Pages

Wednesday, September 7, 2011

mengapa saya lambat hamil

mood raya masih lagi berbaki
namun kami tak bersemangat untuk beraya kerana ibu dan anak demam
aqeef dan ibu demam, batuk dan selsema
penangan raya sakan seminggu yang lalu
kasihan aqeef.

tak sabar nak share gambar2 raya aqeef disini
namun kudrat belum ada untuk meng-upload gambar dgn keadaan line tenet yg agak lambat musim2 raya ni
sesiapa yang mahu tgk kami melaram di hari raya sila klik LIKE. eheheh

entri kaki ni tiada kaitan dgn hari raya
entri raya akan ditulis kemudian bila demam dah reda dan kami dapat menyambung raya semula. ehehe
raya tahun ni saya tidak mendapat soalan cepumas seperti tahun2 dulu
'bila nak ada anak?'
itu soalan yg amat memedihkan bg mereka yg mengalami situasi sebegitu
tahun ini soalan lebih menjurus ttg anak
dan saya amat teruja untuk bercerita mengenai anak walau tanpa ditanya. ehehe

jika diimbau kenangan dulu
saya pregnant setelah setahun berkahwin
agak lambat tetapi doktor menyatakan setahun itu normal.
mengapa lambat?
kuasa tuhan, DIA yang berhak memberi pada sesiapa yg dikehendaki.

tetapi asbab utamanya ialah ENDOMETRIOSIS
apa itu endometriosis?

KLIK DISINI untuk mengetahui apa itu endometriosis yg pernah saya hidapi dulu.

nasihat saya buat mereka yg mengalami simptom2 berikut, segeralah jumpa doktor.
setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati
semoga usaha kita Allah ganjari dengan pahala.

kalau diikutkan kisah saya dulu,
saya tidak sangka dapat melaluinya dengan penuh kesabaran
benarlah, Allah akan memberi apa yg termampu untuk kita.
nanti jika berkesempatan saya akan bercerita tentang pengalaman saya di operation
dan usaha2 yang saya lakukan untuk mendapatkan zuriat.

jangan bersedih dengan apa yang orang ada dan kita tiada
sesungguhnya Allah sedang merencanakan yang terbaik untuk kita.

nota ibu: doakan saya sihat ye kalian, dan doakan juga aqeef baik dari demamnya.

2 comments:

  1. awak xde cerita pasal endo yg awak hadapi kat blog ke?
    cari x jumpe pulak ... anyway tahniah baby dah beso dah .. saya harap berpeluang macam awak ..

    ReplyDelete
  2. saya byk menulis kisah sedih TTC disini tp hanya tersimpan di 'draft'..rasa masa tu x de sape yg sudi berkongsi. sudahnya semua cerita2 tersebut saya delete. x mahu kesedihan berpanjangan...

    maaf ye! emosi dulu mmg melampau... hanya serita ini yg tinggal.

    insyaallah, ada kesempatan saya cerita kan semula kisah endo yg prnh sy alami dulu..

    ReplyDelete