Pages

Tuesday, December 27, 2011

terima kasih cik QASEH

episod baru 2012 sudah bermula
walaupun tahun 2011 belum lagi melabuhkan tirai
hari ini mula ke sekolah untuk mesyuarat pengurusan 2012
aqeef di rumah pengasuhnya
pagi-pagi lagi dah berdrama air mata
bila ditinggalkan dengan pengasuh
dah sebulan lebih tidak dihantar ke rumah pengasuh
macam-macam ragam..

duduk di baby car seat pun nangis
seminggu sebelum tu dah try bawa jalan-jalan (aqeef duduk sendiri di baby car seat)
separuh jalan je dah meragam nak duduk dgn ibu
hai, payah la ibu nak bawa pagi-pagi kalau duduk kat car seat pun nangis


ni gambar masa nak pergi jalan-jalan dengan ayah
steady lagi masa mula-mula duduk
lepas tu mula la semua tak kena..



jalan-jalan cari makan di hujung minggu,
awat ayah tu??
saje je kan mencacatkan kecantikan kami..hehe


kami yang serba oren
ibu memakai  nursing blouse  yg di order tempoh hari
malu nak jadi model, duduk je la ye..


bila dah mula naik sekolah
maka berakhirlah aktiviti makan tidur cuti sekolah kami
sekarang hanya duduk di rumah menghabiskan sisa-sisa cuti yg masih berbaki
sebelum naik sekolah sebenar minggu hadapan
kami juga sangat mengalu-alukan kedatangan sahabat-sahabat ke teratak sewa kami
sementara kami di rumah tanpa sebanrang aktiviti menarik..hihi

terima kasih kepada cik qaseh kerana sudi menceriakan hari kami
dengan kehadiran anda tempoh hari ye..
meriah rumah kami dgn kehadiran anda
rasa dah lama sangat tak jumpa
bila jumpa macam2 gosip cerita ada.




cik qaseh yang belum bersedia untuk bergambar.
hamboi mata kaw nyah...!!!

yang kanan tu adik cik qaseh
ada iras-iras kan?
yg duduk di pangkuan tak lain tak bukan si comel aqeef. huhu

aqeef  pula yg buat hal
cik qaseh sudah bersedia sepenuhnya ya..

aqeef masam je,
senyum lah!!!


hah, yang ni baru cantik
semua orang senyum!



dah bosan bergambar
cik qaseh membaca la pulak
sangat rajin kan???

terima kasih ye cik qaseh kerana sudi berkunjung ke rumah kami
bila-bila senang datang lah lagi ye!


nota ibu: tetamu datang membawa rahmat. kan?



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment