Pages

Thursday, July 19, 2012

missed abortion dan DnC

masih belum rezeki kami untuk anak ke-2
kami redha dengan ketentuan Allah,
dan syukur kami kuat untuk berhadapan dengan ujian ini.

16 julai 2012
appoinment Dr.Lau at Pantai Hospital
memang teruja nak tengok perkembangan baby,
kalau ikutkan dah masuk minggu ke 12 ( 3 bulan).
tapi bila doktor scan, mmg tak nampak 'baby' pun
bermakna baby tak grow seperti yg sepatutnya.

dan doktor mengesahkan 'missed abortion' (janin sudah tidak bernyawa)

*gulp*

arghhh, tak perlu nak bersedih
sebab ada hikmah yg Allah sediakan untuk setiap ujian.
( walaupun hati menangis tgk muka en.suami yg hampa)
tak sangka kan? cepat sgt semua ni berlaku,
sedangkan sakit tak de, bleeding pun tak de!

doktor kata kena buat D&C (cuci rahim) utk keluarkan janin yg tak jadi tu
sekali lagi pasrah..

sepanjang perjalanan balik,
kami berdua buat2 hepi.. walaupun dihati tiada siapa yg tahu :(
setelah ada kekuatan, barulah berbincang untuk buat D&C dimana.
sama ada kat private hospital atau goverment.

suami cadangkan pergi goverment dulu
ok!

17 julai 2012
(selasa)

kami ke hospital kerajaan
terus ke emergency walaupun tak la emergency mana..
tunggu pun tak lama, terus doktor panggil
bla... bla... bla..
dan keputusannya ; datang semula hari Jumaat utk pemeriksaan dgn pakar O&G.
itu yg paling aku lemah, nak dtg utk appoinment lg..
sedangkan yg kat 'dalam' ni doktor pakar dah sahkan sudah mati 3 or 4 minggu yg lalu.
nak tunggu lagi ker?

kami pulang dengan sedikit hampa
bincang dan bincang, akhirnya suami suruh buat di private..
terus call hospital pantai utk buat appoinment.
keputusannya ; datang esok pg utk buat D&C.

DONE!!

mudah kan? cuma keluar sikit ongkos je..
untuk kesihatan tak perlu nak berkira sangat.
doktor pun cakap, kalu dibiar lama janin yg dah mati tu
si ibu akan dpt macam2 komplikasi, itu yg menakutkan..

terima kasih untuk semua yg mendoakan,
semoga Allah berikan yg lebih baik untuk kami selepas ini. amin






(kisah D&C akan disambung pada entry yg akan dtg..)

1 comment: