Pages

Thursday, July 7, 2011

jumaat datang lagi

ada teman yang meminta sy mengupdate blog setiap hari. sejujurnya sy terharu kerana ada yang sudi membaca tulisan2 saya. insyaallah sy akn mengupdate blog setiap hari jika diberi 26 jam sehari ( 2 jam tmbhan khas utk update blog). hehe.

saya akan terus menulis kerana itu mmg minat saya. saya tidak kesah jika tiada pembaca.
kerana menulis memberikan kepuasan yang sukar ditafsirkan. jika diingat zman dulu2, sebelum ada dunia blog ni saya menulis didalam diari. diari tu siap ada kunci lg kalians. hehe
saya akn tulis setiap apa yg saya rasa, tak suka orang itu la, org ini lah (ada diorang kesah?), suka org itu la, org ini lah (lg diorang tak kesah kat acik ni)semua ditulis untuk jd kenang-kenangan.
kalau sekarang sy baca semula tulisan2 sy tu, rasa malu. ala2 nak hantuk kepala kat dinding sambil buat2 pengsan. ekeke.

seminggu ni sy rasa cepat sgt masa berlalu. mcm baru je lalui hr jumaat, esok dah hr juomaat lg.
tp acik mmg suka hr jumaat, kalau blh biar lah hari2 hari jumaat. mlm jumaat? lg la acik sukerrrrr ( eh,terletak byk r pulak.hehe).

isnin lepas terpaksa balik umah emak di bandar tenggara. tujuan hanya satu, untuk ambil breastpump yang dipos oleh k.asma. sbb apa sy beria balik jugak, sbb pam sy telah dihantar service. so k.asma telah meminjamkan pamnya sementara pam sy di service.

saya tidak boleh lalui hari2 tnpa mengepam susu. sy rasa janggal. alah bisa tegal biasa bak kata org tua2.
jd subuh hari selasa sy sudah bertolak dari bandar tenggara ke batu pahat. perjalanan lebih kurang 1 jam setengah.

tersengguk2 la mokcik sepanjang perjalanan. tudung herot2 dh x dipedulikan ( trademark saya).
smpi rumah pukul 6:45, beli sarapan kat jiran depan, mkn ala kadar (habis nasi lemak sebungkus tau kalian) dan terus gi sekolah.

nak dijadikan cerita, pd hari tersebut aqeef kena sembelit. semua salah mokcik sbb bg aqeef mkn biskut yg tak sesuai dgn usianya. selama ni tak pernah pulak jd mcm ni. aih, kalut la mokcik hari tu. risau nak pergi sekolah dengan ank yg kurang sihat. saya gagahkan juga pergi sekolah, dengan harapan aqeef akn baik2 saja.
alhamdulillah, bila sy call pengasuhnya, aqeef dah pun poo poo seperti biasa. saya lega.
sy risau jika aqeef tidak blh poo juga, mungkin akan dimasukkan ward seperti ank kwn saya.
masa tu mungkin harus saya meratap seperti Mak Dara dlm filem Kassim Selamat. ala kassimmm..

saya dapat ilmu baru atas apa yang telah berlaku pd aqeef. saya perlu lebih berhati2 dgn makanan yg diberi kepadanya.



gambar ini tiada kaitan dengan tajuk entri.
(biar nmpk pnjang sket entri acik kali ini. hehe)
sabun pencuci botol khas dari Pureen. bagi ibu2 yg mencari2 sabun pencuci botol, sy rekemen yg ini.


esok hari jumaat. saya mengharapkan yang terbaik sahaja berlaku dlm hari saya esok.

No comments:

Post a Comment