Pages

Friday, December 9, 2011

kek pisang ku menjadi

cuti sekolah ni kami masih belum berjalan kemana-mana lagi
cuma balik kampung sahaja dan kami banyak menghabiskan cuti bersantai-santai dirumah emak
tapi boring jugak kan kalu tak buat apa-apa
jadi mokcik yang ada anak- yang- baru -pandai -makan- ni
gigih la mencuba resipi itu dan ini
daripada makan tidur tak buat apa di rumah
lebih baik memasak untuk anak-anak dan suami kan?

hari khamis lalu baru  buat kek coklat moist dan juga kek pisang TAK JADI di entri ini
dan semalam tanpa rasa putus asa mokcik mencuba sekali lagi resipi kek pisang
walaupun dah hampir-hampir merajuk dengan pisang
sebab 'penat aku adun kau tak mahu naik ye!'

dengan berbekalkan pisang yang sangat banyak hasil pemberian saudara
maka bermula lah operasi membuat kek pisang ala-ala master chef Malaysia
daripada pisang tu menopous busuk, lebih baik dipelbagaikan.

kek pisang gebu - warna agak pucat kan? hihi
BAHAN-BAHAN:
-800gm pisang lecek
-230gm gula kastor
-200gm tepung kek
-120gm mentega
-4 biji telur
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
-secubit garam
-1 sudu teh esen pisan
-1sudu teh ovellete

CARA MEMBUAT:
- pukul mentega dan gula kastor hingga kembang
- masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang
- masukkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat, garam, ovellete dan esen pisang.
- kacau hingga mesra. masukkan pisang dan adun sebati.
- kukus selama 40 minit atau hingga masak.

resipi ni saya ambil dari buku resipi mufin yang di beli kelmarin
oleh kerana tak ada acuan mufin, saya masuk dalam loyang
ok jugak kan...
cuma ada sikit-sikit saya ubah suai ikut citarasa.

hah, alhamdulillah menjadi
baru keluar dari periuk kukus
naik cantik je..
keluar dari loyang pun senang
taraaaaa!!!!!!!!
berseri-seri muka mokcik bila kek menjadi
hilang terus rasa rajuk dengan pisang. ekeke

bila dipotong,
sekelip mata je habis
anak-anak, suami, adik-adik, ibu ayah semua menyukainya!




nota ibu: pisang banyak lagi ni, nak buat apa pulak ye?? mufin pisang coklat sedap jugak ek?

No comments:

Post a Comment