Pages

Sunday, December 4, 2011

kuih pupudak (banjar)

kali ni saya nak kongsikan resipi kuih orang banjar
nama dia agak pelik bagi saya yang bebangsa jawa nih. hehe
sesuai dimakan diwaktu petang bersama teh atau kopi panas.

kuih pupudak (banjar)


bahan-bahan:
- 240 gm tepung gandum
- 2 biji kelapa (dijadikan 750ml santan)
- pewarna hijau pandan secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- kelongsong aun pisang
- tali rafia untuk mengikat

cara memasak:

- satukan tepung gandum, santan, gula, garam an pewarna hijau daun pandan. gaul sebati hingga cair ala-ala nak buat lempeng tu.

- kemudian masukan adunan ke dalam kelongsong daun pisang yang telah diikat hujungnya.

- kemudian ikat pula bahagian atas dengan kemas agar adunan tidak tertumpah.

-panaskan air dalam periuk kukus kemudian kukus selama 15-20 minit

- siap untuk dihidangkan.


kuih ni sangat mudah disediakan
cuma untuk membuat kelongsongnya agak susah
kami menggunakan getah paip
gulung kan daun pisang tu dengan getah paip
ikat bahagian bawahnya kemudian keluarkan getah paip tersebut
kemudian isi kan adunan td baru ikat atasnya.

seperti ini...
dan ini.............

selamat mencuba!

1 comment:

  1. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi info tentang kuih-pupudak dalam artikel ini.

    Resepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada resepi puan telah diberikan.

    Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-kuih-pepudak-paling-mudah.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete