Pages

Thursday, July 14, 2011

aqeef ke klinik

dari semalam sy dah perasan aqeef batuk2 (kecil). saya biarkan dulu dgn harapan antibodi dari susu yg ia minum blh melawan sakit yg dtg. alhamdulillah aqeef tidak demam. namun batuk nye agak ketara.

petang tadi selepas menyusu aqeef terbatuk2 dan muntah. en.suami ajak pergi klinik sbb tidak mahu aqeef batuk truk seprti mana dia pernah kena masa usianya 7 hari. sedih amat ibu waktu tgk aqeef batuk sampai biru2 muka. nak bg ubat batuk time tu masih tak sesuai sbb aqeef terlalu kecil.

untuk kali ini ibu tak mahu pisang berbuah dua kali. ibu harus bertindak segera bwk aqeef jumpa doktor. semoga ank ibu cepat sihat ye sayang. ibu tau, susu ibu adalah ubat yg terbaik utk aqeef. ibu juga tahu antibodi badan aqeef cukup kuat untuk melawan sakit yg datang.


aqeef dalam perjalanan ke klinik.
nmpak hepi kan ank bujang ni?
saya akui aqeef anak yg mudah dijaga. dia jarang menangis kecuali lapar dan jika ditinggal sendirian.
saya siap rakam video jika sesekali aqeef menangis. bukan mahu anak menangis, tp kdg2 rindu nk dgr tangisannya. hehehe
saat sy sedang menulis ini, badan aqeef agak panas berbanding ptg tadi masa di klinik. sehingga doktor mengatakan aqeef tidak demam. saya tampal cool fever di dahinya dan letak kain lembab dikepala bagi mengurangkan panas.
aqeef tidak menagis langsung. dia hanya gelisah untuk tidur. saya bagi susu dan baring disebelahnya terus dia tidur. saya yakin, tgn ibu ini memberi ketenangan kpd anak.

ini klinik yang kami pergi tadi. service ok. orang pun tak ramai.
psstt kalian,saya teringin nak pergi tmpat sebelah klinik tu. alangkah indahnya, kalau kaki ini dapat dimanjakan.

balik dari klinik aqeef mkn ubat.
akibat jarang mkn ubat,maka berlaku la adegan kalut serabut bila aqeef muntah tatkala diberi ubat. habis nasi lauk ikan tuna dan sayur sawi keluar semula. alahai, sayangnya ibu tgk nasi yg aqeef muntahkan tu.
tp tak apalah, aqeef tak biasa rasa ubat. ibu cuba juga bg ubat dan kali ini berjaya. syukur!

alhmdulillah setakat ni ibu tak rasa terbeban pun melayan aqeef. apa yg pnting aqeef sihat ye syg.
ibu akan disisi aqeef sepanjang mlm ini. biar ibu tidak tidur, ibu rela.

nota ibu:terfikir,adakah aqeef akn menjaga ibu sebegini saat ibu dah tak berdaya suatu hr nnt?

No comments:

Post a Comment