Pages

Saturday, December 31, 2011

baby Muhammad Abdullah yg comel

alhamdulillah teman baik saya selamat melahirkan baby comelnya
pada 26 Disember 2011 jam 9:41 pagi
saya begitu gembira mendengar berita kelahiran ini
apatah lagi ibunya kan?
pasti berganda-ganda kesyukuran ke hadrat Allah..

teman saya ini seorang yg tabah
saya pernah nukilkan kisah sedihnya di link ini
sesungguhnya dia seorang wanita yg saya anggap sangat tabah
sungguh saya tidak mampu jika berada di tempatnya..

saya mengenali dia sejak di bangku sekolah lagi
amat peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja
orang tidak akan dapat mengesan bila dia bersedih
kerana dia sentiasa gembira
walaupun hatinya saat itu luka berdarah...

kisah sedih itu sudah 2 tahun berlalu
kini dia bahagia bersama suami serta anak yg shomel
benarlah,
Allah akan memberikan apa yg kita perlu
bukan apa yg kita hendak...


ibu dan aqeef bersama baby Muhammad.
saya sempat mengajar cara-cara untuk breastfeed anak dgn betul
alhamdulillah, teman saya ini 'kaya' dengan susu
saya ajarkan cara untuk memerah serta menyimpan breastmilk utk stok bila kembali bekerja nanti
insyaallah baby Muhammad akan membesar dengan susu ibu yg sangat POWER!!



nama diberi;
MUHAMMAD ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB
unik kan nama itu?
saya amat menyukainya
seperti nama nabi kita...



aqeef memang 'suka' dengan baby
nak di lepuk-lepuk nya si kecik itu..hikhik


posted from Bloggeroid

semoga baby Muhammad menjadi anak yg soleh
dan membesar dengan sihat
hanya dengan SUSUIBU ye sayang!!


friend 4ever till jannah...


untuk teman ku Raudhatuljannah;
tahniah diatas kelahiran istimewa ini
sesungguhnya kisah sedih itu sudah berlalu
Allah telah memberikan kamu pelangi nan indah
bersyukurlah!
jadilah ibu yg terbaik untuk MUhammad
kerana dia adalah amanah dari Allah...




nota ibu: mahu baby lagi...hehe

2 comments:

  1. agree with this word "Allah akan memberikan apa yg kita perlu bukan apa yg kita hendak..."

    ReplyDelete
  2. itu lah pegangan aku selama ni..bila rasa putus asa je, ingat balik kata2 nih...

    ReplyDelete