Pages

Saturday, July 2, 2011

bekalan utk ayah&ibu

saya bukan LUQMAN AL-HAKIM yang bijaksana dalam mendidik anak2 dengan cara yang paling baik hingga ALLAH merakam segala nasihat untuk anak-anaknya itu didalam al-Quran.

namun saya ingin menjadi ibubapa yang terbaik utk anak.saya percaya ibubapa diluar sana pun begitu.tidak adil jika sy hanya menadah tangan memohon pada Allah anak yang soleh, sedangkan saya tidak berusaha kearah itu.andai suatu hari nanti saya berjaya mendidik anak,itu semua adalah pertolongan dari Allah juga anugerah yang tdak ternilai bagi saya. namun jika saya gagal, saya harus berpuas hati kerana saya telah berusaha. saya hanya manusia biasa, hamba yang sangat kerdil disisi tuhannya, namun saya ingin jadi ibu yang luar biasa untuk anak,bukan untuk dibalas tetapi sy hanya mengharapkan doa mereka apabila saya sudah tiada kelak.

anak merupakan anugerah tidak ternilai bagi setiap ibubapa. anak telah mengisi ruang kosong dihati saya. jika dulu saya memohon pada Allah dengan linangan air mata untuk mendapatkan zuriat,kini sy bersujud kesyukuran kerana doa saya telah dimakbulkan tuhan. oleh itu, amanah dari Allah ini harus saya pelihara dengan sebaiknya. kerana saya tidak mahu menjadi hamba yang kufur nikmat.

oleh kerana saya ibu muda yang sngat cetek tntang ilmu keibubapaan maka saya menggali ilmu tersebut dengan membaca buku2 ilmiah. dri situ saya belajar sedikit demi sedikit ilmu tersebut. maha luas ilmu Allah,hanya itu ang mampu saya ungkapkan.



ini buku yang sangat bgus. saya belum habis membacanya lagi. ianya sangat santai dan boleh dibaca tatkala hendak tidur. buku ini sebagai pnduan untuk mendidik anak secara islam dari 0-2 tahun.



juga buku ini. saya membelinya ketika anak masih dalam kandungan, tetapi sampai la ni belum habis baca lagi. sya baca sikit2 (topik demi topik) smasa tiada kelas. saya tinggalkan buku ini di sekolah.sangat bagus kerana buku ini penuh nilai2 islam.



buku ini juga sesuai dibaca untuk menidurkan anak. wlawpun si kecil tidak memahami, tetapi percayalah, apa yang di dengar itu akan terus terpahat didalam hatinya.

nota ibu: saya akui saya bukan yang terbaik untuk anak, tetapi saya mahu berusaha ke arah itu. saya manusia biasa yang sangat cetek ilmunya, saya masih belajar dan bertanya itu ini jika tidak tahu. saya suka orang menegur kesilapan saya, kerana dari situ saya belajar.
dari hati ibu yang naif.

No comments:

Post a Comment