-lahan.
pada peringkat awal sediakan sedikit sahaja puri dan bila bayi sudah pandai menikmati baru ditambah mengikut kesesuaian.
ambil masa sekurang-kurangnya empat hari sebelu bertukar ke menu baru.
cara ini membolehkan si manja mnerima makanan baru dengan mudah.
nota ibu: harus banyak bersabar ye ibu2 untuk memberi anak makan. sesungguhnya saya suka memasak untuk anak, biar tidak sedap tetapi air tangan ini lah yang mengikat dan mengeratkan lagi kasih sayang kami!

1 comment: