Pages

Saturday, November 26, 2011

puding karamel

assalamualaikum kalian pembaca blog usang ini
cuti sekolah baru seminggu bermula
macam2 aktiviti telah dirancang,
tetapi kekangan dan halangan membuatkan perancangan itu kadang kala tidak terlaksana.

tapi aktiviti untuk anak tetap berjalan seperti biasa
tidak kira aktiviti apa pun,
asalkan berfaedah dan boleh mencambahkan daya pemikiran dan pembelajaran aqeef
aktiviti tersebut tidak perlu dibuat di luar rumah, ditempat yg mahal atau menggunakan bahan2 yang mahal
cukup sekadar dilakukan dirumah sahaja tetapi memberi impak yg besar untuk anak.

antara aktiviti yg kami lakukan semasa cuti ialah aktiviti masak-masak
masak apa?
apa-apa yg terlintas di fikiran ibu dan ayah yg aqeef juga boleh makan, hehe.
aqeef belajar apa?
tolong ibu ayah susun pinggan di rak, tolong ketuk-ketuk periuk dilantai dan tolong tumpahkan air. hehe
tapi saya percaya, anak yang diajak kedapur pasti tidak janggal untuk menolong ibunya di dapur kemudian hari.
jangan marah anak jika dia membuat sepah di dapur, kerana itu adalah antara proses pembelajarannya.
biar kadang kala periuk diatas kepala atau mangkuk dijadikan tempat duduk tidak mengapa.
tapi pastikan barang-barang yang tajam dan merbahaya di letak ditempat yg selamat ya ibu2!


antara resipi tu ialah PUDING KARAMEL.
jeng, jeng, jeng....
dah lama acik nak update resipi ni tp paham2 la ye, mokcik ter-ober busy akhir2 ni.
dah ramai yg mintak resipi puding ni setelah ibu pos di laman-muka-buku.
menggunakan gambar bukan sebenar. hehe
sebabnya, puding karamel acik x berapa sempurna bila dah siap. jd herot2 bila di letak dipinggan. hihi.
maaf ye kalian atas keterlewatan ini dan atas gambar yg bukan sebenar. ehehehe

nah ini resipi yg ala-ala master chef tu..

PUDING KARAMEL



Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair

5 sudu besar gula halus

3 biji telur- pada suhu bilik

2 biji telur kuning-pada suhu bilik

2-3 titik esen vanila

KARaMEL
5 sudu besar gula

2 sudu besar air

Cara-cara
1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

 2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

 3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

8.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

nah, senang kan?
maaf la gambar step by step ada, tp di tab.
malas plak nak transfer ke netbook nih.
tp resipi ni senang banget kok!
ngak perlu foto2 ya!

selamat mencuba ya kalian!
sesekali menghidang kan sesuatu yg lain pasti membuatkan family teruja sekaligus menambahkan kasih sayang.

mudahkan aktiviti kami sekeluarga?
anda bagaimana??


2 comments:

  1. wohoooooo...finally u write this recepi!
    thanks a lot puan erin. akan ku cuba nanti;)

    ReplyDelete
  2. hihihi...dah jd nnt update kat ur blog k. i tunggu!

    ReplyDelete