Pages

Monday, July 18, 2011

mengapa susu saya sedikit?

saya bukan pakar untuk menulis berkenaan dengan tajuk, tetapi saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang menyusukan aqeef.
saya akui saya juga seperti ibu2 lain diluar sana yg terkadang mempunyai rasa lelah, giveup dan teramat payah dalam merealisasikan penyusuan susu ibu jni.
namun saya tetapkan niat, menyusukan aqeef kerana ALLAH, bukan kerana hendak senang mahupun hendak berjimat. saya sanggup membeli apa sahaja untuk anak dengan wang ringgit, tetapi saya tidak sanggup membelikan anak susu formula, bukan kerana mahal tetapi saya tidak mahu susu yang diberikan kepada anak bersumberkan haiwan.
pada saya, anak manusia patut diberikan susu manusia.
saya rasa bahagia melihat pertumbuhan sihat diri aqeef ada lah daripada ibunya sendiri.

ada rakan2 yang mengeluh susu sedikit, pam tak keluar susu, anak menangis tak cukup susu dan mcm2 lagi masalah yang timbul dlm menjayakan penyusuan susu ibu ini.
sebenarnya semua itu dapat diatasi dengan ILMU. ya, ilmu tentang dunia penyusuan susu ibu yang terlalu banyak cabangnya bagi saya. serasanya masih banyak lagi yang saya tidak tahu dan saya kena belajar.


Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil
Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak

terlalu banyak mitos yang menghantui ibu2, antaranya;
"pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “pam/perah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

perlu diingatkan, sikit atau banyak susu itu bukan ukuran. kita perlu memahami konsep sebenar bf ini.

Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya (kerana bayi memerlukan perhatian daripada ibu bapa atau pengasuhnya).

Ibu bekerja dan menyusukan akan menghadapi sindrom pam-susu-dapat-sikit dalam bulan bulan tertentu
(Biasanya berlaku semasa bayi berusia 6 bulan, 8 bulan, 12 bulan, 16 bulan)
Mommies don’t read calendar, jadi ianya berbeza mengikut ibu

Sebab berlaku:

Pengosongan breast yang tidak sempurna. Lebih BANYAK susu perlu dikeluarkan dengan LEBIH kerap. Susu baru akan dihasilkan apabila breast kosong.
EMPTY breast = FASTER milk being produced
AIM = keep breast as empty as possible throughout the day
CARA = pam 2 jam sekali semasa di office dan 3 jam sekali semasa di rumah. 20 minit sebelah breast, setiap sesi.
STRESS – Ibu bekerja lebih terdedah kepada tekanan semasa bekerja
(Ibu yang lebih tenang mampu menghasilkan susu yang lebih)
SIBUK – Kesibukan dengan jadual kerja menyebabkan ramai ibu tidak sempat mengepam.

Cara meningkatkan milk production:

Pastikan bayi anda mengosongkan breast anda dengan sepenuhnya dengan cara menyusukan anak anda dengan posisi yang berlainan. Posisi yang berlainan mengosongkan bahagian breast berlainan.

Tambahkan sesi mengepam 15 minit sebelah breast selepas menyusukan bayi anda atau between each feeding (Contohnya bayi minum pukul 9 pagi, pam pada pukul 10 pagi kerana berkemungkinan (tidak semestinya) dia akan bangun untuk menyusu pada pukul 11 pagi). Tujuan pam :
Mengosongkan breast supaya susu baru dihasilkan
Memberi signal kepada brain untuk menghasilkan lebih banyak susu
Membuat stok beku EBM (Expressed Breast Milk)
Susukan bayi anda sekerap mungkin semasa anda dirumah. AIM 1.5 to 2 hours semasa siang dan 3 jam sekali semasa malam.
Biarkan bayi menyusu sebelah breast sehingga kosong dan offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu). Kalau bayi menolak,pam 15 -20 minit untuk mengosongkan.
Bercuti!
Luangkan cuti panjang (3 hari) bersama bayi anda dan susukannya sekerap mungkin(siang dan malam) tanpa memikirkan kerja rumah/ofis.
(quote:diyaluna.com)

jika kita hendak berjaya, jangan berikan alasan. tiada apa yang mustahil didalam dunia ini. jika kita bersungguh2 insyaallah Allah akan membantu kita.


ini hasil perahan saya menggunakan tangan jumaat lepas.
saya akui sangat penat dan letih memerah menggunakan tangan. berjaya dapat 1.5oz.
saya amat mengagumi ibu2 yg gigih memerah menggunakan tangan. sungguh! saya tidak larat.
saya memerah menggunakan tangan kerana tiada elektrik. saya tetap juga mahu mengosongkan breast, kerana jika tidak dikosongkan, tiadalah susu baru yang akan di produce.
mmg kalut saat tiada elektrik.


beberapa jam selepas itu, baru ada elektrik.
saya gigih mengepam semula. ini hasilnya..
disebabkan kelewatan mengepam, kuantiti agak berkurang.
ibu2, disiplin dan konsisten dlm mengepam amat penting untuk kuantiti yg memuaskan.
ikut jadual dan jgn sesekali ponteng sesi mengepam.
doa saya bersama kalian. semoga berjaya!

2 comments:

  1. salam.. terima kasih di atas info yg sangat bermanfaat ini..saya ingin bertanya, kenapa susu kurang pada bulan-bulan tertentu...? contohnya baby saya 6 bulan sekarang, dan memang supply dropped! saya amat risau :(

    ReplyDelete
  2. Hi salam , thanks share info ni byk manfaat nya kalau breastfeed ni sbb pam pun dpt sikit je.. Alhamdulilah tak pernah kena lagi . ramai juga yg mengadu bila pam susu dapat sikit je kadang2 tak sampai 1oz, ada kawan ofis cerita dia risau baby tak kenyang sbb susu keluar sikit je , ada tgk kat fb org recommend suruh guna Pump It Milkbooster sapu2 je utk tambah susu. InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete