Pages

Sunday, August 21, 2011

nipple preference (keliru puting)

"akak nk tya skt pdl breastfeed. akak br bsalin...dh 2 bln gak la...mmg hjat jk breasfeed sepenuhnya...tp akak dh silap..masa mula2...terpaksa bg susu formula sbb susu akak sussh nk kuar...ank kuning masa tu...dlm 3 minggu tu bg susu botol...lps tu akak nk bg susu bdn dia dh xnk...susah sgt...dia mengamuk stiap kali akak bg susu bdntp akak paksa gak sbb tkt susu kering..cuma tu la susu xdpt nk perah...skt sgt keluar..tp bila hisap direct kuar...mgkin susu xbyk ke tak tau la...susu awk byk dpt perah bbtol2 ada makan apa2 ke"

 mesej yg saya terima dari seorang kenalan di laman muka buku.
masalah berkenaan anaknya yang tidak mahu menyusu direct atau pun disebut nipple preference.

Nipple preference atau nipple confusion ialah keadaan di mana bayi akan mula tak mahukan minum direct dari ibunya setelah beberapa kali menggunakan botol atau puting.

Nipple Preference boleh berlaku seawal bayi berusia 2 minggu. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu give-up utk menyusukan kerana setiap kali nipple ibu masuk dalam mulut bayi, dia akan menangis (dengan kuat!).
Dan hanya senyap selepas minum susu dari botol (samada ebm ataupun formula).
Keadaan yang berterusan akan mengakibatkan susu ibu semakin berkurangan.

berikut ialah cara-cara memujuk bayi untuk menyusu semula dengan ibunya;

1-Jangan beri baby pacifier (puting kosong)

2-Jgn beri baby guna botol selama 40 hari pertamanya

3-Mulakan latih baby utk direct feeding masa dia mamai mlm2.
Hari jumaat mlm sabtu adalah waktu yg sesuai kerana sepanjang hari Sabtu dan Ahad (siang & mlm), kita boleh berikan baby direct feeding sahaja (no bottle at all).

4-Sentiasa offer nipple pada baby (setiap 30 minit) dan alert dengan bayi.
Kdg2 baby mengamuk sakan bila kita letak nipple di mulutnya.tapi lps nangis 5 minit gitu,dia akan ‘terima’ nipple kita itu.

5-Kaedahnya : offer nipple padanya sebelum dia lapar.baby yang terlalu lapar akan mengamuk jika kita ‘paksa’ dia minum dari nipple.bila baby tidak lapar sangat, dia masih boleh bertolak ansur,insyaAllah.

6-Topless semasa di rumah/bilik.tak perlu pakai bra.baby hanya pakai pampers.bawa dia ke hulu ke hilir, dapur, tgk tv, bilik belakang, ruang tamu, baca buku walaupun semasa dia tidur. Banyakkan skin-to-skin contact.biar dia kenal bau ibunya.

7-Susukan nya di tempat sunyi.sesetengah baby cepat distract.kalau ramai2 anak buah,mak mertua keliling nak tgk “ada susu?””keluar tak?”.bila dengar suara org lain pun kdg2 baby tension dan malas minum.

8-Ambil cuti 3 hari, mungkin isnin-rabu.sepanjang 5 hari tu(sabtu-rabu), beri direct feeding tiap kali dia berbunyi walaupun hek hek..insyaAllah, dia akan “master breastfeeding” selepas itu dan walaupun dia minum guna bottle di nursery/babysitter, dia akan tetap mahukan direct feeding dr ibunya.


ibu-ibu, jangan berhenti mencuba.  kuasa minda sangat memainkan peranan penting saat ini. jangan katakan tidak kerana kata2 biasa seperti TIDAK BOLEH, TAK CUKUP, TAK LARAT, TAK MAHU dan macam2 lagi kata negatif akan memusnahkan hasrat kita untuk bf anak.

selamat mencuba dan selamat berjaya!


No comments:

Post a Comment