Pages

Wednesday, December 7, 2011

kek coklat moist kukus



sebelum saya bercerita apa yang berlaku pada kek saya,
saya mahu kongsikan resipi yang sangat mudah ini
saya gabungkan resipi ini dari bacaan saya, dari internet dan dari resipi turun temurun.
apa yang kurang saya tambah, apa yang lebih saya kurangkan mengikut citarasa sendiri
maka terhasillah resipi mudah ini;

BAHAN-BAHAN:
1) UNTUK PASTE COKLAT *
-1 cawan serbuk koko
-1 stgh cawan gula halus
-3/4 (suku cawan) susu cair
-1 cawan air panas

2) ADUNAN KEK
-250gm buttercup
-4 biji telur gred A/B
-1 cawan gula halus
- beberapa titik esen vanilla
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu teh baking powder
- 2 cawan tepung gandum

3)  TOPPING
- 1/2 coklat bar 
- sedikit marjerin
- masak keduanya menggunakan double boiler.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
- panaskan periuk kukus terlebih dahulu
- masukkan satu cawan air panas kedalam periuk kecil + serbuk koko + gula halus
- kacau hingga kilat (tidak perlu menggelegak)
- matikan api dan curah kan susu cair, kacau sebati dan ketepikan.

- pukul butter, gula halus menggunakan mixer hingga kembang
- masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
- masukkan esen vanila beberapa titik, soda bikarbonat, baking powder
- tuangkan paste coklat yg telah di masak tadi (*)
- masukkan tepung dengan mengunakan kaedah kaup balik.

- alaskan loyang yang disapu marjerin dan dialaskan kertas minyak
- tuangkan adunan ke dalam loyang
- kukus selama 40 minit atau hingga masak (cucuk dgn lidi, jika lidi bersih maka masak lah kek tu)
- tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya wap air tidak menitis diatas kek (saya guna tuala untuk tutup atas loyang tu, sebab kek tu akan naik sekali ganda, kalau guna aluminium foil just letak je atas nya, tak perlu wrap kan, takot terbantut pulak kek tu nak naik)
- bila dah siap bolehlah dihias mengikut kreativiti anda.


sebenarnya dah tiga kali buat kek ni

percubaan kali pertama:
terlalu banyak esen vanila,
tidak menggunakan butter dan
terlebih serbuk koko
hasilnya, kek naik tapi tidak lembut, terlalu rasa esen vanila-nya
dan pahit sbb terlebih serbuk koko.

ini hasil  percubaan kali pertama
bila dipotong ia jadi hancur


semasa hendak kukus
adunan pun kelihatan agak gelap
sebab terlebih serbuk koko-pahit.

percubaan kali ke-2:
kek gebu dan moist tetapi manis yg amat
rasa nak cicah dgn air masak je time makan tu. ekeke
sebabnya resipi soh letak susu cair 1/2 cawan,
mokcik yg baru belajar tp rasa macam master chef tlh mencampurkan
1/2 cawan susu pekat manis. hahaha
3 kali makan kek yg sebegini boleh potong kaki tau!

percubaan kali ke-2,
selepas siap di topping
kek dah moist dah, cuma manis je
less sugar ya lepas ni!

aqeef dan sepupunya dah tak sabar nak rasa kek tersebut
masa nak ambil gambar ni
sorang-sorang datang mencuri coklat rice kat atas kek tu.

dan percubaan kali ke-3:
alhamdulillah hari ini benar-benar menjadi
sangat gebu dan moist

"pengalaman lalu merupakan guru terbaik untuk kita"

saya belajar dari kesilapan
dan akhirnya saya berjaya!
lihat lah hasilnya,

lepas di keluarkan dari periuk kukus- tak melekat pada loyang

topping

tabur coklat rice pulak

siap untuk dinikmati, cantik kan hasilnya?

serius, sangat moist kek ini! baru potong dah tinggal separuh..

kek ini saya buat atas permintaan kakak
untuk disajikan pd suaminya yg balik dari kursus.

pagi td sy buat kek pisang jugak sebenarnya
tapi malang nya kek tersebut tidak menjadi
ni kali pertama nak buat kek pisang
memandangkan pisang kat dapur umag mak dah masak ranum
jadi mokcik pun verangan la nak buat kek pisang gebu
tapi hasilnya?
ya ampun, amat la keras..
hahaha
sebab nya,
sekali lagi calon master chef yg dah tersingkir di peringkat awal ni
telah menambah tokok resipi sesuka hati

cik resipi suruh letak pisang lecek 300gm
acik pula dek kerana syg sgt dgn pisang yg banyak tu
telah meletakkan 650gm pisang dlm adunan.
hah! hamek kaw, tak de orang nak makan. haha

dan yg paling menyedihkan
bukan saje kek tak menjadi
tapi tangan pula melecur terkena wap periuk kukus
adoiiii, mmg rasa masak la jari yg melecur ni.

tapi terubat jugak rasa sedih (sbb kek tak menjadi + tgn melecur)
dgn terhasilnya kek coklat moist yg tersangat lah moist
aitellyu!

selamat mencuba ya kalian!



nota ibu: gigih mencari buku resipi muffin di kedai. akhirnya jumpa.. tunggu pulak hasil muffin sy nanti.

2 comments: