Pages

Saturday, July 30, 2011

hargailah dia

malam ni entri sendu.
dalam kita bergembira,jgn lupa insan yg sedang berduka.
kalau kita sedang ketawa, ingatlah ada insan yang sedang menangis.

malam2 cuti biasanya saya suka menghabiskan masa dengan membaca blog orang. banyak pengalaman dan ilmu dapat saya kutip. saya jarang tgk tv kerana terlalu 'drama' cerita2 yang ditayangkan. kalau tengok pun, separuh jalan sahaja, sudahnya tv yang tengok saya. hehe
berbanding dengan membaca, kebanyakannya ada kisah benar (tidak semua).


terharu saya membaca blog pn.mawar nafastari hingga menangis hati kecil saya.
beliau kematian suami akibat kemalangan pada 1 mac 2011. beliau terpaksa membesarkan dua orang anak yang masih kecil tanpa suami disisi.
sendu!

saya tidak dapat membayangkan hari2 saya tanpa suami disisi.
dia sumber kekuatan saya. kalau saya diberi pilihan, saya mahu 'pergi' dahulu darinya. kerana saya tidak sanggup kehilangannya, saya tdak sanggup melalui hari2 tanpanya. tapi siapa lah kita untuk menentukan semua itu.
namun janji Allah itu pasti!

untuk malam ini, izinkan saya memuja muji yang tak terhingga untuk suami saya.

en.suami sy sgt bertanggungjawab.
dia akan pastikan segala kelengkapan rumah cukup untuk sebulan.
ikan,sayur,beras sentiasa ada dan tak pernah kurang. sehingga bawang tinggal sebiji pun dia tahu walaupun saya yang masak.

dia akan ingat makanan kegemaran saya dan sedaya upaya cuba mendapatkannya.

dia akan tunaikan segala permintaan saya walaupun lambat.

dia sangat memahami saya. kalau saya penat dia yang akan masak atau belanja makan dikedai.

kalau makan bersama (makanan yg saya suka), mesti dia yang akan berhenti dahulu. mengapa? kerana dia mahu saya habiskan makanan itu walaupun dia masih lapar.
dia akan kata "sayang abiskan la, abg dah kenyang".
walupun selepas itu dia akan mencari makanan lain (tanda masih lapar).

sepanjang perkahwinan kami, saya tidak pernah mencuci baju.
semua dia yang lakukan, dari cuci, sidai dan lipat.
semua dia!

banyak lagi keistimewaan suami saya. terlalu banyak untuk saya luahkan disini. biar saya simpan sendiri.
saya pasti kalian juga mepunyai suami yang baik. jadi marilah sama2 kita hargai suami kita sementara ada hayatnya. kerana apa saya berkata begitu? kerana ini..

saya quote dari blog pn.mawar nafastari:

huhu... insaf..
sedih sebab saya tak sempat nak mintak ampun salah silap saya dengan dia..
tapi, sebelum bersalinkan Kekwa, tu la last sy mintak maaf dgn dia
saya tak tahu dia akan pergi secepat ni..
tak sempat nak kata apa2 pun..
tak sempat nak ucap "i love u" pun..


kalian yang sudah berumahtangga,hargailah suami ye.. setiap hari cium tangan dia mintak maaf segala2nya.. salah faham sikit2 tu biasala, mcm lagu P. Ramlee tu,sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri kan.. jaga suami baik2, hari2 jangan malu2 ucap sayang, sbb saya dulu tak buat pun camtu, skang terasa nak ucap hari2.. tapi dia dah takde...

*terkilan*


sangat menginsafkan saya.
sungguh, saya tidak setabah dia!
moga cerita ini memberi inspirasi untuk kita.
hargailah sementara ada.

nota: terima kasih abang atas segalanya. luv u so much!

2 comments:

  1. insafnye....meskipun blom kawin...;p

    ReplyDelete
  2. kan..terharu sgt. mlm td x bleh tdo lpas baca blog itu.huhu

    ReplyDelete