Pages

Saturday, July 2, 2011

larian serentak 1Murid1Sukan 1Malaysia

entri kali ni tanpa apa2 motif. ianya hanyalah sekadar mengisi kebosanan acik dikala anak sedang tidur. (kalu aqeef dah bangun, nak tulis title pun acik tak sempat. ngeh..ngeh).

hari ini saya ke sekolah dengan kereta yang agak berat kerana membawa nasi lemak sebanyak 200 bungkus. saya kah yang masak? kalians tentu sangat yakin bukan saya yang masak kan? isy, tak baik tau memandang serong pada mokcik nih..hehe.

memang tepat bukan sy yang masak, kerana saya hanya menempah makanan itu dari makcik depan rumah. mudah bukan,berjiran dengan tukang masak? hari2 boleh tempah,termasuk set makanan dari sarapan hingga dinner.ekeke

sebenarnya makanan tu untuk peserta larian serentak 1Malaysia. so acik lah yang dipertanggungjawabkan utk menempah makanan. sampai kat sekolah murid2 dah mula senamrobik. acik bagi alasan makcik nasi lemak lambat (padahal acik yg bangun lambat dan terhegeh2 buat itu ini). adilkah disitu?

saya turut menyertai murid2 dalam larian tersebut, tetapi dalam bentuk yang agak berbeza.


beginilah cara saya menyertai larian.
bagus bukan? dah lama tak naik basikal. terngat zaman2 sekolah dulu.
eh, cuba tengok pagar jambatan tu? hampir tumbang kedalam parit.
(cubaan untuk mengalihkan pandangan anda dari bahagian2 yang kian membesar dari tubuh saya, nyeh..nyeh..nyeh)



sape yang ajar inteprem nih. cepat lari!!! bukan bergambo cik timah oii...


menggunakan anak murid untuk menutup 'kebesaran' yang ada pada diri. apakah?

pandai ye korang...pantang napak kamera! cikgu borek murid rintik. boleh gitu??

saya menamatkan kayuhan dengan kaki, peha, betis yang sakit2. nampak tak disitu yang lelemak sudah mula menguasai diri acik..hehe.

kan saya dah kata, entri ini tanpa motif. tenkiu pada yang sudi juga membaca.

2 comments:

  1. hahaha..erin2...ada2 je..ok la tu..x ada la blog kosong jer..sekali sekala merapu ok ape..hhehee

    ReplyDelete
  2. haha,ilang tension bila dpt merapu2.yg pnting kte x sakitkn ht org.hehe

    ReplyDelete