Pages

Tuesday, August 16, 2011

RAMADHAN terakhir

cerita minggu lepas tapi baru sempat untuk diupdate disini
sabtu lepas kami sekeluarga dijemput untuk berbuka puasa di kem tebrau johor
sempena hari berbuka puasa bersama keluarga
kakak mokcik kan tentera, so sebagai adik apasalahnya acik menyibuks memenuhi undangan

first time masuk kem tentera, memang la protokol sikit
tapi acik tetap selamba berbuka puasa dengan memakai seluar-blouse sedangkan yang lain memakai baju kebangsaan..
mujur tak kena kawad ditengah-tengah padang atau buat tekan tubi.ekeke


menu berbuka puasa : kambing panggang
boleh tahan sedap tambah-tambah lagi acik yang memang kuat suka makan nih
semua sodappp...

keluarga saya
yang paling kiri adik saya, sama kah muka kami?
mesti kalian akan cakap sama tapi tak serupa
sebab acik dah pegang anak, tudung serebeh2 dan harus anak rambut keluar2, muka berminyak tapi tetap juga nak posing. ekeke


ini hajar binti ahmad.
sepupu saya merangkap anak angkat emak
15 ramadhan (semalam) genap setahun mamanya pergi mengadap ilahi
sewaktu itu hajar baru berumur 9 bulan (sebaya dengan aqeef sekarang)
sangat kecil untuk mengerti erti sebuah kematian dan perpisahan
 mama hajar meninggal disebabkan breast cancer tahap empat!
kalian nak tahu? masa mama hajar meninggal, umur nya 27 tahun. sebaya dengan saya sekarang.
mode : mengesat air hidung mata

hajar ialah fully breastfeed baby
bila arwah mama-nya disahkan breast cancer, serta merta hajar diberhentikan penyusuan susu ibu
sebab mama-nya sangat lemah,lemah dan lemah
memang sangat cepat cancer itu merebak, tahu2 dah tahap empat dan doktor memberi jaminan hidup selama dua bulan.
bagaimana kalau kita ditempat itu dengan anak kecil yang menyusu dengan ibunya?
saya tiada jawapan...

sepanjang rawatan, hajar dan abangnya dijaga oleh emak saya
ayahnya seorang pekebun, sangat sukar untuk mengurus dua anak dengan isteri yang sakit
lalu emak menawar diri untuk menjaga anak saudaranya

saya ingat lagi 15 ramadhan tahun lalu
sewaktu tu saya baru bersiap-siap untuk solat isyak dan tarawikh
ada panggilan masuk dari pakcik saya, dia menyuruh saya segera ke hospital kerana isterinya sudah nazak
saya kelam kabut, tak dapat fikir apa2
terus solat isyak dan bergegas ke hospital batu pahat
tapi tuhan lebih menyayangi dirinya
dia pergi mengadap tuhan-nya di bulan yang mulia.

paling ralat, arwah teringin mahu berjumpa dengan kedua anaknya
rindu katanya.
iyelah, ibu mana yang tak rindu pada anak?
berminggu2 dihospital untuk mendapatkan rawatan, sudah pasti dia sangat rindu dengan anak2nya
emak saya bercadang mahu bawa anak2nya ke hospital esok hari
tetapi siapa lah kita untuk menahan kuasa Allah
mati itu pasti, bila tiba masanya tidak akan dilambatkan walau sesaat pun.
arwah pergi tanpa sempat menatap, mencium atau memeluk anak2nya
sendu!

ini adam bin ahmad
anak sulung arwah, kini berumur tiga tahun.
besday adam sama dengan arwah mama-nya (3 disember)
macam kebetulan kan?
bila ditanya mana mama?
dia akan jawab " mama sakit, kat hospital"
bila dibawa ke surau (tempat arwah disembahyangkan) adam akan kata " inikan tempat orang mati"
jelas terakam dimindanya saat2 sedih itu
tetapi diterjemahkan dengan lain cara.

semoga anak2 ini akan menjadi anak soleh solehah yang akan mendoakan ibunya disana.


 AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH
NOORAZLIN FATMA BINTI MOHD YUSOF 
( 3 DISEMBER 1983 - 25 OGOS 2010).
SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA2-NYA YANG SOLEH. AMIN.
nota ibu: adakah kita pasti akan bertemu ramadhan yang akan datang? atau ini ramadhan terakhir kita?
hanya Allah yang tahu, kerana MATI itu pasti!

No comments:

Post a Comment