Pages

Monday, July 18, 2011

breastfeeding di bln ramadhan

ramadhan hampir tiba. pesta beribadah akan bermula. bagi kami sekeluarga, ramadhan kali ini lebih bermakna kerana kami menyambut bertiga. pasti meriah rumah kami dengan adanya si permata hati yg amat dikasihi.

untuk menyambut ramadhan kali ini saya agak risau. bukan risau bujet kurang, atau risau x beli baju raya lg, tp saya risau bagaimana agaknya keadaan saya semasa berpuasa dengan menyusukan anak.
ini merupakan tahun pertama saya berpuasa dgn menyusukan anak. tahun lepas saya berpuasa semasa hamil 7 bulan. alhamdulillah tiada sebarang masalah. malah sy lebih cergas dari ibu yg tidak hamil. hehe. buktinya? saya turun naik tangga 10-12 kali dalam tempoh 8 jam disekolah. semua risaukan sy yg terlalu 'cergas' itu. tetapi sudah tanggung jwb sy mengajar di kelas kejap tingkat atas, kejap tingkat bwh, lps tu atas smula. saya rasa itu laha yg membantu sy melahirkan dgn mudah ( jln terbuka dgn mudah dan cepat mengikut kiraan doktor).

untuk persediaan ramadhan kali ini, saya ada buat beberapa bacaan megenai persediaan berpuasa bagi ibu bekerjaya yang menyusukan anak dan ini rumusan yg boleh saya buat.

berpuasa itu sebenarnya TIDAK akan mengurangkan hasil tenusu seperti mana kita yg boleh perolehi semasa hari2 lain. kerana di bulan yg kita tidak puasa pun adakalanya susu kita berkurang. jd tiada beza menyusu semasa bulan puasa atau tidak.

ajaibnya, komposisi susu ibu itu akan diadjust mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa.

dan semasa berpuasa, secara automatis badan ibu akan membuat perubahan terhadap metabolic adaptions hariannya untuk memastikan produksi susu tidak terganggu.

Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.

Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur.

Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan, oat, dan sebagainya.

Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul (20 minit setiap sesi).

Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak

Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

Ambil milk booster jika perlu.

Elakkan terlalu penat.

Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.





ini stok susu saya sehingga hari jumaat lepas.
saya harus lebih berdisiplin mematuhi waktu mengepam untuk membuat stok di waktu2 kecemasan nnt.
kesemuanya ada lebih kurang 30 botol x 5oz termasuk fresh milk di bahagian bawah.



ni hasil yang saya perolehi semasa menyusukan aqeef sebelah dan pam yang sebelah lagi.
alhamdulillah, lumayan!
saya tiada target utk dapatkan berapa botol utk dijadikan stok krn jika saya tak dpt seperti yang saya target, saya akan kecewa.
pasti itu juga akan menyebabkan susu berkurang.
saya syukuri apa yang saya perolehi walaupun setitis. kerana setitis itu amat beharga.

No comments:

Post a Comment