Pages

Sunday, July 17, 2011

aqeef demam

semalam badan aqeef masih lagi panas. petang tu saya pergi ke farmasi untuk beli ubat demam. kelmarin dah ke klinik dan doktor hanya beri ubat batuk dan selsema sahaja ( aqeef blum demam waktu itu ).
seperti dijangka, aqeef muntah lg masa sy berinya ubat. mmg btol2 mencabar. alhamdulilah, walupun demam aqeef menyusu dan makan macam biasa. saya suka tgk dia mkn dengan penuh berselera skali. aqeef suka carrot, jadi dua hari ni saya masakan nasi+carrot+ikan tuna (tanpa sebarang perasa mahu pun garam).

malam aqeef tidur dengan mudah, walaupun suhu badan 37.8. mungkin sebab ubat yg dimakan mengandungi paracetamol, jd dia mudah ngantuk. saya turut tertidur kerana khuatir dia akan bangun tengah malam.



ini gambar jam 3 pagi. saya dengar aqeef merengek2, saya suakan susu tapi dia tak mahu. mungkin tidak selesa. saya cek suhu badannya.. 38.7.! ksian aqeef, patut la tak boleh tidur, badan panas sgt.

info: Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 97.7 darjah F / 36.5 darjah C sehingga 100 darjah F / 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 100 darjah F / 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C pada waktu petang (sumber: baby centre).

saya bukakan baju dan seluarnya, lap dengan air sejuk untuk menurunkan suhu badannya. aqeef masih lagi tidak menangis. saya beri susu dan kali ini dia muntah. saya bagi juga ubat demam, muntah lagi dan saya bg sekali lagi. berjaya, tetapi aqeef meronta2 tak mahu ubat.

setengah jam kemudian, suhu badan aqeef turun 37.2, syukur. saya bagi susu dan aqeef tidur sampai pagi tanpa berbaju. tetapi saya selimutkan dengan kain tipis seperti kain batik untuk menurunkan suhu badannya.



aqeef yang cool, tapi bab makan ubat..pergh, mmg mencabar.
ibu rasakan ini lah pengalaman berharga mengendalikan anak demam. ini merupakan kali pertama aqeef demam jd ibu banyak tak tahu. tapi ibu banyak belajar dari pengalaman pertama ini.
semoga anak ibu cepat sihat ye sayang.

nota: aqeef dah pandai maju ke depan dgn laju skali, mungkin dah nak merangkak. org tua2 kata ni demam cari akal (untuk merangkak).
suhu terbaru aqeef saat ibu menulis ni 36.7, bermakna aqeef sudah sihat. alhamdulillah syukur.

2 comments:

  1. kesiannya aqeef..aunty nur doakan aqeef cepat2 sembuh yer..kesian kat ibu dgn ayah..jgn takut mkn ubat yer sayang...

    ReplyDelete
  2. tq aunty nur..aqeef da shat sket.btuk ngn selsema je x baik lg.

    ReplyDelete